Bab 7

Rosebelle pov-

"Wah,biar betul kau yang masak semua ni?" Soal Hueningkai yang baru sahaja pulang ke rumah.Dia bingkas meletakkan beg di kerusi sebelahnya dan duduk di meja.

Grey hanya tersenyum sebelum memberikan Hueningkai semangkuk nasi yang masih panas.

Aku melangkah menuju ke meja Dan duduk bersebelahan dengan adikku.Wah,dia makan dengan sangat selera ya.

"Sedap sangat ke sampai kau makan macam orang tak makan setahun?" Soalku sarkastik.

Hueningkai yang masih menyumbat nasi sekadar mengangguk dan melakukan thumbs up.

"Rose,cuba awak rasa ni.."

Aku memandang ke arahnya.Dia menyuakan sekeping daging bakar ke arah mulutku.

"Tak perlu suap.Aku boleh makan sendiri.Lagi satu,please don't call me Rose just Belle..Faham?"

Grey diam tidak menjawab.Lalu,dia duduk di hadapan kami untuk makan bersama.

"Wait a minute, kau kan kucing..Takkan kau makan makanan macam ni?"

Aku menyoalnya.Niatnya yang mahu menyuakan nasi ke dalam mulutnya terbantut.Dia memandang aku dengan satu senyuman.

"Yes,sebab sekarang saya dah jadi manusia..dan semuanya berkat awak..Saya pun dapat makan makanan macam ni semula..Terima kasih Rose."

"Stop calling me Rose..Apa maksud kau yang kau dapat makan makanan macam ni semula?sebab aku?Cuba terang—"

"Noona,nanti boleh bincang pasal hal ni kan?Boleh tak sekarang ni kita makan dengan aman dulu?Stop argue."

Kata-kata Hueningkai menyebabkan soalan aku terputus.Kacau daun betul.Aku tak tahu kenapa tapi sekarang ni aku betul-betul perlukan jawapan dari makhluk yang berada di hadapan aku ni.

"Kai makan jelah,noona nak naik atas..takde mood nak makan."

Aku segera bangun dan berlari masuk ke dalam bilik aku meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga-pinga.

Grey cuba untuk mengejar aku.Tetapi,Kai terlebih dahulu menahannya.

"Biarkan dia.Dia memang macamtu.Sensitivity dia tinggi melambung.Kau sambung je makan."

Grey kembali duduk.Hatinya berasa tidak tenang melihat Rose yang seolah tidak suka dengan kehadirannya di rumah ini.

.
.
.
.

Aku duduk diatas katil sambil termenung.Kehadiran Grey memang menganggu aku.Aku tak sangka semua ni akan jadi.Menyesal sebab ambil dia balik haritu dah tak berguna sebab sekarang dia dah jadi manusia.

"Noona,boleh Kai masuk?"

Aku memandang ke arah daun pintu yang terbuka sedikit.Kelihatan wajah Kai di sebalik daun pintu tersebut.

"Hmm,masuklah."

Kai masuk sambil membawa sebuah buku yang bersaiz tebal lalu melabuhkan punggung di sebelahku.

Lalu,dia membuka salah satu muka surat yang sudah ditandai.Aku memandang pelik ke arahnya.

"Kau jangan buat perkara sesat.Syirik tahu!"

Aku berpesan kepadanya lantas dia menepuk kuat lenganku.Aduh,sakit tau tak!

"Mana ada sesat la noona.Kai nak tunjukkan je.Noona nak tahu pasal Grey kan?Dalam buku ni,noona boleh jumpa jawapannya.

"Eternity cat curse? Apa maksudnya?"

"Grey bukan kucing biasa dan juga bukanlah manusia biasa.Asalnya,Grey merupakan seorang manusia tetapi Disebabkan salah satu perjanjian,dia mungkiri dan akhirnya dia disumpah menjadi kucing."

Aku diam dan fokus sambil menghadam kata-kata Kai.Lantas,ketawa aku meletus.

"Jangan ketawa..Perkara ni mungkin tak logik di akal tapi percayalah yang sekarang ini adalah realiti.Kai tahu noona bukan mudah percaya benda macam ni kan?Tapi,itulah kenyataannya."

Jawab Kai serius.Aku berhenti ketawa lalu berdehem.Kai ni kalau dah serius,wuish seram.

Aku sambung baca buku tersebut.Mata aku terus membulat setelah membaca satu perenggan yang menceritakan bagaimana untuk pecahkan sumpahan itu.

"Kiss?Tapi,sejak bila pula noona kiss dia?"

Aku soal diri aku dan juga Kai .Tiba-tiba ,aku teringat sesuatu.

Flashback

"Hope not. "

Sebab aku rasa penat sangat, aku akhirnya terlelap.Tetapi,mata aku terbuka semula apabila hidung aku terasa gatal.

Rupanya,Grey tidur di atas kepala aku dengan ekornya ada atas hidung aku.

"Tidur la betul-betul.. Kiyowo (comel).."

Aku baringkan dia di sebelahku sebelum aku memberikan satu ciuman di dahinya.Lalu,aku kembali masuk ke dalam alam mimpi.

End flashback

"TIDAK!"

Jeritan aku membuatkan Kai terkejut sampai terjatuh ke lantai.

"Yah! Kenapa terjerit ni?"

Aku ketuk kepala aku berulang kali.Rupanya, akulah penyebab Grey bertukar jadi manusia.Pabo Rosebelle!

"Sekarang noona dah faham kan maksud Grey?"

Tanya Kai sambil berpeluk tubuh.Aku menunduk lalu mengangguk kecil.

Tiba-tiba, Grey masuk ke dalam bilik aku sambil membawa sedulang makanan.Dia meletakkannya di atas meja belajar aku sebelum mahu melangkah keluar dari bilik.

"Grey .. Siapa kau sebenarnya?"

Grey memandang aku dengan reaksi pelik.Dia mengeluh sebelum berjalan ke arahku.

"Sebelum itu,saya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya dari sumpahan itu..Sebenarnya, saya dianayai oleh kawan baik saya sendiri.Disebabkan kesalahan dia,saya yang dihukum...

Saya minta maaf jika Kehadiran saya menyebabkan awak.Terima kasih sebab bantu saya.Sekarang, saya dah jadi manusia jadi saya boleh keluar dari sini dan berdikari sendiri."

Ayat dia yang terakhir buatkan aku rasa serbasalah.Kalau dia keluar dari rumah ni,dia ada tempat untuk dituju ke?

"T-tak apa,kau boleh t-tinggal di sini.Kai,nanti pepandailah kau explain dekat eomma dan appa.."

Grey dan Kai memandang aku dengan riak wajah yang tidak percaya lalu Grey memelukku dengan teruja. Aku tolak dia perlahan dari terus memelukku.

"Terima kasih Rose.."

"Kejap,kalau sebelum ni kau manusia..siapa nama kau?"

Kai bertanya sambil meletakkan jari di dagu  acah berfikir.Grey tersenyum sebelum menunduk seperti putera raja.

"Yeonjun Choi.."

TBC.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top