1 4
Kereta sport Avryn memasuki perkarangan DH'S High School lalu menuju ke lot parkir. Semua pelajar yang berada di lot parkir mengalihkan pandangan untuk melihat gerangan yang turun dari kereta itu kerana tidak pernah melihat kereta itu sebelum ini.
Avryn membetulkan rambutnya terlebih dahulu dan memakai topi untuk menutup sedikit mukannya. Avryn turun dari kereta dan sedar bahawa semua mata pelajar di sana padanya. Avryn membuka langkah menuju ke kelas Arzyn kerana masih berbaki 5 minit sebelum kelas dia tamat.
Seusai sampai berhampiran kelas Arzyn, Avryn bersandar pada dinding sebelah pintu kelas sambil meneka pada skrin telefon sementara menunggu Arzyn keluar dari kelas.
Ring!
"Baby!" jerit Arzyn kecil apabila melihat susuk tubuh Avryn di luar kelasnya.
"Should we go for lunch? I'm starving," ujar Avryn apabila Arzyn memaut bahunya selepas melihatnya.
"Sure. Let's go to the cafe," ujar Arzyn sambil tersenyum lebar.
Arzyn menggenggam tangan Avryn lalu mereka melangkah menuju ke kantin sekolah. Semua pelajar yang melihat perbuatan Arzyn terkejut kerana Arzyn tidak pernah membawa seorang perempuan atau membenarkan mendekatinya.
Selepas sampai di kantin, mereka berdua menjadi perhatian tetapi mereka hanya abaikan dan menuju ke meja yang menempatkan Perfecto' Prince.
"Hey Ryn!" ujar jejaka-jejaka yang duduk di meja itu apabila meliht Avryn bersama Arzyn.
"Hey guys! Long time no sees," ujar Avryn sambil berlaga tangan dengan mereka.
"Kau yang tak jenguk kita," ujar Haikal atau nama sebenarnya Tengku Nathan Haikal mengundang tawa mereka semua.
"Relax dude. Aku kan dah ada depan korang ini. Aku belanja hari ini. Deal?" tanya Avryn menyebabkan mereka bersorak.
"Deal! Deal! Aku akan makan banyak hari ini," ujar Aaril atau nama sebenarnya Putera Rahen Aaril, abang kembar Aayiz.
"Amboi kau, mentang-mentang Ryn belanja terus nak makan banyak! Nanti gemuk kau juga yang susah. Tak ada awek," perli Ariq menyebabkan tawa mereka pecah semula.
"Sekali sekala sahaja. Bukan selalu. Nanti aku maintain pergi gym" bidas Aaril kepada Ariq.
"Dah, pergi order. Kejap lagi ada meeting," ujar Arlan lalu mereka semua pergi order kecuali Avryn yang masih duduk kerana Arzyn tolong order.
Seketika kemudian, mereka kembali ke meja dengan dulang makanan masing-masing. Arzyn menghulurkan Avryn sepinggan nasi dengan ayam madu dan sayur campur serta segelas air oren.
Mereka menjamah makanan sambil bergurau senda menyebabkan meja mereka menjadi perhatian. Avryn kenal dengan Haikal dan Aaril kerana mereka biasanya akan datang ke rumah Arzyn waktu perayaan atau untuk lepak.
"Ryn, you want to follow us to the meeting or go back home?" tanya Ayran, abang kembar Afran kepada Avryn yang baru selesai membayar bil di kaunter.
"Boleh ke nak ikut?" tanya Avryn dengan mengangkat kening sebelahnya memandang 6 jejaka idaman di hadapannya.
"Boleh!" ujar mereka serentak lalu tersengih.
"Kalau macam itu, jom." ajak Avryn dan berjalan beriringan dengan Ariq meninggalkan Arzyn yang sedang berbual bersama Arlan di belakang menuju ke bilik pengawas.
Seusai sampai di luar bilik pengawas, Ariq mengimbas tapak tangannya untuk membuka pintu dan mereka masuk ke dalam bilik pengawas.
Semua pengawas yang berada dalam bilik itu memandang mereka atau lebih tepat Avryn dengan hairan. Avryn hanya tersenyum kecil dan menuju ke arah sofa di belakang untuk mengambil tempat manakala yang lain menuju ke hadapan untuk memulakan mesyuarat.
"She is Avryn from AA'D High School. She is the Vice Headprefect there. She came here because of Arzyn. So if you all want to know why you can ask Arzyn," ujar Ayran menyebabkan semua pengawas mula berbisik antara satu sama lain.
Avryn menepuk dahi lalu merenung Ayran tajam dan hanya dibalas dengan sengihan oleh dia.
"Let's start our meeting," ujar Arlan menghentikan bisikan semua pengawas dan mereka menumpukan perhatian ke hadapan.
Avryn hanya membelek telefon sementara menunggu mesyuarat habis.
