Bab 8

Rosebelle pov-

Hari ini,hari graduasi bagi pelajar-pelajar senior. Aku sampai awal ke dewan memandangkan pelajar batch yang lain diberikan cuti.

Aku jalan seorang diri dan duduk di sebuah kerusi yang berada di barisan belakang sekali.Kebetulan aku ternampak Beomgyu dekat situ,jadi aku duduk di sebelahnya.

"Bila sampai?"

Aku soal dia dalam keadaan berbisik.

"Aku datang sekali dengan Soobin hyung tadi."

Balasnya turut dalam keadaan berbisik.

"Belle,aku nak bagitahu sesuatu ni—"

"Majlis dah nak mula ni.Nanti jelah kau bagitahu."

Aku duduk dengan betul.Entah kenapa aku pula yang berdebar bila nampak Soobin pakai baju graduasi.

Dapat aku dengar Beomgyu mengeluh perlahan.Tapi,aku abaikan sahaja.

Selang 15 minit kemudian,tiba giliran Soobin untuk memberikan ucapannya.Aku melambai ke arahnya.Tapi,dia tak balas.Mungkin dia tak nampak?

"Saya nak ucapkan terima kasih pada semua guru-guru yang telah banyak menolong saya.Saya juga nak berterima kasih kepada mama dan papa saya yang selama ini telah banyak beri sokongan..Selain itu,saya nak buat satu announcements..."

Jantung aku mula berdegup laju.Adakah ini saatnya yang hubungan kami akan terungkap?

Aku pandang Beomgyu di sebelahku dan dia menghadiahkan aku satu senyuman nipis.

"..Saya nak beritahu yang saya sudah.."

Aku mula menegakkan badan memandangnya.

Author pov-

Rosebelle mula duduk dengan lebih tegak.Jemarinya digenggam erat sambil menunggu ayat yang bakal diujurkan oleh Soobin .

"Saya nak beritahu kepada semua orang yang berada di sini yang saya sudah....bertunang.. Dengan Choi Lia.Sekian sahaja ucapan saya,terima kasih.."

Sejurus itu,Soobin terus turun dari pentas dan duduk di tempatnya semula.Semua orang yang berada di situ bertepuk tangan sebagai tanda sokongan buat mereka berdua.

Lia yang berada di sebelahnya memberikan satu pelukan buat Soobin.Namun,Soobin menepis perlahan pelukan Lia.

Rosebelle menggenggam bajunya sehingga terdapat kedutan.Beomgyu di sebelahnya mulai rasa serbasalah .Dia cuba untuk memujuk Rosebelle. Tapi,Rosebelle terus bangun dan berlari keluar dari dewan tersebut.

"Belle!Aish—"

Beomgyu mulai tidak senang duduk.Lantas telefon bimbitnya dibuka dan menghantar satu pesanan ringkas untuk Soobin.

.
.
.
.
.

Rosebelle pov-

Aku duduk di atas rooftop sekolah.Aku tahu ia agak klise.Tapi,ini sajalah tempat yang ingin aku tuju sekarang.

Aku duduk di bangku yang terdapat di situ.Air mata aku mula bertakung.Soobin mungkiri janji.Aku betul-betul tak faham dengan dia sekarang.

"Kau tipu aku..."

Aku omel sambil menangis perlahan.Aku memang dah tak dapat tahan air mata ni.Hati aku sakit sangat sekarang.

"Haish,Rosebelle paboya!"

Aku ketuk kepala aku berulang kali.Inilah padahnya bercinta dengan anak orang ternama.

Telefon di dalam beg aku berdering.Tapi bila tengok nama si pemanggil tu buatkan aku menangis lebih teruk!

.
.

Soobin bingkas bangun dari bangkunya selepas mendapat pesanan ringkas dari Beomgyu.

"Awak nak pergi mana?"

Soal Lia sambil menahan lengan Soobin.Lelaki itu pandang dia dengan pandangan yang sukar ditafsirkan lalu menepis perlahan tangan Lia dan terus melangkah keluar dewan.

Tanpa dia sedari,ayahnya sedang memerhatikan segala gerak gerinya lalu satu senyuman sinis terukir di bibir lelaki tua itu.

.
.

"Rose!"

Aku pantas mengelap air mata aku.Dengan perlahan aku berpusing ke belakang sambil berharap Soobin datang berjumpa dengan aku untuk jelaskan semuanya.

Tapi,hampa.

Rupanya yang datang adalah Yeonjun.Aku mengeluh lalu berpusing menghadap ke hadapan semula.Kenapa dia datang?Bagaimana dia tahu aku di sini?"

Yeonjun mengambil tempat di sebelahku lalu meletakkan jaket yang dipakainya ke atas bahu aku yang agak terdedah.Topi di atas kepalanya dibetulkan agar telinga kucingnya tidak terdedah.

"Rose.."

"Boleh tak jangan panggil aku macamtu?!"

Dia terdiam sejenak barangkali terkejut kerana suara aku yang agak kuat.Tapi tidak lama kemudian dia pandang aku dengan satu senyuman manis.

Eh dia ni,orang marah pun dia boleh lagi tersenyum?Suka kena marah ke?

"Kalau awak nak hamburkan kemarahan dekat saya pun tak apa kalau itu buat awak rasa lega.."

Katanya sambil tersenyum manis.Dia ni memang dah tak ada ekspresi muka yang lain ke?Asyik senyum je.

"Saya ni terlalu mendesak ke?atau terlalu lembut?atau kedua-duanya?"

Yeonjun diam.Dia memberi aku ruang untuk meluahkan perasaan aku sekarang.

"Saya dah agak dari awal lagi perkara macam ni akan terjadi..Tapi,saya percayakan Soobin.Saya percaya dia akan jadi jodoh saya tapi rupanya..Aish,childish kan saya?Saya tahu dan saya sedar diri saya.Untuk bersama dengan seseorang macam dia memang mustahil."

Aku terus meluahkan segala yang aku pendam selama ni.Aku tak tahu kenapa aku luahkan semuanya dekat Yeonjun.Tapi,aku rasa lega.Aku rasa beban aku berkurang sikit.

"Jodoh dan ajal ada di tangan Tuhan.Saya yakin awak percaya benda yang sama.Awak sememangnya layak untuk bersama sesiapa sahaja..Awak boleh rancang tapi Tuhan tentukan segalanya."

Aku terkedu bila tanpa amaran dia memelukku dengan erat.Tapi,aku tak  mampu menolaknya sebab aku rasa selesa dalam pelukannya.Hati aku terasa tenang sedikit berbanding sebelumnya.

Tanpa aku sedari,Soobin sedang memerhatikan kami dari pintu rooftop.Dia langsung tidak datang menghalang perbuatan Yeonjun sebaliknya dia berpatah balik .

Soobin,mana awak bila saya sedang perlukan awak sangat-sangat?

TBC.


Rosebelle

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top