My Manager S2 [Episode 40]

My Manager S2 [Episode 40]

Keesokkan paginya...

Di rumah Aira.

Aira : AMBER!! AKU NAK PERGI KERJA NI!!! *jerit dari ruang tamu*

Amber : YAH!!!! KAU TAK SIHAT LAGI!! JANGAN NAK MENGADA PERGI KERJA!!! *dari dalam bilik*

Aira :  TAK DENGAR!! AKU KELUAR DULU!! *jelir lidah* //Hihihihihi.. Kau ingat kau boleh tahan aku kat rumah ni. Setakat demam sedikit, tak perlu nak terperap dalam rumah la.// *pakai kasut*

Amber : AIRA!!! KAU JANGAN BERANI NAK PAKAI KASUT!! KAU TUNGGU AKU HABIS PAKAI JEL RAMBUT AKU NI!!! KAU JANGAN KELUAR!!!!

Aira : *abaikan Amber* *ambil kunci kereta* So sweet so sweet so cool so cool so cute so cute.. Shuwa shuwa shuwa.. Love my baby.. [Shuwa Shuwa By Puretty] *happy dapat elak dari Amber*

Amber : *lari keluar bilik* Aira?? Kau kat mana???

Aira : Aku kat luar dah.. *masuk dalam kereta*

Amber : YAH!! IMMA!!! *lari keluar rumah* *nampak Aira hidupkan kereta* YAH!!!!

Aira : Aku kena pergi kerja ni, kalau kau nak mengamuk. Aku balik kerja satgi kau sambung la ye. *lambai tangan kat luar tingkap*

Amber : YAH!! *cepat-cepat pakai kasut*
Aira : *undurkan kereta*

Bbum!

Aira : Akh! *terhantuk kepala kat stering*

Amber : *terkejut dengar bunyi kuat* AIRA!

Aira : Aku langgar apa pula pepagi ni? *perhati cermin sisi* *nampak kereta* OMONA?! *keluar kereta*

Amber : *pergi kat kereta Aira* *nampak kereta lain belakang Aira* Hah!! Ni la akibatnya lawan cakap aku lagi, kan dah ada kemalangan. Dah demam tu duduk aje la dalam rumah. Sekarang ni kau dah menyusahkan aku...

Aira : Boleh tak kau berhenti membebel sekejap, Amber. *stress dengan Amber* //Siapa tuan punya kereta ni??// *resah*

Amber : Ni siapa pula yang parking depan rumah orang lain ni? Dah tak kenal rumah sendiri dah ke? *cekak pinggang* *perhati nombor kereta*

Ttung! [Bunyi kunci pintu kereta terbuka]

Aira : Eo? Ada orang la dalam kereta. (O_O)
Seorang namja keluar dari kereta tu dengan kacamata hitam.

Amber : *nampak namja tu* Mianhaeyo, ahjussi. Kawan saya ni baru lepas demam, jadi dia tak berapa cekap sangat pandu kereta. Maafkan kawan saya ni, ahjussi. *tunduk-tunduk kepala*

Aira : Tch. Amber ni.. Sengaja buat aku rasa serba salah gila sekarang. *separuh bisik*

XXX : Kau tak cam aku ke, Amber? *cekak pinggang*

Amber : *berhenti tunduk* Nugu? *angkat kening*

Aira : *kerut dahi* //Amber kenal namja ni ke?//

XXX : Memang teruk betul korang berdua punya mata ni. *geleng-geleng kepala* *cabut kacamata hitam*

Amber & Aira : JONGSUK??? (O_O)

Jongsuk : Tadi kau kata Aira demam, kan? Bila dia demam? *simpan kacamata celah kemeja kat tengkuk*

Aira : Eh. Mana da demam. Amber ni saja buat teruk. *geleng-geleng kepala* //Amber ni kang... Satgi si Jongsuk ni mula la jadi Hero kat sini.// *geram*

Amber : Dia tipu. Dua malam lepas dia demam teruk. Baru harini reda sikit demam. Itu pun dia galak nak pergi kerja. Sekarang terbukti la, dia masih demam sebab dah langgar kereta kau. *cekak pinggang*

Aira : *jeling atas*

Jongsuk : Laa.. Kenapa kau nak pergi kerja juga, Aira? *letak tangan kat dahi Aira* Berehat aje la kat rumah.

