124: SCHEME
"Peperiksaan bermula sekarang.Tolong patuhi segala arahan dan peraturan semasa peperiksaan berlangsung,faham?" guru yang memakai tanda nama 'Choi Hyunsuk' itu bersuara tegas.
Para pelajar sekadar mengangguk sebelum fokus pada kertas peperiksaan di atas meja masing ii.
Guru muda itu mula berjalan di antara ruang meja pelajar yang dijarakkan,ingin memastikan tiada pelajar yang cuba menipu atau meniru.
Berpuas hati,kakinya berjalan kembali ke hadapan kelas dan duduk di meja guru.Matanya sesekali mengawasi para pelajarnya.
"Aish,bosannya" Hyunsuk bergumam kecil.Memang menjadi kebiasaan bagi seorang guru yang bertugas pada hari peperiksaan akan kebosanan sepertinya sekarang.
"Nak main phone pun tak boleh.Aku datang sekolah nak mengajar,bukan curi tulang" Hyunsuk bergumam lagi.Baginya,di sekolah bukan masa untuk membelek telefon. Mengetahui info semasa sekolah melalui gadget itu sudah memadai.
Dia kembali bangun dan menuju ke tingkap.Matanya lurus memandang ke arah pagar sekolah yang jauh di hadapan.Tidak lama,matany membulat.
Jauh di sana,dengan jelas dia ternampak beberapa orang lelaki yang memegang senapang dan ada yang sedang menembak pengawal keselamatan.Darah mula mengalir keluar.
Hyunsuk mula cemas.Dia perlu memberitahu anak muridnya.
"Tapi,diorang sedang jawab peperiksaan.Kalau tak dapat jawab,nanti ranking jatuh!No,aku kena biarkan diorang jawab" Hyunsuk mengingatkan dirinya.
Mahu tak mahu,Hyunsuk memandang seisi warga kelas itu dan mula memecut keluar dari kelas,dari sekolah itu.
"Sekurang kurangnya,aku dah selamatkan gred diorang" Hyunsuk tersenyum kelat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top