117: ANNOYING
Saerom perlahan lahan berjalan mendekati hujung rooftop sekolahnya.Matanya lurus memandang kehadapan sementara kakinya maju ke hadapan.Apabila hujung kasutnya bertemu dengan batuan konkrit itu,barulah dia berhenti melangkah.
Pandangannya mula turun pada rumput yang jauh di bawah.Ibaratnya,sekali dia terjatuh dari situ,hanya ada 10% harapan untuk hidup.
Air mata yang mengalir di pipinya dilap kasar.
"Aku akan pergi"ucapnya tegas.
Sebelah kakinya mula memijak bahagian atas dinding konkrit yang agak rendah itu.
"Selamat tinggal"serentak dengan itu,tubuhnya jatuh menjunam ke bawah didahului kepalanya.
Bam!
"UNNNIE!!"
Gyuri yang baru sahaja sampai di situ menutup pintu rooftop tersebut kuat dan melihat ke bawah.
Unnienya dah mati.Kepalanya pecah dan seragam putih dah bertukar merah pekat.
"Unnie..."Gyuri jatuh terduduk di rooftop seorang diri.Dia memeluk lutut dan meraung.Rambut panjangnya ditarik tarik melepaskan marah.Jeritan nyaringnya bergema di ruang rooftop tersebut.
"Patutnya aku datang awal sikit!Baru aku boleh hias dulu muka dia!"Gyuri mendengus sambil memandang sebilah pisau di tangannya.
"Tapi takpelah,makhluk tak guna tu dah mati pun kan?"
Sekujur tubuh berlumuran darah di sana dipandang.
Menyampah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top