Aira : *langkah ke belakang dari Jongsuk* Aku dah okay la. Ni kau datang sini buat apa? *sengaja tukar topik*

Jongsuk :  *tersenyum* //Taktik lapuk..// Aku tadi lalu jalan depan tu, lepas tu tetiba teringat nak singgah sekejap. Sebab aku rasa kau selalu pergi kerja waktu-waktu macam ni.

Aira : Ahh..

Amber : Ni Jongsuk, kau halang sekejap kekasih hati kau ni. Jangan pergi kerja harini. Biar reda habis dulu demam dia.

Aira : YAH!! *geram* //Perlu ke sebut benda tu?//

Jongsuk : *tersenyum*Alololo.. Kesiannya kekasih hati aku ni.. Dalam demam-demam pun masih nak pergi kerja.. *main kepala Aira*

Aira : *tolak tangan Jongsuk* *tunjuk penumbuk* Nampak ni? *muka garang*

Jongsuk : *tergelak* Dia demam sikit aje la, Amber. Biar aje la dia nak pergi kerja.

Amber : Eh? *terkejut*

Aira : YEAY!! Sayang Jongsuk!!

Jongsuk : (O_O)

Amber : Syok la tu, namchin dia sokong. *silang tangan*

Aira : Of course. *angkat-angkat kening* Okay la. Aku nak pergi kerja dulu. *masuk dalam kereta* Daa!!

Amber : YAH! *perhati kereta Aira pergi*

Jongsuk : *geleng kepala* Sekarang ni macam mana? Bonet kereta depan aku ni? *angkat kening*

Amber : Tu kau punya habuan la. Siapa suruh sokong yeoja tu pergi kerja. *masuk dalam rumah*

Jongsuk : Aik? Aku sokong yeochin aku pun kena marah ke? *geleng kepala* *perhati kesan kemik*

Jongsuk : Aira demam.. *sinis* //Tak sangka benda macam tu pun dia boleh jatuh demam. Tapi tak pe.. Lepas ni dia akan serik kerja dengan alien-alien tu.// *smirk*

*

Di SM Intertainment.

Aira : *parking kereta* *tengok jam* Cantek! Tepat pada masanya. *matikan enjin* *keluar kereta*

En. Kim : Aira-ssi?

Aira : *kalih arah suara* Encik Kim.. *senyum* *pergi kat En. Kim*

En. Kim : Aira-ssi dah okay? Saya dengar awak demam dua malam lepas.

Aira : Errr.. Hehehehe.. //Sejak bila HR (Kebajikan Manusia) pandai heboh orang lain punya MC?// Saya dah okay la, Encik Kim. Kalau tak takkan saya nak datang kerja harini. Betul tak? *sengih*

En. Kim : Betul ni? Kalau Aira-ssi ada rasa tak sihat atau apa-apa beritahu aje kat saya. Saya akan tolong hantar Aira-ssi kat hospital.

Aira : Hahahahaha!! Baik la Encik Kim. Dah la jom kita ambil bebudak tu. Mesti dah tunggu lama kat luar rumah dorang.

En. Kim : Haah, jom la kita. *masuk dalam van*

Aira : *masuk dalam van*

*

Di EXO Mansion.

Shreekkk~ [Bunyi brek van EXO]

Aira : Mana dorang? *perhati luar mansion*

En. Kim : Entah. Takkan dorang tak bangun lagi? *tengok jam*

Aira : Semalam dorang balik mansion pukul berapa Encik Kim? *pandang En. Kim*

En. Kim : Lebih kurang pukul 2?

Aira : Lewatnya dorang balik? Semalam dorang ada jadual apa?

En. Kim : Macam biasa la. Cuma lepas pukul 5 petang tu dorang ajak pergi mall. Dorang kata nak beli barang untuk pergi Dubai.

Aira : Hah? Dubai?? *kerut dahi*

En. Kim : Haah. Aira-ssi tak tahu ke?

Aira : Tak tahu la pula saya. Tak pe la, saya nak pergi masuk ke dalam sekejap. Nak tengok dorang tu. *buka pintu van*

En. Kim : Haa.. baik. Saya akan tunggu kat sini.

Aira : *tutup pintu* Dubai? Kenapa aku tak tahu pasal ni? *monolog* *masuk ke dalam mansion*

*

Dalam EXO Mansion.

Aira : *tekan password pintu*

Teng!

