Bab 31

"Yah..Choi Yeonjun.."Panggil Rosebelle membuatkan lelaki itu terjaga dari tidurnya.

"Rose?gwenchana?awak masih ingat saya?"soal Yeonjun bertubi-tubi selepas menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Y-yah..waegurae?"Tergagap-gagap Rosebelle menyoal.Rentak jantung yang berdegup kencang membuatkan dia semakin gelabah.

"Nasib baik semua ni mimpi..saya taknak awak hilang memori tentang saya.."Pelukan semakin dieratkan Yeonjun sambil tersenyum lega.

Rosebelle diam.Terkaku di kedudukannya.Pelik dia melihat tingkah Yeonjun.

"Ish,aku bukannya terhantuk dekat dinding sampai hilang ingatan.."Perlahan-lahan pelukan dileraikan.

"Nak makan apa-apa tak?"Soal Yeonjun buatkan Rosebelle mengangguk laju.

"Eung! Lapar gila dah ni.."

"Arasseo..tunggu kejap tau,saya pergi belikan makanan.."

.
.
.
.
.

Kepala digeleng perlahan sebelum satu keluhan dilepaskan.Padang sekolah di hadapan dipandang kosong olehnya.Seketika dia menjerit kecil apabila terasa sesuatu yang sejuk melekap di pipi.

"Taehyun?sejuklah.."

Lelaki itu tergelak kecil sebelum menghulurkan air tin ditangan kepada Yeonjun yang sedang duduk di sebelahnya.

"Buat apa duduk termenung dekat sini?"Soal Taehyun.

Yeonjun pandang Taehyun sekilas selepas habis menyisip minumannya."Tak..aku cuma tengah berfikir.."

"Huh?fikir apa?"

"Tentang mimpi..hmm,adakah benda tu satu petanda?"Taehyun mengerutkan dahinya seperti sedang berfikir.

"Mimpi yang aku rasa macam mimpi ngeri..kau nak tahu tak,dalam mimpi tu Rose hilang ingatan tentang aku..fuhh.."

Lantas bahu Yeonjun ditepuk kuat oleh Taehyun bersama riak wajah yang terkejut besar.Tak sangka lelaki itu akan mendapat mimpi sebegitu sebab mimpi itu sememangnya satu petanda yang tak baik buatnya.

"Sakitlah!kalau ya pun nak terkejut ke apa..tak perlulah nak tampar aku.."Adu Yeonjun geram buatkan Taehyun naik menggaru kepalanya kerana serbasalah.

"Mian..tapi,mimpi tu.."

"huh?"

"Ia berkait dengan.."

Bunyi loceng tamat rehat membantutkan percakapan Taehyun dari menerangkan situasi yang sedang berlaku pada Yeonjun.

Pantas sahaja Yeonjun menolak Taehyun untuk pulang semula ke kelasnya kerana risau kawan baiknya itu akan didenda cikgu kerana lewat masuk ke kelas.

"Tapi.."

"Palli..nanti je kita cakap pasal benda ni.Lagipun,aku nak ke hospital melawat Rose.."

Taehyun mengeluh risau.Dia harap dia dapat terangkan perkara tersebut sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

.
.
.
.

Sebuah buku yang agak berhabuk diambil dari rak berdekatannya.Diselaknya satu persatu sebelum satu nama menarik perhatiannya.

"Dapat.."

"Maafkan saya Tuan Kim..nampaknya spell tu tak berkesan pada gadis itu..saya rasa dia dah.."

"Aku tahu...sebab tu aku akan gunakan cara lain.Kalau ia tak berkesan,kita boleh gunakan magis yang lebih kuat.."

"Tapi Tuan..Tuan sendiri tahu bahawa tiada satu magik atau spell yang boleh menghalang cinta sejati.."

Taehyung menutup kasar buku tersebut sebelum dihempaskan tepat di hadapan wajah pembantunya itu.

"Dengar sini Jihoon,selagi Yeonjun tak lesap dari dunia ni..tiada apa yang dapat halang aku untuk terus hapuskan dia..Dia tak layak menaiki takhta ni..kerajaan Mignon memerlukan ketua seperti aku..arasseo?!"

Jihoon sekadar menunduk sebelum mengangguk pasrah.Tiada apa yang mampu dia lakukan untuk menghalang Tuan Kim kehormatnya itu untuk terus melepaskan amarah dan dendam pada adik tirinya.

