BAB 1

Iris melangkah longlai keluar dari bangunan. Kelihatan manusia bertempiaran lari mencari tempat perlindungan. Masing-masing tidak menduga yang cuaca cerah sebentar tadi akan bertukar mendung dalam sekelip mata. Seolah-olah langit tahu akan kesedihan yang melanda Iris.

Suasana terasa sejuk. Iris membetulkan kardigan yang dipakainya sebelum memeluk erat tubuh sendiri. Di tangannya terdapat sehelai kertas putih yang agak ronyok. Terpapar perkataan Laporan Perubatan berserta nama Iris di dada kertas tersebut.

Tanpa menghiraukan rintik hujan yang deras, langkahnya dibuka menuju ke perhentian bus yang berdekatan. Sementara menunggu bus, telefon bimbit miliknya dikeluarkan.

Jam ditilik terlebih dahulu, pukul 5.40 petang sebelum satu nombor yang begitu dikenali di dail. Panggilannya tidak dijawab. Iris mencuba sekali lagi, panggilan masih tidak dijawab. Iris terus mencuba membuat panggilan, namun hasilnya masih menghampakan. Panggilannya tidak dijawab. Hanya suara gadis operator yang kedengaran.

Iris merenung kosong telefon bimbit di tangan sebelum menyimpan kembali dalam handbag miliknya. Air matanya yang ingin mengalir ditahan. Rasa kecewa yang mulai tumbuh cuba Iris abaikan. Mungkin Ezra sibuk. Bisik Iris kepada diri sendiri, cuba menyedapkan hati.

Kemudian, kertas laporan kesihatannya ditatap sejenak sebelum membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan. Hatinya sudah tekad. Dia tidak akan memberitahu Ezra prihal penyakitnya. Biar dia tanggung sendiri. Ezra tidak perlu tahu. Kalau Ezra tahu pun, mesti Ezra tak kisah.

Tidak lama selepas itu, bus tiba. Iris berbaris memasuki bus. Dia mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Iris membuang pandangannya ke arah luar tingkap bus. Tiba-tiba telefon bimbit miliknya berdering.

Wajah Iris yang suram tadi berubah ceria setelah melihat nama si pemanggil. Segera panggilan tersebut dijawab.

"Hello abang," sapa Iris teruja.

"Hello sayang. Kenapa call?" tanya si pemanggil di hujung talian.

"Iris tak boleh call abang ke?" tanya Iris dengan nada merajuk apabila mendengar pertanyaan Ezra.

"Boleh saja. Cuma abang busy sikit tadi" jawab Ezra cuba memujuk. Tangannya membuat isyarat agar perempuan di sebelahnya senyap.

"Abang balik tak malam ni?" tanya Iris penuh harapan.

"Abang tak balik." Jawab Ezra tanpa nada.

"Abang balik lah. Iris rindu nak dinner sama-sama dengan abang." Rayu Iris.

"Iris ni tak faham bahasa ke? Abang banyak kerja. Sebab tu abang tak balik. And lain kali pun kita boleh dinner lah." Suara Ezra sudah berubah nada. Jengkel.

Iris terkedu seketika mendengar jawapan Ezra. Hatinya terluka." Maaf abang. Iris cuma rindu abang." balas Iris perlahan. Air matanya sudah membasahi pipi. Dulu setiap malam, mesti Ezra akan balik dinner walau sibuk bagaimana sekalipun. Namun sekarang,  batang hidung Ezra pun dia jarang nampak sebelum tidur.

"Sayang okey tak ni?" tanya Ezra apabila mendengar suara Iris yang serak di hujung talian. Dalam hatinya timbul rasa serba salah kerana menaikkan suara terhadap Iris.

"Okey saja. Abang tu, nanti jangan lupa makan. Jangan tidur lewat." pesan Iris. Suaranya dikawal sebaik mungkin. Takut Ezra tahu yang dia tengah nangis.

"Baik sayang. Sayang pun sama. Abang nak sambung buat kerja ni. Bye sayang."

"Bye abang. Lov--"

"Tut tut.. Tut tut"

Belum sempat Iris menghabiskan ayatnya, panggilan sudah dimatikan dahulu oleh Ezra. Iris terjeda seketika.

Air mata Iris semakin deras mengalir. Perubahan Ezra semakin ketara. Tiada lagi ungkapan 'I love you' setiap kali mereka call. Tiada lagi nada sayang di setiap tutur kata Ezra terhadapnya. Tiada lagi renungan kasih setiap kali Ezra memandangnya. Semuanya sudah hilang ditelan waktu.

Yang tinggal hanya Iris yang masih mendambakan kasih Ezra. Iris yang masih berpegang pada janji mereka dulu. Iris yang masih mencintai seorang Ezra seperti dahulu dan Ezra yang sudah berubah.

Iris melangkah masuk ke dalam apartment miliknya dan Ezra. Sofa dituju. Suasana sunyi dan kosong. Sekosong hati Iris. Iris duduk termenung di atas sofa. Fikirannya melayang teringatkan Ezra. Dia tahu Ezra ada perempuan simpanan.

