36: HOMEWORK
"Eh?Bukan ke aku dah siapkan homework Sejarah ni?"Donghae pelik.Modul Sejarah itu bersih tanpa jawapan.
"Aku mimpilah tu kot semalam"pen dicapai dan dia terus menyiapkan modul tersebut.
Tingkap bilik juga dibuka.Senang nak masuk idea katanya.
Hampir 25 minit menulis,tugasan Sejarahnya selesai.Dia mengemas meja sebelum keluar dari bilik untuk makan malam.
Usai makan,dia kembali ke meja belajarnya untuk membuat nota.
"Ada ke cikgu bagi homework ni tadi?"soalan Bahasa Inggeris itu ditiliknya.
Pelik.Dia tak terima pun kerja rumah ini tadi.
"Buat jelah.Kang tak pepasal kena denda" tanpa banyak soal dia menyiapkan tugasan sebelum tidur.Esok sekolah,jadi kena tidur awal.
Dia membatalkan niat untuk membuat nota kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.
Skrek!
Ketika sedang memeriksa telefon bimbitnya,Donghae menangkap bunyi seakan kertas.
Dia pantas menoleh ke arah meja belajarnya dan apa yang dilihat amat menakutkan baginya.
Telefonnya terlepas ke lantai
Ada satu tangan yang berwarna hitam seperti rentung sedang menghulurkan kertas berupa modul dari tingkap biliknya
"Omma"dan Donghae didapati pengsan dan demam seminggu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top