+ 6

___

"Rae, dunia ni terlalu singkat untuk mengikut peraturan. Chill chill sudah" Ujar Junghae sambil mengikat tali kasut sekolah.

Ada je eak alasan minah ni. Sekarang ni, sudah dua hari berturut-turut kitaorang menjadi mangsa tempikan mrs Rowoon akibat gagal melakukan kerja sekolah. Halah nasib

"Banyak lah kau punya chill. Masalahnya, kita ni dah 2 hari tak buat hw dia" kata aku sambil menjelingnya.

"Sudah, berdiri di luar kelas!" Sekali lagi Junghae didenda sepanjang sesi.

Lalu, Junghae berdiri dari tempat duduknya dan berjalan selamba disebelah meja aku.

Malah, sempat membuat 'peace' lagi. Dasar tak serik-serik.

Habis sahaja drama pukul 10 ni, Mrs Rowoon kelihatan membelek beberapa buku latihan sebelum satu lagi nama menjadi sasaran. "Park Hyun Rae" luruh jantung aku

"Y-ye"

"Kenapa kosong ni? Cuma ada hari tarikh je"

Aku berdiri daripada kerusi. "Hmm..saya tak tahu"

"Habis, kamu tahu apa? Main ml je? Ni kosong ni siapa nak buat? Atuk kamu?"

Mrs Rowoon ni cuba menyindir aku ataupun menambahkan lawak hambar dia je?

"Bukan.. Atuk saya..."

"Apa? Bukan atuk? Habis? Ml? Saya dah cakap, uninstall ml. Tapi kamu degil. Tengok sekarang apa sudah jadi pada kamu rae. Dah 2 hari kamu tak siap hw haih"

Eh Mrs Rowoon ni. Dah macam appa aku pula eak. Appa aku pun tak pernah halang aku main ml.

"Tapi.."

"Sudah saya malas nak dengar alasan kamu. Pergi berdiri diluar kelas!" Kata-kata aku terus dipotong oleh Mrs Rowoon. Kenapa dia tanya kalau taknak mendengar jawapan. Huh

Aku terus berjalan keluar menuju ke pintu

Tapi aku tak kesah sebab aku dekat luar dengan Junghae. Bolehlah kitaorang membawang sesambil berdiri.

Kringg

Sudah 15 minit aku diluar bersama Junghae. Akhirnya, waktu balik sudah pun tiba.

Semua orang terpusu-pusu keluar dari kelas kecuali Mrs Rowoon.

"Ahaha kene denda ke tu" ujar yeonjun

Kurang asam tau anak choi ni. mentang-mentang tak kene. Alah nasib je tu. Selalu nya dia pun menjadi mangsa Mrs Rowoon tapi hari ni hw dia siap pula. Takpe hari ni hari kitaorang.

Aku dan Junghae memandang Yeonjun dengan pandangan yang tidak puas hati.

Semua pelajar sudah balik kecuali kami berdua yang tersekat diluar kelas.

Junghae pula sedang mengkuis-kuis tanah.

"Bilalah nak balik ni. Kaki aku dah lenguh ni. Macam dah nak tercabut" badan aku disandarkan didinding luar kelas

"Tu ah pasal, entah sampai bila entah nak berdiri dekat sini"

"Sampai esok" tiba-tiba Mrs Rowoon mencelah.

"Dah, kamu pergi balik"

Kami tersenyum gembira "gamsahabnida seonsaengnim"

Kami terus masuk kedalam kelas untuk mengambil beg. Lalu kami terus bergegas keluar dari kelas.

___

yoongi pov

Aku berjalan dikaki lima sekolah bersama geng-geng bts untuk pulang.

"Ada lipas semalam dekat bilik aku, nasib aku tak terpijak doh" ujar taehyung sambil tertawa kecil

"Jadah kau, kalau kau terpijak ergh aku tak boleh bayangkan isi dia" ujar jungkook sambil menepuk bahu taehyung.

"Apahal cerita pasal lipas pulak ni. Tahu tak geli syaiton" ujar jin

"Entah takde kerja agaknya" Ujar namjoon

"Tapi kalau kau jumpa lipas jangan pijak" ujar hoseok

"Habis?" Soal mereka serentak.

"Kau makan" kata hoseok sambil ketawa terbahak-bahak

PANG

Jin memukul kepala hoseok "Ha kau, ni bodoh lagi sorang. Tadi tae sekarang kau pulak. Jadah dia nak makan lipas"

"Aduh sakit lah bahenol" hoseok mengurut-urut kepalanya

Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Malas nak join

"Oi, apahal kau senyap je ni?" Soal jimin curiga

"Eh jimin"

"Ha apa"

"Semalam yang ada dalam lobby dengan kau tu siapa?" Soal yoongi

"Haah siapa tu?" Soal taehyung

"Yang dalam lobby? Yang mana? Banyak kot semalam kita main. 4 match." Ujar jimin

___

Vote?
Comment?

Thankyou♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top