133 : THE KILLER
" Baru baru ini penduduk Korea digemparkan dengan berita beberapa orang awam yang ditemui mati dibunuh. Semua mangsa dipercayai mati dibunuh pada malam hari di tempat yang sunyi seperti lorong ii. Semua pendududuk diminta agar —
Tut!
Kim Minji, remaja berusia 19 tahun itu mematikan televisyen dengan cepat sebaik sahaja berita tersebut terpampang di kaca.
" Eh kenapa kau tutup? Aku baru nak dengar berita tu " Hanni, kawannya merungut.
" Tak payah lah. Seram aku " Minji menjawab acuh tak acuh. Dia sibuk mengemas cawan kosong yang berada di atas meja sebelum membawanya ke dapur.
Hanni hanya membiarkan dan melirik jam dinding di ruang tamu rumah Minji.
Tepat pukul 12 malam.
" Aku dah nak balik ni! "
" Eh kau nak balik sorang ij malam macam ni? Tak payah lah! " Minji menegah.
" Takpe. Kenapa kau risau sangat ni? Muka kau pun dah pucat " Hanni memandang wajah sahabatnya yang tiba ii berpeluh.
" Aku risaukan kau lah. Macam mana kalau kau terserempak dengan pembunuh tu? " kata Minji serius.
" Alah aku kan kuat, boleh je pukul pembunuh tu. Lagi pun apa nak takut, dia bawak pisau dapur je bukan pistol " Hanni ketawa kecil, berbeza dengan Minji yang terdiam.
" Weh, kau kenapa ni? " Hanni melayangkan tangannya di hadapan Minji.
" Takde pape " Minji menggeleng. Dia menghantar Hanni hingga ke muka pintu.
" Aku pergi dulu " Hanni meninggalkan Minji seorang diri di rumahnya, dengan wajah yang masih pucat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top