127: CREATURE
Remaja lelaki yang bertanda nama ' Park Sungwon ' itu berlari laju menyusuri koridor blok kelasnya. Sesekali jam di pergelangan tangannya dilirik.
" Aish dah nak pukul 7 petang! " dia merungut sambil meneruskan larian.
Lokasi kelasnya yang terletak paling hujung memaksanya melajukan langkah memandangkan matahari sudah mula tergelincir dari sudut langit.
Tap!
Lampu kelasnya dinyalakan. Won, namja yang sedari tadi belajar di perpustakaan sekolah itu tercungap mencari nafas. Dia mula terburu buru memanjat blok akademik ketika menyedari buku latihan Kimia tiada di dalam beg.
" Hah, ada pun dekat situ "
Won berjalan menghampiri tempat duduknya di tepi dinding dan mencapai buku berkulit coklat di atas mejanya.
Lampu kelas yang tiba ii terpadam membuatkannya terkejut. Pintu kelas terbuka dan tertutup keras dengan sendirinya. Angin kencang yang entah dari mana juga ikut bertiup. Won meneguk liurnya. Bulu romanya meremang.
Srekkkk....
Won segera bersembunyi di bawah meja apabila sesosok makhluk aneh menapak ke dalam kelasnya. Dalam remang senja, makhluk berketinggian luar biasa itu bergerak perlahan di muka pintu dengan cara yang seakan akan merangkak. Kukunya yang sangat panjang menghasilkan bunyi cakaran setiap kali 'dia' bergerak.
Won menutup mulutnya dari menghasilkan sebarang bunyi. Air mata muka laju menuruni pipinya. Dalam diam, dia mengutuk diri sendiri sambil terus memerhati makluk menyeramkan tersebut.
" Aku kena keluar dari sini tak kira apa jadi! "
Dalam kiraan sifar, Won memecut ke arah pintu kelas yang bertentangan dengannya tanpa mengambil kira risiko yang bakal dihadapi.
Stretttttt!
Zzappp!
Plak!
" Eh apa benda ni? "
Hyunbin yang puas menunggu Won di bawah mengambil benda berupa sampul yang baru sahaja jatuh di hadapannya.
" D-darah? " benda yang dianggap sampul itu terjatuh dari tangannya.
Hyunbin dapat merasakan cecair yang masih panas itu melekat di telapak tangannya. Dia mendongak apabila terasa teduh semacam.
Tubuh Won yang berlumuran darah dengan tiada rupa manusia tergantung dari koridor atas. Tidak lupa darah segar menitik dari hujung jarinya akibat kelaran di badannya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top