98: POSITIVE

Shuhua berjalan perlahan menyusuri jalan ke kawasan perumahannya.Sambil berjalan,dia mengeluh.

"Omma gaduh lagi ke dengan appa?" gumamnya.

Semalam,dia dengar omma dan appa dia bergaduh kat tingkat bawah.Dengarnya sebab appa dia cemburu omma keluar dengan kawan lelaki dia.Appa dia fikir,lelaki tu teman istimewa omma.

"Haish,appa ni patutnya kenalah fikir positif" Shuhua menggeleng.Dah masak dengan perangai appanya yang kuat cemburu.

Sebaik sahaja sampai di rumahnya, Shuhua membuka pintu dan masuk ke dalam.

"Omma?Appa?"matanya melilau memerhatikan kawasan rumah yang gelap.

"Tak buka lampu ke?"Shuhua berjalan ke arah suis lampu di sudut rumah sebelum dibukanya.

"Omma?"Shuhua ternampak ibunya yang tertiarap di sebelah sofa dengan badan yang berlumuran darah.Begitu juga dengan ayahnya yang berdarah di kepala dan menggenggam pisau pemotong daging.

"Appa?"Shuhua mencuit bahu ayahnya.

"T-tolong ap-pa"

Shuhua pelik.Kenapa appanya meminta tolong?

"Mungkin omma dan appa penat bermain.Biarlah diorang tidur dulu" Shuhua terus naik ke biliknya tanpa menghiraukan ibu bapanya.

"Kita kenalah fikir yang positif je" gumamnya sambil tersenyum

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top