19: SLEEPWALKING

Jisoo baru sahaja terjaga dari tidurnya sewaktu Lisa menghampirinya.Lisa tidak bercakap apa².Jisoo yang pelik dengan kelakuannya menegur.

"Lisa?Kenapa diam je?"

Lisa masih diam.Dia masih berdiri di tempat yang sama.Jisoo melihat jam.Pukul 3 pagi.Jisoo mula merasa tidak sedap hati.Jisoo bangun dari pembaringan dan mengambil air di atas meja.Lisa mengikut langkahnya.

"ni memang sahla benda tu!"Jisoo menggumam.

Dia bertindak menjauhkan diri daripada Lisa.Namun,cubaan itu gagal apabila Lisa terus menerus mengikut setiap jejak langkahnya.Dia tidak punya pilihan lain.

Bukk!

Kepala Lisa dipukul oleh Jisoo menggunakan botol air yang setia dipegangnya.Lisa mula bertindak agresif dan mula ingin menarik rambut Jisoo.Jisoo lantas mengelak dan terus memukul kepala Lisa dengan botol air miliknya.

"Peliknya.Biasanya kalau pukul sekali dua dah sedar"

Lisa mengejar Jisoo yang melarikan diri.

"Auch!!"

Jisoo mengaduh kesakitan.Dahinya berdarah akibat ditolak oleh Lisa ke kerusi.Jisoo pantas mendapat idea untuk menyedarkan Lisa dari 'sleepwalking'nya terus menghantukkan kepala Lisa di salah satu kerusi yang berada di situ beberapa kali sehingga darah mula membasahi lantai.

Setelah Lisa sudah tidak mengganas dan kembali seperti sedia kala,dia kembali ke katilnya dan ingin menyambung tidur yang terganggu sebentar tadi

Baru beberapa minit meletakkan kepala,dia kembali terjaga dan melihat keadaan sekeliling. Dia teringat tentang membernya.Dia bangkit dari katil dan berjalan.Seketika kemudian,dia ternampak Lisa yang berdarah kepalanya terbaring kaku di tepi kerusi.Tidak cukup dengan itu,dia ternampak pula Jennie yang badannya penuh bekas lebam² yang membiru dan Rose yang kelihatan seperti tidur terlentang dengan bantal yang agak keras di atas wajahnya.

Siapa yang membunuh mereka?Jisoo menggeletar.Dan baru dia teringat.

Penyakit sleepwalkingnya datang semula.Dia ingatkan tadi tu mimpi.Rupanya betul

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top