BAB 3
"Jadi Puan Iris, puan yakin puan tak nak jalani rawatan kemoterapi?" Tanya Doktor Fath serius. Matanya memandang wajah pucat Iris yang duduk bertentangan dengannya.
"Saya yakin doktor."
"Puan, puan fikirlah masak-masak. Puan tak kesian ke dekat suami dan ibu bapak puan?" Kata Doktor Fath cuba memujuk. Entah mengapa, melihat wajah wanita di depannya mendatangkan satu perasaan asing dalam dirinya.
Iris terdiam medengar kata-kata yang diungkapkan oleh Doktor Fath. Suami? Heh, aku rasa Ezra tak kisah pun pasal aku. Mak dan ayah, aku dah lama tak jumpa mereka. Adakah mereka masih ingat yang mereka ada anak yang bernama Iris Wardina? Adakah mereka masih marah terhadap aku? Adakah mereka masih menganggap aku anak mereka setelah aku memalukan mereka dengan perbuatan jahilku? Bisik hati Iris.
"Bagi saya masa. Saya akan fikirkan." Ujar Iris memberi kata putus yang tidak jelas. Sebenarnya hatinya masih berbelah bahagi.
"Baiklah Puan Iris. Kalau macam tu, Puan boleh call saya ataupun datang semula pada hari Rabu ni kalau puan setuju untuk menjalankan rawatan." Tutur Doktor Fath lembut. Tanpa sedar, dia menarik nafas kelegaan walaupun Iris belum menyatakan persetujuan untuk menjalani rawatan.
"Puan boleh ambik ubat dekat kaunter di luar. Kalau ada apa-apa berlaku, puan perlu segera ke hospital." Sambung Fath lagi.
"Baik doktor. Terima kasih." Iris melangkah keluar dari bilik tersebut.
Doktor Fath memerhati kelibat Iris yang melangkah menuju ke pintu. Keluhan dilepaskan setelah kelibat Iris hilang dari padangan. Matanya kembali memandang rekod kesihatan Iris yang berada di tangannya. Status Iris yang bertanda sudah berkahwin dipandang lama. Entah mengapa, hatinya tidak selesa memandang perkataan tersebut. Sekali lagi keluhan dilepaskan.
Pebenda kau ni Fath? Tanya Doktor Fath pada diri sendiri.
***
Iris menekan paskod pintu apartmentnya. Setelah mendengar bunyi lock terbuka, daun pintu dipulas kemudian ditolak. Suasana rumahnya terang benderang.
Ezra balik ke? Soal Iris dalam hati. Kasut di kaki ditanggalkan dan disusun di rak kasut yang tersedia. Kakinya melangkah menuju ke dapur. Beg plastik barang dapur diletakkan di atas meja.
Ubat yang diberikan oleh doktor tadi dikeluarkan lalu disusun di kabinet tempat kebiasaan dia meletak ubat.
"Sayang baru balik? Ubat apa tu?" Tanya satu suara.
Pergerakan Iris terhenti. Segera dia menoleh ke belakang, ke arah datangnya suara yang menegurnya. Pandangannya disapa oleh susuk tubuh Ezra yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek, yang mempamerkan perutnya yang ber six pack itu.
"Abang.. Ni u..ubat vitamin." Jawab Iris agak tergagap-gagap. Entah mengapa, dirinya tidak ingin suaminya tahu prihal penyakitnya.
"Awak dari mana? Lambat balik." Tanya Ezra lagi.
"Saya dari supermarket. Beli barang dapur lepastu terjumpa kawan pulak. Kitorang borak lah kejap." Tipu Iris.
"Abang tak stay back ke malam ni?" Giliran Iris pula bertanya kepada Ezra.
"Tak. Iris macam tak suka je abang ada dekat rumah." Terselit nada kecik hati dalam pertuturan Ezra. Mukanya diriakkan sedih.
"Mana ada macam tu. Iris lagi suka kalau abang ada. Iris rindu abang." Pujuk Iris seraya memeluk badan gagah Ezra.
"Eleh, ye ye je tu." Sakat Ezra.
"Betul lah abang." Kepalanya didongakkan memandang wajah Ezra. Mukanya sedaya upaya diseriuskan. Cuba meyakinkan Ezra.
"Abang gurau saja lah." Ujar Ezra sambil mencubit manja kedua belah pipi Iris. Geram betul dia tengok pipi gebu budak comel ni.
"Abang nak makan apa? Saya masakkan."
