27: CHANGE

Dia yang sedang berdiri berpeluh peluh melihat seorang lelaki hampir separuh abad merasa makanan yang dimasak oleh para peserta pertandingan masakan.

Liur ditekan berkali kali.Cuba mengurangkan perasaan cuaknya.

Jae Yoon memerhati lelaki yang sudah hampir dengan meja di mana tempat dia berdiri.Baju digenggam dari tepi.

"Kenapa?"tanya chef itu.

"Tak-takde apa.Silalah rasa chef"dia cuba menyembunyikan rasa cemas.

Matanya pegun melihat lelaki itu menyuap hidangan yang disediakannya.

"Ehem"

Deheman kecil itu membuat jantungnya berdegup lebih pantas.

Usai sahaja selesai merasa semua hidangan,dia diumumkan sebagai pemenang bagi acara itu.

"Tak menyesal aku ganti daging lembu dengan daging Rowoon.Mesti sedap" dia tersenyum senang.

Tak menyangka tiada orang mengesan perkara pelik pada dapur masakannya.

Kelihatan ada tangan yang berlumuran darah di dalam sinki.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top