58: GUARDIAN

"Hiks..omma.."Jongho menangis teresak esak di dalam tandas.

Lengannya penuh dengan lebam akibat setiap hari dipukul.Waktu rehatnya selalu dihabiskan di dalam tandas dengan menangis.

Choi Jongho,seorang pelajar baru di sebuah highschool yang selalu dibuli atas alasan dia seorang yang lemah.

Dia melihat jam tangan dan ternyata waktu rehat sudah hampir habis.Air mata dilap sebelum dia keluar dari tandas dengan mata sembap.

"Kau nangis eh budak kecik?"

"A-aniyo"Jongho menatap wajah pemilik suara itu dan dia terkejut.

Park Seonghwa.Ketua pelajar di highschool itu.

"Jangan tipulah.Aku tahu kau nangis kat tandas setiap hari.Pasal apa?Kena buli?"Seonghwa mendekati Jongho yang kelihatan takut.

Jongho mengangguk perlahan.Dia tidak berani memandang pelajar hebat di depannya.

"Lepas ni kalau ada orang kacau kau,aku takkan lepaskan dia.Sekarang ni kau masuk kelas dulu.Arraseo?"

"Nae h-hyung!"Jongho segera melarikan diri ke kelasnya.

Sepanjang pembelajaran,dia tidak dapat fokus kerana rasa sakit di lengannya kian terasa.Dia menyelak lengan baju dan ternampak kesan melecet.

Kring!

Pelajar mula beransur pulang kecuali Jongho yang masih duduk di dalam kelas.Lengannya ditiup untuk mengurangkan rasa sakit.

"Wey korang tengok siapa tak balik lagi ni" seorang namja muncul di kelas itu lalu duduk di atas meja Jongho.

Jongho mula tertunduk.Apa salah dia sampai semua orang nak buli dia?

"Alololo lengan dia lebamlah.Sakit?Padan muka kau!"seorang lagi namja merentap lengan Jongho yang sedang menahan sakit.

"Dasar lemah!Memang padan kena buli!" namja tadi yang ingin memukul Jongho yang sudah memejamkan mata rapat tidak kesampaian apabila ada satu tangan menghalang.

Park Seonghwa memandang mereka dengan mata merah menyala dan kukunya menajdi panjang dan tajam.

"Kau jangan sentuh dialah bodoh!"lengan namja itu dipulas menyebabkan dia meraung kesakitan.Kukunya ditusuk tepat di dada.

"Kau pun sama!"sahabat namja tadi menerima nasib sama apabila kepalanya dipulas sehingga menghasilkan bunyi sebelum rebah di samping mayat rakannya tadi.

"H-hyung?"Jongho menegur dengan takut.

Seonghwa berpaling ke arah Jongho sambil tersenyum.Wajahnya sudah kembali normal.

"Kan hyung dah cakap takkan biar Jongho kena buli lagi"

Jongho merasa lega.Walaupun Seonghwa bukan seperti manusia biasa,sekurang kurangnya,dia takkan berani dibuli oleh sesiapa lepas ni.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top