Aira : Aik? Dah tukar password ke dorang ni? *kerut dahi*

Aira : *tekan loceng* YAH!!! KORANG TAK BANGUN LAGI KE?? YAH!! *ketuk pintu kuat-kuat*

Takde bunyi apa-apa.

Aira : *sakit hati* YAH!!! KORANG BUKA PINTU NI SEKARANG!!! KALAU TAK SAYA AKAN PE—cah!

Ting! [Bunyi pintu terbuka dari dalam.]

Aira : Ha! Bila dah kena pekik macam tu tahu pula nak buka. *cekak pinggang*

“Apa ni Aira.. bising-bising pepagi ni..”

Aira : Eh? Tao? (O_O)

Tao : Iye, aku Tao. Takkan dah tak kenal aku. *gosok mata*

Aira : Bila awak balik Korea? *kedip-kedip mata*

Tao : Malam semalam. Dah la, kau masuk dalam dulu. Sejuk kat luar tu.

Aira : *masuk dalam mansion* Mana yang lain?

Tao : Tak bangun lagi la kot. *jalan longlai*

Aira : Macam mana awak boleh dengar saya jerit kat luar tadi? Selalunya awak tidur mati. *ikut Tao ke ruang tamu*

Tao : Aku tertidur kat ruang tamu sebab tu aku boleh dengar kau memekik kat luar.

Aira : Ahhh.. *baru perasan pakaian Tao bukan pakaian tidur*

Tao : Kalau kau nak kejutkan dorang, kejut perlahan-lahan tau. Aku mengantuk ni. *rebah kat sofa*

Aira : Ah, ne. Mian. *sengih*

Tao : Kroookkk~

Aira : //Letih betul dia ni. Baru rebah terus berdengkur..// Ah, apa-apa aje la. Sekarang misi aku nak kejut jakun-jakun yang tak ingat dunia kat atas rumah. *lipat lengan baju* *langkah naik tangga*

*

Di tingkat atas, EXO Mansion.

Bilik pertama dan paling dekat dengan tangga adalah Bilik Chanyeol dan Baekhyun.

Aira : *berdiri depan bilik ChanBaek* Sunyi je bilik dorang ni. *letak telinga kat pintu* Hm? Memang sunyi.

Aira : Ehem..

Ttok! Ttok!

Aira : Park Chanyeol... Byun Baekhyun... Bangun... Hari dah pagi ni... *lembut*

Tiada respon.

Aira : (-_-)

Ttok! Ttok!

Aira : Saya tunggu sampai tiga saat je tau kalau tak saya pecahkan pintu ni.. *lagi lembut*

Tiada respon juga.

Aira : //Dua alien ni.. Aku sunat jugak kang.. // PARK CHANYEOL!! BYUN BAEKHYUN!!!

Masih tiada respon.

Aira : Korang ni kang.. *pulas tombol pintu* Aik? Tak kunci? (O_O) *tolak pintu*

Krikk.. Krikk..

Aira : Laa... Takde orang rupanya. Buat habis air liur aku je. *tutup pintu*

Ke bilik kedua iaitu bilik Sehun dan Luhan.

Aira : Kunci ke tak pintu ni? *try pulas tombol*

Klik.

Aira : Kunci? Hmm.. Mungkin sebab ada Luhan kot. *ketuk pintu*

Ttok! Ttok!

Aira : Oh Sehun.. Bangun... Hari dah pagi ni... Bangun wahai Oh Sehun.. *lembut*

Tiada respon.

Aira : Haih.. dorang ni. Pakat tak bangun habis. Tidur mati ke apa ni. *ketuk pintu*

Ttok! Ttok!

Aira : Oh Sehun... Bangun... Saya kira sampai 3.. *tahan suara*

Tiada respon.

Aira : Hana..

Masih tiada respon.

Aira : Dul..

Tiada respon juga.

Aira : S—set..

Pintu bilik terbuka.

Luhan : Apa ni, Aira? Sehun takde dalam bilik... Dia dah keluar awal pagi lagi. *gosok mata*

Aira : Hah? Dia keluar mana?

Luhan : Mana la aku tahu. Dia keluar dengan yang lain juga. Dah la, aku nak masuk tidur ni.. *naik atas katil*

Aira : *perhati Luhan masuk tidur* Hmm.. Dorang pergi mana? *fikir*

Aira : *pergi ke bilik seterusnya*

Kesemua bilik tiada sesiapa.

