121: DRAGGING

Srett srettt!

Serim mengeluh.Dia dah bosan dengar bunyi seretan kaki yang sama tiap ii hari.

Serabut!

"Kaki kau tu tak boleh senyap ke?Asyik terseret dekat lantai dah kenapa?"

Woobin hanya tersengih mendengar bebelan Serim yang dah naik angin.

"Alah lek lah hyung"

"Lek hotak kau!Baik aku tido!"

Serim melangkah laju menuju ke biliknya sebelum menerjah katil dan menutup matanya.

Keesokannya,Serim baru sahaja tiba di rumah yang didiaminya bersama Woobin.

Buka sahaja pintu,dia tidak melihat rakannya yang kebiasaannya akan berguling di ruang tamu.Biasanya,Woobin akan melepak di situ sementara menunggu dia habis kerja syif petang.

Serim tidak ambil berat perkara tersebut dan terus melangkah masuk.

Strett strettt

Serim berhenti berjalan apabila mendengar seretan tersebut.

"Woobin?"Serim menuju ke arah dapur.

Strettt sterettt

Serim bingung.Seretan itu makin kuat.Tetapi kedengaran agak berbeza dari seretan kaki.

Mungkin.....agak bunyi seretan sesuatu yang lagi berat daripada kaki?

Ketika Serim menaiki tangga,seretan tadi bertukar menjadi hentakan.

Seketika,dia berpaling ke belakang.

"Laa aku lupa yang aku heret mayat dia dari tadi.Patut pun"Serim menggelengkan kepala.

"Lagipun,harini kan aku cuti.Mana ada kerja"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top