22: WAITER
"Macam ni cara kau buat kerja?!"seorang lelaki sedang memarahi seorang pelayan kafe yang memakai tag nama Mina.
"M-mianhae"kata Mina sambil tunduk.
"Sekali lagi aku dengar pelanggan komen pasal servis kau,aku pecat!Faham?!"
"Fa-faham"balas Mina terketar ketar.
Mina keluar dari pejabat tempatnya bekerja dengan perasaan yang amat sedih dan kecewa.Disebabkan dia agak lambat menghantar pesanan pelanggan kerana ramai pelanggan lain,tergamak pelanggan tersebut memfitnahnya curi tulang dan malas.
Kafe masih kosong.Lantas dia hanya duduk di sebuah kerusi sambil menunggu kedatangan pelanggan ke kafe tersebut.
Dalam masa 10 minit,seorang wanita masuk ke kafe tersebut dan ingin membuat pesanan.Mina melayan pelanggan dengan berhemah sama seperti sebelumnya. Tidak lama kemudian,dia kembali dengan dulang yang berisi segelas jus dan sepotong kek.
Wanita tersebut menjamu selera dengan penuh nikmat sebelum berlalu setelah membuat pembayaran. Namun,baru sahaja kaki wanita tersebut melepasi pintu kafe,dia rebah dan memuntahkan darah yang sangat banyak sebelum mukanya pucat dan tidak bernafas lagi.
Mina terkedu.
Apa yang berlaku?
Mengapa wanita itu mati?
Orang ramai termasuklah pemilik kafe tempat dia bekerja mula mengerumuni mayat tersebut setelah pihak polis dihubungi.
Mina merasa peristiwa itu wajar berlaku.Tidak salah dirasakan tindakannya yang menituskan beberapa titis racun ke dalam minuman dan kek yang dipesan tadi.
"Lepas ni,takdelah lagi pelanggan yang sibuk nak cari salah aku"Mina tersenyum puas.
Masalahnya selesai.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top