Aira : Dorang pergi mana pepagi ni? *pelik*

*

Di luar EXO Mansion.

Aira : *masuk dalam van* *dengus kuat*

En. Kim : Aik? Aira-ssi? Mana bebudak tu? *tengok luar van*

Aira : Molla. *peluk tubuh*

En. Kim : Sekarang kita nak pergi mana?

Aira : Agensi. *serius*

En. Kim : Ah—ne.. //Seram pula muka Aira-ssi bila marah.// *gerakkan van*

*

Di SM Entertainment.

Yeon : Selamat datang.. Ai-

Aira : *terus masuk*

Yeon : -Ra—shi.. *perhati Aira masuk dalam bangunan* *pandang En. Kim*

En. Kim : *angkat bahu*

Yeon : *angguk mengerti*

*

Di bilik latihan.

Aira : //Kalau dorang ada dalam bilik, memang kena dengan aku.// *pulas tombol pintu.*

Aira : YAH!!! PAB—O!!

Krik.. Krikk..

Aira : KAT SINI PUN KORANG TAKDE??!! SERIOUSLY????!! *cekak pinggang*

*

Xiumin : Korang rasa betul ke apa yang kita buat ni?

Chen : Hyung, Shh! Dah sampai sini baru hyung rasa betul ke tak?

Xiumin : Aku cuma rasa kesian kat...

Baekhyun : Hyung..senyap la. Nanti dia dengar.

Xiumin : //Haih..dia ni.//

Suho : Kenapa aku boleh terlibat dengan rancangan budak tadika ni? *separuh bisik* *jeling kat Lay*

Lay : *sengih* Bukan selalu ikut rancangan dorang ni.

Suho : (-_-)”

D.O. : Sampai bila kita nak tunggu kat sini?

Chanyeol : Sampai dia..

Baekhyun : Shhh! Dia dah sampai!! *separuh bisik*

Chanyeol : *tutup mulut*

Xiumin : *perhati gerak geri dia*

Chen : Nampaknya dia memang betul-betul marah la.

Suho : Ni semua salah korang. Aku tak nak terlibat. *cuba memberontak*

Lay : Hey, Suho. Sabar la. *tahan Suho*

Baekhyun : Yah! Hyung.. Duduk la senyap-senyap. Nanti dia dengar la.

Sehun : Sorry guys. Aku rasa tak sedap perut la.

Kai : Serius la, Albino.. Dalam masa genting macam ni baru kau rasa tak sedap perut?

Sehun : Serius weyh. *pegang perut*

Baekhyun : Kau maknae, jangan nak menyetan kat sini. Kau tahan sekejap.

Sehun : Hyung....

Chen : Oh Sehun yang baik hati..sila sedut balik harta karun tu. Jangan membazir kat sini lagi. Tahan.. Tarik nafas.. *tarik nafas*

Suho : Kau jangan Sehun...

Sehun : Hyung.. Mianhe.

Chen : Oh! Tidak!!! Semua keluar!!!

Chanyeol : DIA LETUSKAN GAS ATOM!!!!!

Baekhyun : DASAR ALBINO TAK GUNA!!!

Kai : SSIB*L!! (F***Y**!!)

Semua orang keluar dari bilik sembunyi aka stor dalam bilik latihan.

Xiumin : Kau makan apa OH SEHUN sampai gas kau busuk macam bangkai ni?? *terbatuk-batuk*

Chanyeol : Ni bukan bau bangkai, ni bau toksik radiasi. Boleh mencacatkan anggota badan manusia.

Sehun : Teruk sangat tu, hyung. (-_-)

Baekhyun : Adakah aku masih hidup? Atau aku kat syurga sekarang?

“Tak, awak sekarang ada kat NERAKA.”

EXO : *terdiam*

Baekhyun : Sehun.. aku rasa kau punya sakit perut tu berjangkit kat aku la. Aku nak pergi tandas dulu. *bangun*

Aira : *tangkap kolar baju Baekhyun*

Baekhyun : Akh!!

Sehun : Errr..Mian Aira. Aku memang betul-betul sakit perut. Aku pergi tandas dulu ye.. *bangun*

Aira : *tangkap kolar baju Sehun*

Sehun : Akh!!!

Aira : AWAK SEMUA BERKUMPUL DI DEPAN SAYA SEKARANG!!!!

