Bab 9

Rosebelle pov-

Aku duduk di meja belajar sambil termenung memandang ke arah luar tingkap.Telefon aku yang asyik berdering,aku abaikan.

Selang beberapa minit,mataku tertancap pada figura yang serba hitam di hadapan pagar rumahku.Aku terus berdiri untuk melihat gerangan tersebut.

Aku cuba sepetkan mata untuk fokus ke arahnya.Dia pula sedari tadi asyik mundar-mandir di hadapan pagar rumahku.Semakin aku fokus,semakin aku kenal siapa orang tersebut.

Hipotesis diterima!

Kembali ke cerita,aku terus menuju ke luar rumah tanpa berlengah lagi.
Perlahan-lahan aku berjalan.Hati aku berdebar tapi dalam masa yang sama hati aku juga sakit.

"Soobin?Awak buat apa di sini?"Lelaki itu menoleh dan segera berjalan ke arahku.Dapat aku lihat mukanya memaparkan riak risau.

" Rose,we need to talk."

.
.
.
.
.

Author pov-

"Yeonjun,boleh tak kalau aku tanya satu soalan?" Soal Hueningkai sambil memandang ke arah Yeonjun yang sedang melipat baju miliknya.

"Hmm?Tanya apa?"Soal Yeonjun kembali sebelum menghabiskan lipatan baju yang terakhir.

" Satu soalan.Eh tak,maksud aku,aku nak agak tertanya macam mana kau boleh jadi kucing?aku pun tak berapa nak faham kisah kau."Soal Hueningkai lalu menggaru kepala yang gatal.

Yeonjun mengeluh kecil.Kalau boleh,dia tidak mahu membuka kisah silamnya kerana apabila mengingatnya kembali membuatkan hati dia terasa sakit.

"Abang tiri aku.." Yeonjun menjedakan ayatnya.Hueningkai yang sedang duduk di meja belajar mula memberi fokus kepadanya.

"Dia punca semua ni.."

Flashback-

"Kenapa Taehyung langgar arahan ayah?Berapa kali ayah nak pesan,jangan masuk ke dalam bilik tu!"

Jerkahan si ayah mengejutkan seluruh ahli keluarga di dalam rumah itu.Taehyung sudah menunduk sambil mengepal penumbuknya.

"Tapi,kau bukan ayah aku pun!"

"Taehyung!tak baik kata macam tu sayang.."

Tegur ibu bernada lembut tetapi masih tegas.Taehyung sekarang sudah benar-benar melampau.

"Sebenarnya, kau gunakan spell dalam buku itu untuk hapuskan ayah aku kan!Kau memang betul ahli sihir!"

Taehyung terus bersuara sambil memandang tajam ke arah ayah tirinya.Tuan Choi yang merupakan ayah tirinya mengeluh berat.

Sudah tiba waktunya untuk beritahu semua perkara yang selama ini telah disimpan rapi dan ini adalah waktunya.

Yeonjun di sebelah memandang ayahnya dengan pandangan sayu.Dia tahu kenapa ayahnya lakukan semua ini.

"Ayah kamu pengamal sihir hitam.Memang sukar untuk kamu percaya tapi terus terangkan ayah beritahu yang ayah kandung kamu banyak mendatangkan mudarat kepada orang ramai dan ibu kamu juga tahu tentang hal itu.Jadi,ayah tiada cara lain selain"

"Semua ini tak masuk akal!" Taehyung mengambil satu buku di atas meja berdekatannya.Buku itu memang dibawa secara sembunyi dari bilik larangan tersebut.

Dia membaca satu spell untuk cuba menghapuskan ayah tirinya tetapi lain yang terjadi apabila Yeonjun yang terkena spell tersebut apabila dia cuba melindungi ayahnya.

Seperti tidak masuk akal,tapi inilah realitinya.Satu realiti yang menyebabkan hidup Yeonjun berubah 360°.

End flashback-

"Sejak kejadian itu,ayah aku berkeliling kampung semata-mata untuk mencari penawar untuk aku.Tapi,semua orang menganggapnya gila.Kau pun tahu kan?Aku perlukan kiss dari seseorang yang betul-betul ikhlas dengan aku."

Hueningkai kembali menutup mulutnya yang terbuka sepanjang Yeonjun bercerita.Telinga dan otaknya bekerja sangat keras untuk menghadam apa yang telah dikatakan oleh Yeonjun.

"Selepas ayah aku meninggal,Taehyung senyap-senyap bawa aku keluar dari rumah tanpa diketahui ibu tiri aku.Dia hantar aku ke sini.Aku langsung tak kenal sesiapa di sini.Hidup aku jadi tak tentu arah sehinggalah aku berjumpa dengan Rose."

Sambung Yeonjun lagi.Tanpa disedari,air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga.Dia terlalu susah untuk terima kenyataan hidupnya.Semuanya musnah angkara buku spell tersebut.

"Jangan risau bro,noona aku pasti akan jaga kau dengan baik.Percayalah." Kata Hueningkai sambil menepuk bahu Yeonjun.Lelaki itu pula sekadar tersenyum nipis.

Gelang yang dipakainya ditilik.Sekurang-kurangnya dia masih ada sesuatu sebagai tanda kenangan.

.
.
.
.
.

Rosebelle pov-

Aku melabuhkan duduk di atas bangku yang terdapat di taman permainan berdekatan dengan rumahku dituruti oleh Soobin.

Dia membuka hoodie yang dipakainya lalu memandang ke arahku sambil tersenyum.

"Tiba-tiba saya teringat peristiwa awak confess dekat saya di sini.Kenangan itu memang saya tak akan lupakan."Kata Soobin lalu tergelak kecil.

Aku diam sahaja mendengar kata-katanya.Perlukah dia buka balik kisah itu sedangkan aku sekarang ni sedang bersedih?Perlu ke?

" Rose.."Panggil dia lembut.Hua!Ini part yang paling aku tak suka.Dia selalu panggil aku macamtu.Act, aku selalu nak merajuk tapi bila dia panggil macamtu buat aku batalkan niat aku.

"Tentang hal tadi—"

"Heojija."

TBC.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top