Iris bukan lah perempuan yang bodoh. Sejak 3 tahun lalu, dia tahu Ezra curang di belakangnya. Namun dia hanya membutakan, memekak telinga. Pura-pura tidak tahu. Dia takut, apabila dia menanyakan hal tersebut kepada Ezra, Ezra akan mengiyakan. Iris takut Ezra akan lebih memilih perempuan tersebut berbanding dirinya dan memilih untuk meninggalkan Iris. Dia tidak sanggup membayang hal itu terjadi.

Mereka sudah 8 tahun bersama dan Iris sangat mencintai Ezra. Iris tidak mampu untuk berpisah dengan Ezra. Sebab itu, Iris mampu menelan kecurangan Ezra terhadap dirinya. Membiarkan Ezra memeluk perempuan lain di belakangnya. Memang sakit, namun Iris sudah terbiasa. Sudah lali. Itu yang Iris fikirkan. Tanpa Iris menyedari, sakit itu memakan Iris perlahan-lahan.

Selama 3 tahun lamanya, Iris sedaya upaya untuk tidak menghiraukan bau minyak wangi perempuan lain pada Ezra, tidak menghiraukan kesan lipstick pada kolar baju Ezra. Bersangka baik apabila Ezra tidak balik rumah dengan alasan terpaksa stay back kerana banyak kerja. Bersangka baik apabila Ezra out station selama beberapa minggu dengan alasan kerja.

Sedangkan Iris tahu, Ezra tidur di rumah perempuan lain. Ezra pergi bercuti dengan perempuan lain. Semua penipuan Ezra, Iris terima dengan redha dan pasrah.

Dahulu, mereka sangat mencintai antara satu sama lain. Susah senang bersama-sama. Tapi, mengapa Ezra berubah? Mengapa Ezra berpaling tadah? Apa salahnya? Adakah disebabkan dia sudah tidak cantik, tidak menarik lagi seperti dulu? Tidak cukup kah apa yang dia lakukan selama ini? Iris tertanya-tanya sendiri. Ingin ditujukan soalan itu kepada Ezra? Mustahil. Tanpa sedar air mata turun membasahi pipi.

Iris tersedar dari lamunanya apabila tekaknya tiba-tiba rasa mual. Iris segera berlari ke bilik air.

"Uwerkkkk"

"Uwerkkkk"

"Uhukk uhukkk"

Iris terduduk lemah di dalam bilik air selepas memuntahkan segala isi perutnya. Badannya tidak berdaya. Terasa seluruh tenaganya ditarik keluar. Setelah duduk beberapa minit, Iris membersihkan mukanya di singki.

Iris merenung biasan wajahnya yang agak cengkung di cermin. Dia tersenyum kosong. "Patut lah Ezra cari lain, kau dah tak cantik Iris. Tengok muka kau, dah tak ada seri. Kusam. Muram." Ejek Iris pada diri sendiri.

Selepas membersihkan diri, Iris berbaring di atas katil. Badannya sedikit panas akibat terkena tempias hujan petang tadi. Matanya semakin memberat. Tempat kosong di sebelah dipandang sayu.

"Goodnight my love." Ucap Iris seperti biasa walaupun tiada siapa yang akan membalas ucapannya. Matanya ditutup rapat. Cuba melelapkan mata di kesunyian dan kesejukan malam. Cuba memasuki alam mimpi yang penuh fantasi dan meninggalkan alam realiti yang kejam.

***

Ezra merenung kepekatan malam dengan pandangan kosong. Angin sejuk menyapa badannya yang hanya berbalut tuala separas pinggang. Fikirannya melayang teringatkan Iris. Perasaan bersalah menghentam diri sedikit demi sedikit.

Tiba-tiba satu tangan menjalar memeluk pinggangnya dari belakang.

"You fikirkan apa Ezra?" Tanya Vanessa sambil memeluk Ezra. Tangannya naik mengusap dada bidang jejaka tersebut.

"Tak ada apalah." Jawab Ezra ringkas. Tangannya naik memaut bahu Vanessa lalu tubuh genit wanita itu yang hanya dibaluti gaun tidur seksi dibawa ke dalam pelukan. Perasaan bersalah yang dirasanya sebentar tadu hilang serta merta.

"Are you sure?" Tanya Vanessa menginginkan kepastian. Matanya merenung tunak wajah tampan Ezra. Wajah itu dibelai lembut.

"Yup." Jawab Ezra sepatah. Tangannya mula meliar menyentuh tubuh Vanessa yang terdedah. Hela nafas Ezra mulai berat.

"Jom masuk dalam." Ajak Vanessa yang nafas tertahan.

Bila nafsu menguasai diri, manusia lupa akan segalanya. Dan sekali lagi, Ezra lupa akan Iris, sang isteri yang setia menantinya di rumah.

Tbc.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #sadromance