Bab 30

Rosebelle pov-

Harini aku balik lewat sebab tiba-tiba mood melukis aku on ditambah pula dengan mood aku yang tak berapa baik.Melukis adalah salah satu cara untuk aku lepaskan tekanan atau stres yang melanda.

Sedang aku sibuk melakar sesuatu diatas kertas lukisan yang besar,aku dapat rasakan seseorang sedang memerhati aku.Aku toleh kekiri dan kekanan sambil memegang leher yang rasa meremang.

Bunyi sesuatu yang terjatuh menyebabkan aku menjerit kecil.Terkejut bukan main lagi apabila susuk tubuh seseorang mendekati aku.

Lelaki yang aku terjumpa waktu nak masuk studio ni.

Sudahlah aku keseorangan.Ryujin dan kawan-kawan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Hai..Rosebelle.."Aku jadi tersentak.Macam mana dia tahu nama aku?

"S-siapa kau?"Aku bingkas bangkit dari duduk apabila dia semakin menghampiri aku.

"Jangan risau..aku tak akan apa-apakan kau.Aku cuma nak kepastian."

"Kepastian apa?"

"Tentang perasaan kau...tentang Yeonjun."

Yeonjun?apa kaitan dia dengan Yeonjun.Sudahlah aku tak kenal dia.Tiba-tiba datang tanya benda yang tak masuk akal.

"Siapa kau sebenarnya?aku tak pernah nampak pun kau di sekolah ni?"

Lelaki di hadapan aku tergelak sinis sambil berpeluk tubuh.Anak matanya yang berwarna coklat hazel tiba-tiba bertukar menjadi biru.

"Kita pernah berjumpa..cuma kau tak ingat..tak perlu berdalih lagi.Bagitahu aku ,apa yang kau rasakan setiap kali bersama Yeonjun.Sedih,marah atau bahagia?"soalnya dengan nada yang mendatar.

Aku telan payah saliva apabila dia merentap tangan aku sambil menikam tepat anak mata aku.

"Lepaskan saya.."Pegangan tangan yang makim erat buatkan aku meronta kesakitan.

"Aku pesan pada kau..Yeonjun bukanlah seperti yang kau bayangkan.Dia berbahaya..jangan sesekali jatuh cinta pada dia. "

"Belle!"Jerit seseorang dari arah pintu studio.Aku menoleh kearah empunya suara sebelum memamdang semula kearah lelaki tadi.

Eh?kemana dia pergi?

"Yah!kenapa kau stay tak bagitahu aku?dah lewat ni..kau buat apa je haa?"Beomgyu membebel sebaik sahaja berhadapan dengan aku.

Apa yang dia cakap hanya masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri.Aku menunduk melihat kedua tangan aku yang menggeletar.Perasaan takut masih belum hilang.Bermacam perkara negatif sedang bermain di fikiranku sekarang.

.
.
.
.
.

"Kenapa dari tadi asyik termenung?"Teguran seseorang menyentakkan Yeonjun yang sedang duduk di buaian yang terdapat halaman rumah.

Lelaki itu tersenyum kemudian menggeleng.Kai hanya mengangkat bahu lalu melabuhkan duduk bersebelahannya.

"Kai..aku rasa tak sedap hatilah.."Kai menjungkitkan kening sebelahnya tertanya-tanya.

"Kenapa?kau masak apa hati kau sampai tak sedap?"Yeonjun menjeling Kai sekilas sebelum menghela nafas berat.Orang serius,dia main-main pula.

"Okey-okey..cuba cerita dekat aku..jangalah marah,orang gurau je..hehehe.."

"Anniya..setiap kali aku pergi kerja atau balik..aku mesti rasa seperti seseorang sedang memerhati aku.."

"Hmm,mungkin tu perasaan kau je?"Duga Kai dan mendapat gelengan Yeonjun.

"Aku dapat rasakan abang tiri aku datang ke sini untuk mencari aku.."

"Macam mana kau tahu?"Yeonjun menarik nafas dalam sebelum memandang kearah langit malam yang bertemankan bintang.

"Aura dia..aku dapat rasakan aura dia di mana-mana saja..itu adalah kelemahan dia.Kehadiran dia mudah dirasai disebabkan aura negatif yang ada pada dia.."Kai mengangguk faham.

"Aku rasa dia datang kesini untuk mencari aku semula..tapi,keselamatan Rose juga akan terancam..dia,terlalu bahaya."

Bunyi pagar kecil yang dibuka menarik perhatian Yeonjun dan Hueningkai.Kelihatan Rosebelle melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan longlai.

"Rose?gwenchana?"

Rosebelle yang baru tersedar Yeonjun dan Kai yang berada di buaian terus menghampiri mereka.

"Yeonjun..aku.."Belum sempat Rosebelle bersuara dia sudah jatuh pengsan di hadapan mereka.

"Rose!"

"noona!"

.
.
.
.
.

"Kau jangan risau..noona aku okey je."Pujuk Kai apabila Yeonjun tak habis-habis menyoal tentang keadaan Rosebelle.

"Doktor kata..dia okey cuma demam sikit."

Yeonjun menarik nafas lega.Dalam masa yang sama dia turut kasihankan gadis itu.

Mama dan papa Rosebelle yang baru datang terus menerpa bilik yang menempatkan anak gadisnya.

Kai dan Yeonjun hanya memerhati mereka berdua.

"Kai..boleh tak kalau aku nak jagakan Rose?"

"Erm..boleh-boleh tapi kau jangan buat bukan-bukan erk dekat noona aku.."Yeonjun menggeleng cepat.

"Aku janji."

.
.
.
.
.

Lelaki itu tersenyum puas di sebalik dinding yang agak jauh dari bilik rawatan Rosebelle sambil memerhati Yeonjun dan Hueningkai.

"Tak lama lagi..rancangan aku akan berjaya.No more true love,no more happy ending."Bisiknya perlahan sebelum menghilangkan diri.

Angka jam yang menunjukkan tepat jam 12 buatkan Rosebelle tiba-tiba terjaga.Perlahan-lahan di bangkit dari pembaringannya dan menoleh kearah Yeonjun yang tertidur di sofa yang ada di sudut katilnya.

"Erm..awak.."

Yeonjun terus terjaga apabila Rosebelle mencucuk sedikit bahunya.

"Rose..awak okey?"Rosebelle mengerutkan dahinya.

"Erm..saya okey.Tapi,macam mana awak tahu nama saya?"soal Rosebelle terpinga-pinga membuatkan mata Yeonjun membulat dek terkejut.

"Apa awak cakap ni? Mestilah saya tahu nama awak..awak kan penyelamat saya."

"Penyelamat?saya tak faham..dan macam mana saya boleh masuk ke hospital?adakah sebab saya selamatkan awak dari dilanggar kereta?betul kan?"

"Rose kenapa dengan awak—"

"aip aip..saya tahu awak nak berterima kasih kan?tak apa..saya ikhlas tolong."Kata Rosebelle sambil tergelak kecil.

Yeonjun sudah bertambah bingung.Apa yang jadi pada Rosebelle sebenarnya?

Tbc.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top