26: FAIR
"Okey,nanti bila sampai,bagitahu"
Panggilan telefon ditamatkan sambil sebuah senyuman terlukis di bibir gadis yang baru sahaja menerima panggilan daripada adik angkatnya,Min Ah yang mahu berkunjung ke rumahnya.
Yeoja yang mesra dipanggil Yura itu mula menyediakan bahan masakan di dapur.
Setelah setengah jam memasak,dia menghidangkan makanan di atas meja makan.
"Makanan dah siap,tunggu Min Ah je sampai"
Dia duduk di atas kerusi sambil membelek belek telefon pintarnya.
Mesej daripada adik angkatnya yang menyatakan dia sudah ada di luar rumah membuatkan dia cepat² bangkit membuka pintu.
"Hai unnie.Sihat?"senyuman mania terukir di bibirnya.
"Sihat.Marilah masuk.Unnie dah masak untuk kita malam ni"
Mereka berjalan beriringan ke meja makan.Tanpa sedar,Min Ah menyembunyikan sebilah pisau yang tajam di sebalik tubuhnya.Dia ingin membunuh kakak angkatnya itu malam ini!
Mereka sama² makan dengan tenang.Min Ah yang ceria terlebih itu tidak kisah menambah sebanyak 2 kali.
"Biar unnie basuhkan.Min Ah pegilah tengok tv dulu"Yura mengangkut pinggan² ke sinki sebelum membasuhnya.
Dia segera berpaling ke belakang untuk menyertai Min Ah yang dianggapnya menonton tv di ruang tamu.
Zap!!
Yura rebah ke lantai dengan pisau yang tertacak di perutnya.
"Ke-kenapa?"dalam sekat suaranya,Yura menyoal.
"Kau tanya?Kau boleh tanya?"Min Ah mencerlungkan matanya.
"Apa salah un-unnie?"Yura memejamkan mata. Pedih.Darah yang mengalir melalui luka di perut semakin banyak membasahi lantai.
"Kau rampas boyfriend aku!"suaranya memetir.
Yura tersenyum dalam kepayahan.
"Kau dah tau rupanya..."
"Memang patut aku biar kau mati!Tapi..tak best kalau aku terus tikam kau..kau kena mati perlahan lahan.Baru aku puas!"
Dia duduk di sisi Yura yang mengerang kesakitan.
"Jangan risau,aku akan temankan kau kat sini"Min Ah ketawa sebelum dia membelek belek purse Yura yang berada di atas meja makan.
Yura mengambil tindakan mencabut pisau di perutnya.Dia mengetap bibir dari mengeluarkan suara.Bimbang didengari Min Ah.Sepantas kilat,dia mencucuk pisau ke arah betis Min An yang berdiri membelakangkannya.
"Auch!!"Min Ah jatuh terduduk.Luka di betisnya amat dalam kerana pisau itu masuk hampir separuh ke dalam isinya.
"Tak guna!!"marahnya.
"Aku buat macam ni supaya kau hargai detik dengan aku sebelum mati.."
Yura mengetap bibir menahan sakit sebelum menyambung
"Kau dah makan racun dalam makanan tadi"
"Apa?Tak guna kau!!"Min Ah menahan sakit sambil memandang amarah ke arah Yura.
"Sekarang baru adil"Yura pasrah.
Sekurang kurangnya,teman lelakinya tak akan dirampas Min Ah.
hoho...sorry x best
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top