EXO : BAIIKKKKK!!!! *kelam-kabut*

*

EXO : *melutut di hadapan Aira*

Sehun & Baekhyun : *masih dalam genggaman Aira* (duduk di sebelah Aira.)

Aira : *berdiri sambil peluk tubuh*

EXO : *pandang lantai*

Aira : Siapa nak terangkan apa yang sebenarnya yang berlaku harini?

EXO : *pandang sesama sendiri*

Aira : Siapa nak terangkan sekarang? *cekak pinggang*

EXO : BAEKHYUN! *tunduk kepala*

Baekhyun : Eh? Kenapa aku pula?

Aira : Awak masih nak persoalkan lagi, wahai Encik Byun? *jegil kat Baekhyun*

Baekhyun : *gulp* Ermm..baik.

Aira : *peluk tubuh*

Baekhyun : Macam ni ceritanya..

*

//Flashback//

Baekhyun : *bangun tidur* Chanyeol! *goyang-goyang katil*

Chanyeol : Hmm.. *masih tidur*

Baekhyun : Aku ada idea.

Chanyeol : Hmm..

Baekhyun : Apa kata kita kenakan Aira harini?

Chanyeol : (...)

Baekhyun : Kau dengar tak Capang?

Chanyeol : (...)

Baekhyun : Eh, Capang ni sambung tidur balik ke? *intai katil bawah*

(Kosong.)

Baekhyun : //Eh, mana hilang Capang ni?//

Chanyeol : Kau tunggu apa lagi atas tu. Cepat la siap.

Baekhyun : Amboi? Cepatnya kau siap? (O_O)

Chanyeol : Aku pergi kejutkan dorang dulu.

Baekhyun : Alright! *turun katil*

*
Sehun : Hey, Baek. Kenapa kau tetiba rancang nak kenakan Aira?

Baekhyun : Sebagai denda tinggalkan kita selama 2 hari.

Xiumin : Sebab tu je?

Baekhyun : Haa. Kenapa?

Kai : Kau tahu dari mana Aira akan masuk kerja arini?

Baekhyun : Aku tak tahu.

EXO : *tepuk dahi* Alahai..

Chanyeol : Aku ingatkan kau dah tahu Aira akan masuk kerja arini. Buat penat je aku kejut dorang ni pepagi buta.

Suho : Siapa suruh, padan muka.

Baekhyun : Alaa.. tak apa la. Kalau Aira tak masuk kerja dalam masa 30 minit, kita cancel la.

Suho : Banyak la kau.

D.O. : Sekarang ni kita nak pergi agensi dengan apa?

Baekhyun : Arr.....

EXO : *tepuk dahi*

//END//

Aira : Habis tu korang datang dengan apa?

Baekhyun : Teksi.

Aira : Berapa buah teksi korang naik? (O_O)

Baekhyun : 2 teksi. *sengih*

Aira : Dua teksi??? Muat ke????

Sehun : Muat la. Kami bukan gemok pon. Kurus kurus je..

Aira : *tepuk dahi*

Baekhyun : Tapi rancangan kami tak berjaya disebabkan oleh Sehun. Tetiba pagi ni dia sakit perut bagai. *ketuk kepala Sehun*

Sehun : Yah!! Ni semua salah Baekhyun yang merancang semua ni. *tarik rambut Baekhyun*

Baekhyun : Akh!

Aira : *lagakan kedua-dua kepala di hadapannya*

Sehun & Baekhyun : Adoi! *gosok kepala*

Aira : Tu denda saya kat korang.

Sehun : Eh? Kenapa kami je kena? Dorang tu tak kena pon?

EXO : //Haih.. maknae ni.. Nak jadi batu api pula.//

Aira : Ada.

EXO : (O_O)

Aira : Tunggu dan lihat nanti.

(Bersambung...)

Assalamualaikum wahai readers sekalian. Setelah berkurun lama saya x publish cerita, adakah masih ada yang menanti sambungan cerita ini? Saya harap masih ada. Saya baru sahaja tamat pengajian, sekarang tinggal untuk praktical sahaja. Sepanjang saya hiatus saya sempat la juga menyambung cerita cuma tak publish sebab takut ada kesalahan plot ke apa. Kalau kesalahan ejaan tu normal laa.. Jari gemokkss. Hehehehe. Btw.. Hope u guys would like this chapter and after this. Thank you.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top