132 : IGNORE
Beberapa buah kerusi yang patah dan suasana rumah yang bersepah menyapa pandangan seseorang yang baru sahaja sampai ke rumahnya.
Hong Eunchae, satu satunya anak tunggal di keluarganya mengeluh berat. Pasti ibu dan bapanya bergaduh, lagi.
Setapak dia melangkah, dia melihat banyak cebisan kaca yang pecah dah berselerakan di lantai.
Dia abaikan.
Setapak lagi melangkah, dia melihat darah merah segar yang mengalir membentuk kolam darah di lantai.
Dia abaikan.
Setapak lagi melangkah, Eunchae terdiam. Kakinya tiba ii lemah untuk tetap berdiri.
Namun, tetap dia abaikan.
Eunchae terus tetap berjalan dan berlari menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas dan mengunci pintu biliknya.
Nombor telefon talian kecemasan didail laju tanpa ragu.
Suasana rumahnya menguatkan nalurinya bahawa berlaku kes pembunuhan telah berlaku.
Apatah lagi apabila dia secara tidak sengaja ternampak sebilah kapak dan mayat yang telah hancur di atas sofa ruang tamu tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top