23: PHOTO

"Hyung,jom pegi funfair malam ni"

Han Gyul berfikir sejenak sebelum membalas.

"Jom!"

"Oklah.Malam ni pun kita free"Yohan pula membalas.

Dong Pyo tersenyum riang.Dia sebenarnya ingin memasuki rumah hantu yang dibuka di funfair tersebut. Kata orang,rumah hantu di situ seram.

Malam itu,tepat pukul 9 malam mereka sampai di sana.Ramai pengunjung yang datang kerana malam ini ialah malam minggu.Setelah mendapatkan tiket,11 orang namja itu memasuki rumah hantu tersebut dengan teruja.

"Seramnya prop diorang.Pandai betul diorang reka"ujar Woo Seok.

"Kenapa ni?"tanya Jun Ho pada Min Hee yang berwajah pucat.

Min Hee hanya menggeleng.

Setengah jam berada di dalam rumah tersebut,mereka berjaya keluar setelah puas pekik memekik akibat terjumpa hantu di dalam dan berlari bertemparan menyelamatkan diri dari serangan hendap hantu.

Dong Pyo mengeluarkan telefon pintarnya untuk mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.Namun,di saat dia memeriksa salah satu gambar itu,rumah hantu di belakang mereka tiada.
Kosong!

"H-hyung"dia memanggil Yohan.

"Betul ke kalau benda tu tak wujud,bila kita ambil gambar dia.Benda tu tak nampak dalam gambar yang kita ambil?"

"Betullah tu"Yohan membalas.

"Tapi ni"dia menunjukkan gambar tadi.

Dan sah gambar itu hanya ada Dong Pyo yang membuat isyarat peace sahaja tanpa rumah hantu tadi dan apabila berpusing ke belakang,rumah itu hilang!Malah,funfair itu juga merupakan funfair terbiar!Tiada seorang pun manusia di situ kecuali mereka.

Dia panik!

"Jom balik.Sini bukan tempat selamat"kata Yohan serius.

Dong Pyo berlari keluar dari tapak funfair tersebut namun dia berhenti secara mengejut apabila membernya yang lain kaku di sana.Tidak berherak walau seinci.

"Jangan patah balik!"laung Min Hee.

"Ini bukan tempat kau!Lari kalau nak selamat!"

Dong Pyo amat terkejut!

Apa maksud semua ini?!

"Tapi korang?!"

"Aku kata pergi"ulang nya kembali dengan suara yang teramat kasar dan garau yang semestinya bukan suara asalnya.Mata semua di situ bertukar merah darah.

Telefon yang dipegang Dong Pyo sejak tadi bergetar.Dia melirik ke arah telefon itu yang seperti discroll seseorang menunjukkan gambar lain di sebelah gambar tadi.Di dalam gambar itu hanya ada dia seorang!Padahal tadi dia mengambil gambar itu bersama membernya yang lain.

Dong Pyo mengangkat mukanya apabila terdengar dengusan seperti haiwan liar.

"Aku dah bagi peluang kat kau" 'Eun Sang' bersuara sebelum kuku tajamnya menikam tubuh Dong Pyo.

Telefon yang jatuh di atas tanah berbunyi pendek menandakan mesej dihantar.

"Kita tak boleh keluar pergi funfair malam ni.Ada aktiviti dengan manager"

-Han Gyul hyung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top