Bab 6

Rosebelle pov-

Aku berjalan mundar- mandir di atas rooftop sekolah.Fikiran aku sangat serabut ketika ini dan semuanya disebabkan lelaki misteri yang sebenarnya seekor kucing yang aku bawa balik semalam.

Benda ni langsung tak masuk akal!

"Rose?"

Teguran seseorang mengejutkan aku.Aku berpaling perlahan-lahan menghadapnya sambil menunduk.Kalau boleh, aku memang taknak berjumpa dengan dia buat masa sekarang.

"Saya ada hal nak beritahu awak.."

Aku angkat tangan ke arah mukanya menyuruh dia untuk berhenti bercakap.Kalau dia nak cakap pasal hal pertunangan dia,aku taknak dengar.

"Look...Rose,saya minta maaf kalau perkara ni menganggu awak.Saya memang tak jangka yang ayah saya rancang saya bertunang dengan Lia.Saya taknak awak terus salahkan saya."

Perlahan-lahan aku jatuhkan tangan ke sisi.Aku mengangkat muka memandang wajah dia.

"Soobin,saya tak pernah salahkan awak.Tapi,sampai bila hubungan ini akan kekal rahsia?Sekarang awak baru bertunang.Kalau dah kahwin?"

Aku soal dia dengan tegas.Aku taknak jika kami masih merahsiakan perkara ini,akan timbul masalah lain.

Soobin berjalan mendekati aku sebelum memeluk aku dengan erat.Aku kekal statik dan tidak membalas perbuatannya.

"Saya janji akan beritahu semua orang pasal hubungan kita waktu majlis graduasi sekolah tinggi.Saya janji.Tolong percayakan saya,Rose."

Aku sekadar diam.Hati aku diserbu pelbagai perasaan.Tiada niat untuk aku desak dia tapi aku taknak perkara ni akan menimbulkan fitnah di masa hadapan.

Nanti Soobin juga yang akan dapat masalah.Itu saja yang aku takutkan.Lagipula dia akan mewarisi syarikat milik ayahnya lepas pelajarannya.

Apabila loceng tamat rehat berbunyi,segera dia melepaskan pelukan.

"Datang tau nanti."

Katanya lagi sebelum berjalan meninggalkan aku seorang diri.

.
.
.

"Belle!"

Teguran seseorang mengejutkan aku.Buku matapelajaran Matematik aku tutup lalu menyimpannya di dalam laci mejaku.

"Ada apa Ryu?Berpeluh-peluh ni dari mana?"

Ryujin mengambil nafas selepas kepenatan berlari.Tisu yang ada dalam poket,aku berikan pada dia.

"Lukisan.."

"Hah?"

"Cikgu Kim nak kita hantar minggu depan!"

Balasan Ryujin buatkan aku berdiri seraya menepuk meja kerana terkejut.Disebabkan itu,seluruh rakan sekelas aku memandang ke arah kami berdua dengan riak pelik.

"K-kau biar betul?Sudahlah lukisan aku belum siap sepenuhnya.Semuanya sebab Beomgyu tertumpahkan cat dekat lukisan aku.Dah kena buat kali kedua."

Aku terduduk semula seraya mengeluh halus.Aish,aku dahlah serabut dengan masalah si 'Grey' tu.Sekarang,ditambahkan lagi dengan masalah baru.

"Itulah pasal.Tapi,cikgu Kim kata pihak penganjur tu yang minta kita hantar seminggu lebih awal.Jadi,kita tak boleh nak buat apa-apa."

Kata Ryujin lalu duduk di mejanya iaitu bersebelahan dengan aku.Aku meramas rambut aku dengan kasar.

Serius,aku rasa nak nangis sekarang.

"Jangan risau ya Belle?nanti aku tolong kau.Lagipun lukisan aku dah siap..okey?"

Pukul Ryujin sambil menepuk-nepuk belakang aku.Aku memandang dia lalu memeluknya.

"Terima kasih Ryu.."

.
.
.

Aku balik saja rumah,bauan masakan yang enak yang datang dari arah dapur menarik perhatian aku.

Takkan eomma dah balik?

Aku membuka kasut sekolah dan menyimpannya di dalam almari sebelum langkahku dipercepatkan menuju ke arah dapur.

"Eom—Yah!Kau buat apa ni?"

Aku menyoalnya sambil pergi mendekati ke arahnya .Dia berpusing menghadapku seraya tersenyum manis.

"Saya nak buatkan makan tengahari untuk awak.."

"Tch-kenapa nak susahkan diri kau?"

Tanya aku lalu berpeluk tubuh di hadapannya.Dia tutup api dapur dan meletakkan apronnya di atas meja dapur dan berjalan mendekati aku.

Semakin dekat dengan aku sehingga aku dapat mendengar nafasnya dekat dengan telinga aku.

"Sebagai tanda terima kasih."


Jawabnya dengan suara deep miliknya.Jantung aku mula berdetak laju.Lalu,aku segera menjauhkan diri darinya.Tidak mahu berlama-lama,aku terus naik ke tingkat atas dan menuju ke arah bilik aku.

Gila,tak sangka kucing pun mampu buatkan jantung aku berdegup laju.

TBC.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top