Selepas beberapa jam,
"We end our meeting here," ujar Aaril dan semua pengawas keluar dari bilik pengawas.
Avryn bangun dan mengeliat badannya kerana terlalu lama duduk. Dia berjalan menuju ke Perfecto' Prince.
"Guys, should we go home? I'm really tired. You can discuss at our house if y'all not yet finish. I don't mind," ujar Avryn lalu menguap.
"Good idea. Let's go there then," ujar Arzyn disetujui oleh mereka semua.
Mereka keluar dari bilik pengawas dan menuju ke kenderaan masing-masing di lot parkir.
7 buah kereta sport keluar dari perkarangan DH'S High School dan laju membelah jalan raya menuju ke rumah Arzyn dan Avryn.
Meanwhile
"Yan, boleh kurangkan tak volume itu? Bingit telinga aku," marah Aayiz kepada Fryan kerana dia menaikkan lagi volume lagu yang sudah kuat itu.
Fryan terus mengurangkan volume kerana Aayiz jarang marah kalau sudah marah jangan dibuat main.
"Wei, aku bosanlah. Apa kata kita pergi rumah Arzyn lepak? Dia seorang je pun dekat rumah," ujar Kaish kepada yang lain.
"Boleh juga. Aku pun nak jadi gila kalau duduk je dekat sini tanpa buat apa-apa," ujar Aayash dan diikuti anggukan yang lain kecuali Afran.
"Sharp 5 o'clock all of you must be ready," ujar Adam dan mereka semua bangun untuk bersiap kecuali Afran yang masih berfikir.
"Hish...Nak juga pergi hari ini. Harap-harap Ryn tiada dekat rumah. Kalau tak kantoi lah," gumam Afran perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu bangun menuju ke biliknya untuk bersiap.
***
"I wanna take nap guys. Y'all can use the guestroom. I will cook at 6 o'clock. Okay?" tanya Avryn seusai sampai dalam rumah diikuti 6 jejaka yang terus baring dekat sofa.
"No problem," ujar mereka serentak kecuali Arzyn yang sudah bangun dari sofa dan menuju ke arah Avryn.
Avryn dan Arzyn melangkah menuju ke lift untuk pergi ke bilik mereka. 6 jejaka yang sedap baring dekat sofa itu, bangkit dari sofa selepas seketika dan menuju ke lift untuk bersihkan diri di guestroom.
Mereka sentiasa bawa baju lebih yang disimpan dalam kereta dan mereka semua telah solat di surau tadi semasa dalam perjalanan ke rumah.
Selepas sejam menghilangkan kepenatan dan membersihkan diri, mereka semua turun tepat pukul 5 kecuali Avryn untuk bincang masalah yang belum dibincang di sekolah tadi.
"Ryn, tidur lagi ke?" tanya Ayran sambil membuka lagu di televisyen.
"Yup. Penat sangat dah tu. Aku kejut pun siap tendang aku dengan mamainya. Sakit tahu," rungut Arzyn diikuti ketawa mereka.
"Okay let's discuss the leftover before we play games. Deal?" tanya Arlan kepada yang lain.
"Deal!" jerit mereka semua dan sambung berbincang.
Di bilik Avryn pula, Avryn yang tidur lena itu terganggu dengan jeritan jejaka di bawah. Avryn bangun dari baringannya dan melihat telefonnya untuk tengok jam.
"Dah pukul 5.15 ini. Sempat kalau nak rendam dalam hot tub lepas itu baru boleh pergi masak," gumam Avryn perlahan lalu bangkit dari katil untuk pergi membersihkan dirinya.
***
"Ceptlah, Aayiz. Hari ini kau pula yang lambat," jerit Farheen kepada Aayiz yang belum keluar dari biliknya manakala yang lain sudah bersiap dan menunggu Aayiz di sofa.
"Dah jom gerak. Sorry aku sakit perut ini," ujar Aayiz dengan nada yang bersalah.
"Tak apa. Dah jom," kata Afran dan mereka semua melangkah ke kereta masing-masing.
"Jap! Aku lupa nak ambil telefon aku, Sekejap sahaja eh?" ujar Aayiz sambil tersengih dan berlari masuk ke dalam villa semula.
Satu minit
Dua minit
Tiga minit
"Woi, kau buat telefon ke apa! Kalah siput babi tahu tak. Cepatlah sikit!" jerit Adam pula dengan muka merah padam.
Aayiz yang baru sahaja menjumpai telefonnya, lari ke luar villa apabila terdengar jeritan Adam.
Selepas sampai di luar rumah, renungan tajam Adam menyinggah pandangannya.
"Sorry!Sorry! Janji tak ulang lagi. Dah jom," ujar Aayiz dan mereka semua masuk ke dalam kereta masing-masing
7 buah kereta sport keluar dari villa dan laju membelah jalan raya menuju ke rumah Arzyn.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
^^^
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top