"Sayang beli apa tadi?" Soalan Iris Ezra jawab dengan soalan.
"Saya ada beli sotong, ayam, udang, sayur brokoli. Hmm, apa lagi eh? And buah sikit." Jawab Iris sambil cuba mengingati kembali barang yang dibelinya tadi.
"Kalau macam tu abang nak sambal sotong." Pinta Ezra.
"Alright. Abang pergi lah tengok TV dulu sementara Iris masak." Badan Ezra Iris tolak keluar dari ruang dapur. Tolak manja. Bukan dia tak suka Ezra berada di situ, tapi Ezra ni sejenis pengacau. Nanti tak siap pulak sambal sotongnya.
"Amboi! Halau nampak." Ezra membulatkan matanya. Namun, kakinya tetap melangkah keluar dari ruang dapur itu.
"Iya lah. Abang tu, bukan nak tolong saya masak pun. Abang tu nak mengacau saja kerjanya." Bebel Iris. Tangannya lincah mengeluarkan barang basah dari beg plastik. Barang yang tidak diperlukan disusun kemas ke dalam peti sejuk.
Ezra hanya tersengih mendengar bebelan isterinya. Tak boleh nak balas balik sebab benda tu betul.
Setelah 30 minit berperang di dapur, akhirnya sambal sotong dan sayur campur pun siap.
"Mana pulak laki aku ni?" Bebel Iris seorang diri apabila bayangan Ezra tidak kelihatan di ruang tamu. "Mesti dekat bilik kerja dia ni." Sambungnya lagi.
Langkahnya diatur menuju ke tingkat 2. Bilik yang berada di hujung sebelah kanan dituju. Kelihatan pintu bilik tersebut terbuka sedikit.
Tangan Iris yang hendak menolak pintu itu terkaku. Suaranya juga bagai tersekat di kerongkong apabila telinganya menangkap butir perbualan Ezra yang sedang berada di atas talian.
"Baby ok tak tu?" Tanya Ezra dengan nada resah.
"Ok, I datang sekarang. Baby tunggu kejap tau."
"Love you too."
Luruh hati Iris mendengar ungkapan terakhir yang meniti di mulut Ezra buat si pemanggil. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, tiba-tiba wajah Ezra tersembul di balik pintu.
"Sayang buat apa dekat sini?" Tanya Ezra agak gugup. Takut Iris mendengar perbualannya sebentar tadi.
"Ohh, Iris nak ajak abang makan. Baru nak ketuk pintu, abang dah keluar dulu. Macam tahu-tahu je." Jawab Iris terselit seloroh bersama tawa kecil. Riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin. Kesakitan di hati cuba ditutup.
"Abang kena pergi ofis. Ada hal yang perlu diselesaikan." Ujar Ezra serba salah.
Terus berubah riak wajah Iris. Kepalanya ditundukkan.
"Tak boleh tunggu esok ke?" Tanya Iris tidak berpuas hati. Matanya menatap wajah tampan Ezra.
"Tak boleh. Urgent sangat."
"Ok. Sebelum tu, makan lah sikit sambal sotong tu." Usul Iris sambil memegang lengan Ezra.
"Mana sempat. Iris makan lah sorang." Ezra sudah seperti cacing kepanasan. Sesekali telefon di tangan ditilik.
"Jamah sikit je." Pujuk Iris.
"Ish! Kau tak paham bahasa ke? Aku dah kata urgent kan? Maksudnya aku kena cepat." Tengking Ezra. Tangan Iris yang memegang lengannya ditepis kasar.
"Semak lah kau ni." Degus Ezra marah lalu menuju ke bilik tidur mereka.
Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat Ezra yang sudah bersiap-siap ingin keluar. Langkahnya tergesa-gesa menuruni tangga. Tanpa mempedulikan Iris yang masih terkaku di depan pintu bilik kerjanya, Ezra keluar dari rumah itu.
Mendengar bunyi pintu yang ditutup, air mata Iris meluncur laju. Badannya bergegar menahan esak tangis. Sampai hati Ezra. Ezra lebih petingkan perempuan lain daripada dirinya. Langkahnya dibawa ke bilik tidur. Selera makannya sudah hilang. Badannya direbahkan ke atas katil. Air mata masih mengalir deras. Entah berapa lama Iris menangis sehingga dia ketiduran.
Satu lagi malam yang menyaksikan air mata Iris. Saksi kesakitan seorang Iris.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top