Bab 3
Rosebelle pov
"Kalau aku bagitahu ni, kau jangan marah dulu tau.. "
Aku angguk buat kali kedua sambil menunggu ayat yang seterusnya.
"Aku minta maaf, memang salah aku.. Tapi bukan salah aku seorang.. "
Jawapannya buat dahi aku berkerut. Takkan dia yang rancang semua ni? Bukan dia tak tahu yang Soobin tak sukakan Lia.
"Kau ni jahat kan? "
Aku soal dia sambil berpeluk tubuh dan merenung tepat ke arahnya.
Dia menunduk sambil bermain jemarinya.
"Lagipun, bukan salah aku semua.. JeongIn yang tolak.. "
"Woo, kejap-kejap. JeongIn? Apa kena mengena dia pula? "
Beomgyu terus meraih tanganku seraya menunduk berkali-kali.
"Kitaorang tak peraasan ada cat sebelah lukisan kau.. Lepastu,JeongIn tolak aku sebab geram and then terkena lukisan kau. Mianhe Belle-ah.. Huhuhuhu.."
Ah, jadi dia salah faham sekarang ni? Adui,Beomgyu ni bukan nak dengar aku cakap bagi habis. Tapi, tak apa sekurangnya aku tahu kesalahan dia.
"Pasal lukisan tu, aku maafkan..tapi ini kiranya nasib baik kau, sebab aku boleh buat semula sebab lambat lagi tarikh tamatnya. Tapi, kau kena tolong aku buat semula. "
Beomgyu mengangguk berulang kali sambil ucap terima kasih.
"Memang nasib aku baik, aku takut weh sebenarnya dengan kau. Kau tu dahlah ganas.. "
Ei, nak saja aku siku budak sebelah ni.
"Tapi, takkan kau nak cakap pasal hal ni je? "
Aku hela nafas berat. Skrin telefon aku buka dan tunjukkan feed story Lia yang sempat aku screenshot.Beomgyu mengambilnya dan melihat gambar tersebut. Serta-merta riak mukanya berubah.
"Belle..kau jangan salah faham dengan Soobin ya? Ini semua perancangan ayah dia. "
"Jadi, benda ni betul lah? Aku ingat Lia berangan ke apa.. "
Beomgyu angguk sambil tersenyum nipis.
Aku bingkas berdiri dari tempat duduk. Dia juga turut berdiri.
"Eh? Kau nak balik dah? "
"Ya, jaket kau.. "
Aku membuka jaket tadi untuk diberikan semula kepadanya tetapi perlakuan aku dihalang oleh Beomgyu. Aku memandangnya dengan tanda tanya.
"Ambil jelah, aku ada banyak lagi dekat rumah. "
"Yelah.. Thanks. "
Aku berdecit mendengar balasannya. Tahulah anak orang kaya. Baru beberapa langkah aku berjalan, Beomgyu memanggil aku semula.
"Belle-ah, kau jangan risau. Aku tahu Soobin tak akan tinggalkan kau. Kau jangan sedih ok? Kau tetap setia dengan dia. Aku akan sentiasa sokong korang berdua. "
Aku menunduk untuk menahan rasa sebak di dada. Sejujurnya aku agak terkesan dengan perkara yang berlaku. Tapi, aku percayakan Soobin.
"Ye.. Aku cuba. Terima kasih Gyu..Aku balik dulu. "
"Hati-hati di jalan.. Jaga diri. "
.
.
.
Aku duduk di bahagian luar E-mart selepas membeli satu mangkuk ramen,onigiri dan susu coklat. Ingat nak balik terus tapi sebab perut ni lapar sangat, aku singgah sini dulu.
Baru beberapa suap, seekor kucing datang dan duduk diatas kerusi di sebelah aku. Aku ingat dia tengah tengok aku rupanya tenung makanan yang ada depan aku.
"Miau lapar? Nah makanlah.. "
Aku bukakan bungkusan onigiri dan berikan separuh daripadanya lalu aku usap kepalanya. Gebu betul. Unik pula tu. Mata dia berwarna hazel. Bulu dia warna kelabu.
Sekali pandang macam kucing mahal. Tapi, mana pemiliknya?
Beberapa minit kemudian, aku bangkit dari duduk untuk pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan, aku rasa macam ada seseorang ekori aku. Lantas, langkah kaki aku dipercepatkan. Dahlah kawasan ini tak ramai orang lalu lalang.
"Tolong jangan ikut aku.. "Kataku perlahan.
Sebaik sampai di hadapan pagar rumah, aku terus berlari masuk rumah. Fuh, selamat.
"Kenapa ni Belle? Macam baru lepas kena kejar dengan hantu je? "Tegur papa yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aku garu kepala yang tidak gatal. Takkan nak bagitahu papa pula? Taknak risaukan dia.
"Belle pergi jogging tadi.. "Jawabku lalu berlari naik ke tingkat atas. Taknak lama-lama nanti papa tanya lagi. Susah aku nak menjawab.
"Macam-macamlah anak aku ni. "
Omel papa seorang diri lalu meneruskan kembali aktivitinya menonton rancangan Halaqah.Eh?
.
.
.
"Tuan, kami dah dapat kesan lokasi dia."
"Bagus, selepas ini, kamu kena ikut kemana dia pergi. Cari lagi maklumat pasal dia."
Kata seseorang di hujung talian.
"Baik tuan. "
Kemudian panggilan ditamatkan.
Beberapa kepingan gambar diambil dari laci mejanya dan direnung.
"Rosebelle.."
.
.
.
Selesai mandi,aku mengambil tempat di meja belajar.Perasaan takut tadi belum betul-betul hilang. Aku memang perasan macam ada seseorang ikut aku.
Tingkap bilik yang terbuka, aku cuba tutup tapi mataku tertancap pada figura seekor haiwan yang sedang berdiri di luar pagar rumah aku. Itu bukan ke kucing tadi?
Tiada angin, tiada ribut.Hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Aku segera tutup tingkap bilik aku sebelum meja belajar aku terkena tempias hujan.
Sekali lagi, aku melihat kucing yang aku jumpa tadi. Weh, hujan dekat luar tu. Kenapa tak lari? Dia statik berdiri di hadapan pagar rumah aku walaupun aku dah nampak badan dia basah kuyup.
Tanpa membuang masa, aku segera keluar ke halaman rumah dan terus membawa kucing tadi masuk.
"Kenapa kau tak lari huh? Demam nanti macam mana? "
Bebel aku sambil berjalan menaiki tangga.
"Eh? Sejak bila noona suka kucing ni? "
Soal Hueningkai yang baru sahaja mahu turun tangga.Aku tidak membalas lalu aku berikan kucing yang basah kuyup itu kepadanya.
"Basahlah.. "
"Basah sikit je. Tunggu kejap, noona nak ambil tuala. "
Hueningkai sekadar akur sahaja. Dia kembali masuk ke dalam biliknya sambil membawa kucing tadi. Tanpa dia sedari, buku bersaiz tebal di atas mejanya bercahaya.
Tbc.
A/n:Hai readers.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top