"Algesseo Tuan Kim.."

.
.
.
.
.

Usai sahaja menolong Puan El,eomma kepada Rosebelle membeli barangan keperluan di pasaraya,Yeonjun berjalan tenang menuju ke arah stesyen bas berdekatan untuk pulang ke rumah.

Baru beberapa langkah dia berjalan,dia dapat rasakan sesuatu yang aneh mula berlaku di sekitarnya.Orang yang lalu-lalang di hadapannya mula berjalan perlahan sebelum sekelip mata mereka semua berhenti seolah-olah waktu berhenti.

Matanya mula memerhati sekeliling untuk menghadam perkara yang mula berlaku sebelum bayangan seseorang mula menjelma di hadapannya.

"Aku rasa yang kau dah mula selesa tinggal di kawasan ni.."

Suara seseorang membuatkan Yeonjun menoleh dan memandang tepat kearah susuk tubuh tersebut.

"Abang?"

"Berhenti panggil aku dengan panggilan tu..kau tak layak jadi adik aku..Kau anak pembunuh.."

"Apa lagi yang hyung tak puas hati?semuanya dah jadi milik hyung termasuk kerajaan Mignon tu..kalau hyung bencikan sangat Jun..Jun akan hidup di dunia ni seolah-olah tak wujud.Jun janji tak akan munculkan diri di hadapan hyung lagi.."

Taehyung melemparkan pandangan tajam kearah Yeonjun seraya ketawa sinis.Perlahan-lahan dia berjalan kearah Yeonjun yang masih menatapnya dengan riak sedih.

"Biarkan sumpahan ni terungkai dengan bantuan dari Rose..kemudian,Jun akan bawa eomma ke sini..kami janji tak akan jejakkan lagi kaki ke kerajaan tu..tapi dengan satu syarat.."

Taehyung menjungkitkan kening alisnya ingin tahu."Magis utama mestilah magis putih..hapuskan semua magis hitam..itu permintaan Jun yang terakhir.."

"Okey..kalau itu yang kau mahukan..bagus."Tanpa bercakap lebih,Taehyung terus menghilangkan diri dan keadaan menjadi normal semula.

Degupan jantung yang tiba-tiba laju buatkan Yeonjun naik memegang dadanya."Kenapa benda ni semakin menyakitkan?"

Disebalik kerumunan manusia,terselit Taehyung diantara mereka sambil memerhatikan Yeonjun dengan satu senyuman sinis."Itu tak akan menjadi semudah yang kau sangka Yeonjun..magis ayah aku perlu dikekalkan..."

.
.
.
.

"ahjumma..barang-barang ni saya letakkan diatas meja ni ya.."ujar Yeonjun sebaik memasuki ruangan dapur.

Puan El yang sedang sibuk memasak memandang kearah Yeonjun sekilas sebelum menguntum senyuman."Terima kasih ya Yeonjun..letakkan je barang tu..nanti ahjumma kemaskan.."

"Kalau macamtu,biar saya jelah tolong kemaskan..kesian ahjumma .."

Yeonjun membuka plastik tersebut tanpa menunggu balasan dari Puan El yang sibuk menyediakan makan tengahari untuk mereka dan juga Rose yang masih ditahan di hospital.

Kepala yang mula berpusing buatkan Yeonjun cepat mengambil tempat duduk yang kosong di meja makan.Topi di kepala dibuka sebelum diurut pelipis yang semakin berdenyut.

"Wae?apa yang berlaku?"

Tanpa Yeonjun sedar,memorinya tentang Rosebelle semakin pudar.Dia tidak lagi mengingati tentang pertemuan pertama mereka.

Beberapa minit juga dia berkeadaan begitu tanpa diketahui Puan El yang ralit memasak di dapur.

Kepala yang semakin sakit membuatkan pamdangan Yeonjun mula kabur sebelum dia terjatuh ke lantai tidak sedarkan diri.

Bunyi kerusi yang terjatuh buatkan Puan El terkejut.Pantas dia menghampiri meja makan sebelum mulutnya melopong luas dek terkejut dengan apa yang dilihatnya ketika ini.

Telinga kucing.

"APAKAH INI?KAI!!!!!"

TBC.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top