130 : KNOCK KNOCK
" Unnie nak pergi mana? " Kazuha menyoal Sakura yang berjalan ke pintu utama rumah sewa mereka.
Kazuha dan Sakura ialah pelajar di universiti terkemuka di Korea Selatan dan kedua-duanya sepakat menyewa sebuah rumah berdekatan.
" Nak pergi kedai runcit. Nak kirim apa ii ke? "
" Nak! Nak ramen 2 bungkus "
" Okay " Sakura kembali berjalan ke pintu, membukanya perlahan sebelum memanggil Kazuha kembali.
" Selagi unnie tak balik jangan buka pintu. Bahaya. Ramai orang jahat dekat luar zaman sekarang ni " Sakura mengingatkan. Dia mengerling jam dinding yang menunjukkan pukul 11 malam.
" Nanti unnie ketuk pintu tiga kali ye kalau dah balik " Kazuha memberi cadangan berupaya isyarat tersebut.
" Arraseo " Sakura menyahut sebelum benar ii keluar meninggalkan Kazuha yang tekun menyiapkan assignment.
Tepat pukul 11.40 malam, Kazuha selesai dengan tugasannya dan dia duduk di sofa, menonton televisyen sambil menunggu housemate nya.
" Mungkin ramai orang dekat kedai " bisik Kazuha, cuba menyedapkan hati.
11.45 malam.
11.5O malam.
11.55 malam.
12.OO tengah malam.
Tok! Tok!
Kazuha dengan senang hati menuju ke pintu dengan niat membukanya sebelum teringat sesuatu.
" Unnie ketuk pintu tiga kali... " dia berbisik sendiri sambil menahan gelisah. Di kepalanya sudah berfikir macam ii.
Kazuha memilih untuk mengabaikannya. Dia percaya Sakura tidak akan lupa untuk mengetuk pintu tiga kali.
Suasana kembali hening seketika sebelum pintu diketuk lagi.
Tok! Tok! Tok! Tok!
Empat kali.
Kazuha masih diam di tempatnya. Dia tiba ii rasa tak sedap hati. Rasa seram menyelubunginya.
Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Srakkkkk
Bunyi ketukan di pintu semakin agresif diselangi bunyi cakaran.
Kazuha sudah menangis. Dia memejamkan matanya rapat dan berteriak berharap apapun makhluk di luar sana pergi.
" Pergi! Jangan kacau aku! " Kazuha menangis tersedu-sedu.
Dalam beberapa detik, bunyi bising di luar hilang. Keadaan kembali sunyi. Kazuha masih enggan membuka matanya.
" Unnie dah balik! "
Suara Sakura terdengar di luar pintu. Kazuha yang sudah tidak tahan berlari ke arah pintu dan membukanya tanpa berfikir panjang.
Di luar sana, tepat di hadapannya berdiri satu makhluk seram berwajah pucat dan berkuku panjang hitam.
" Tiga kali ketuk.... " seakan mengejek, makhluk itu mengetuk pintu diikuti hilaian tawa.
" ARGHHHH! "
Tanpa Kazuha tahu, Sakura telah lama tidur di biliknya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top