11: BLOWING
Tap!
Hani mengeluh.Elektrik memang tidak mahu memberi kerjasama.Dengan malas,dia mencapai telefon pintar sebelum mengonkan torchlight phonenya dan mencari lilin sebelum menyalakan api dan diletakkan di hadapannya yang sedang membaca buku.
Sedang asyik membaca,lilin di hadapannya terpadam.
"padam pulak!"getusnya.Dia kembali bangkit untuk menyalakan lilin tersebut dan menyambung aktivitinya semula.
Baru Hani mahu membelek muka surat seterusnya,dia merasakan sesuatu yang aneh.
"Elektrik takde tapi kenapa rasa macam ada angin bertiup?"Hani berasa pelik.Namun,dia hanya mengabaikannya dan terus fokus membaca.
Shiuu
Hani tersentak.Itu tidak kedengaran seperti deruan angin biasa.Jika benar deruan angin,dari mana datangnya sedangkan kipas tidak berfungsi?Bulu romanya meremang apabila merasakan ada nafas hangar di lehernya.Dia bergegas bangun ingin meninggalkan tempat itu.
"Arghh!!"
Di hadapan Hani kini muncul wajah mengerikan yang tersenyum lebar memandang wajahnya.Hani yang kalut terus mencapai gunting yang berada berdekatan dan ditusuk je arah bahu makhkuk tersebut.
"H--ha-ni"
Mata Hani membulat tatkala melihat makhluk yang dianggap menakutkan olehnya itu ialah rakannya,Hyerin.
"To-long"ucap Hyerin tersekat sekat.Niatnya hanya sekadar mengusik rakannya itu.
Hani yang buntu memilih untuk melarikan diri dan membiarkan Hyerin keseorangan di situ dan tanpa disedari,ada mata yang sedang memerhati bakal 'mangsa' yang tercungap cungap sendirian.
Apabila Hani kembali,Hyerin telah tiada dan belum sempat dia melangkah,dirinya ditarik oleh makhluk tersebut.
Arghh!!!
Suara jeritan bergema sebelum senyap beberapa ketika.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top