Bab 26
"Semua dah ada kan?jadi,mari kita semua sama-sama cheers untuk meraikan bakal pasangan pengantin baru kita ni,Soobin dan Lia.." Ucap Tuan Choi Soo Jin yang merupakan ayah Soobin seraya menghulurkan cawan minumannya diikuti ahli keluarga yang lain kecuali Soobin.
Dia termenung sendiri seolah telah berada di dunia lain.Berkali-kali juga Beomgyu memanggilnya namanya.
"Hyung?gwenchana?" Soal Beomgyu prihatin.Soobin tersenyum nipis seraya menggeleng. Telefon yang bergetar di tangan dilihat sebelum dia mula bangun dari kedudukannya.
"Soobin,kamu nak pergi mana?" Soal Tuan Soo Jin tegas.
Soobin mengerling malas kearah ayahnya sebelum terus berjalan tanpa mempedulikan langsung panggilan si ayah.
Beomgyu sekadar menghantar pemergian Soobin dengan perasaan yang tertanya-tanya.
Rosebelle yang sudah pun setia menunggu di hadapan pintu pagar rumah Beomgyu berjalan mundar-mandir sambil memerhati sekeliling.
Figura Soobin yang semakin mendekat buatkan dia kaku di tempatnya.
"Kenapa awak?"
"Saya nak pulangkan benda ni dan rantai ni.." Cantas Rosebelle tanpa sempat Soobin menyoal lebih lanjut.
Sampul surat bersaiz tebal di tangan Rosebelle lebih menarik perhatiannya dari rantai tersebut.
"Apa ni?" Lengan Soobin diraih dan kedua-duanya diletakkan diatas tangan Soobin tanpa menjawab persoalan yang diujurkan.
"Tolong beri semula sampul tu pada ayah awak..dan rantai itu,saya tahu awak faham maksud saya kan?"
Raut wajah Soobin mula bertukar keruh. Dia dah dapat menganggak apa jawapan Rosebelle yang akan keluar nanti.
"Saya ta—"
"Arasseo.. Tapi,saya ada satu permintaan.."
Rosebelle cuma mengangguk sebelum berpeluk tubuh.
"Saya nak awak jauhkan diri dari Yeonjun, dia bahaya..saya tahu awak jauhkan diri dari saya sebab dia kan?"Soal Soobin dengan nada serius membuatkan Rosebelle tergelak kecil.
"Bwo?Yeonjun bahaya?saya rasa awak lagi bahaya..tolong hentikan semua ni Soobin. Yeonjun tak ada kena mengena dalam masalah antara kita.Jangan sakitkan dia" Rosebelle mengeluh perlahan sebelum mula berjalan ke arah motornya.Malas mahu melayan Soobin.
"Please Rose..jauhkan diri dari dia..dia bukan sebaik yang awak sangka—"
"Enough ..kalau awak tak tahu apa-apa tentang dia,jangan cakap macam awak dah kenal dia lama.."
Soobin meraup wajahnya kasar seraya satu keluhan berat dihela.Lengan Rosebelle diraih sebelum gadis itu ditarik ke dalam pelukannya.Rosebelle sudah meronta-ronta tetapi bunyi esak tangis Soobin buatkan dia terdiam.
"Please stay like this just a minute.." Rosebelle terdiam tetapi tidak pula dia membalas pelukan Soobin.Lelaki itu masih lagi menangis teresak-esak seolah melepaskan apa yang dipendamnya selama ni.
"I'm a fool right?tak pernah hargai awak sedangkan kita nak berpisah sekarang pun,awak masih lagi pinjamkan bahu untuk saya.."
Rosebelle masih lagi diam tanpa bersuara.Membiarkan sahaja Soobin berbicara sendiri.
Tanpa mereka sedari ,ada seseorang yang sedang sibuk mengambil gambar mereka berdua seraya saty senyuman sinis diukirkan.
"Mianheyo.. Saya gagal buat awak tersenyum semula.Tapi,saya harap awak tak akan pernah lupakan saya..saya harap awak dapat jumpa lelaki yang lebih baik dari saya.."
"Saya tak kisah sesiapa pun tetapi tolong.. jauhkan diri dari Yeonjun...jebal.." Sebaik mendengar kata-kata Soobin, Rosebelle terus meleraikan pelukan dengan dingin.
"Terima kasih sebab dah akhiri semua ni dengan hati yang terbuka tapi saya tetap nak awak minta maaf dengan Yeonjun atas apa yang awak dah buat pada dia..jangan ingat saya tak tahu yang awak tumbuk dia tadi."
"Rose saya—"
"And stop calling me Rose from now on.."
••••
Rosebelle pov-
" mana noona pergi lama sangat? "Bebel Kai sebaik sahaja aku memasuki ruangan wad yang menempatkan Yeonjun.
Aku tak hiraukan dia dan terus melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan Yeonjun. Wajah ketika tidurnya,aku tenung dengan pandangan yang lembut.
Telinga kucingnya yang bergerak buatkan aku tersenyum kecil.
" Yah noona!"aku menjengilkan mata kaearah Hueningkai apabila suaranya makin kuat.
"Kau nak apa?" Soalku dalam nada separa berbisik.Kai menggulingkan biji mata tanda menyampah.
"Dari tadi orang panggil buat tak tahu..Dahlah tadi pergi macamtu je..noona ni kenapa erk?pelik semacam je perangai.." Aku ketuk dahi perlahan buatkan dia mencebik.
"Kau ni bising-bising dekat aku ni mesti nak sesuatu kan?itu asyik duk membebel je..cuba kau buat baik dengan aku,mesti aku belanja apa yang kau nak.."
Kai tersenyum lebar sambil menggaru kepalanya. "Hee~sebenarnya, Kai nak minta duit..Nak beli plushie dekat kedai hospital tu..Comel gila plushie tu..please.."
Menyempat lagi nak beli anak patung. Haih,apalah nasib dapat adik macam ni.
"Tadi ada orang datang melawat tak?" Soalku sambil menyeluk poket untuk mengambil duit.
Kai mengangguk laju."Ada,kawan sekelas Kai,nama dia Taehyun.."
"Ouh,Arasseo.. Nah ambil duit ni,pergi main jauh-jauh.."
"Ceih.. Ikhlas ke tak?"
"Kau pergi sebelum aku tarik balik.."Dengan lajunya,Kai terus keluar dari ruangan wad ni buatkan aku tergelak kecil.
" Apa yang suka sangat tu?"suara seseorang menyentakkan aku.Aku toleh kearah Yeonjun. Rupanya dia sedang pandang aku sambil tersenyum lebar.
"Mana awak pergi lama sangat Rose?saya rindu.."Aku toleh pandang kearah lain sambil menyorokkan muka.
Dia dah kenapa nak rindu-rindu bagai?oh Tuhan,takkanlah dia jadi macam ni sebab kena tumbuk dengan Soobin tadi.
Dahi Yeonjun aku sentuh.Dah tak panas.Jadi,dia tak demam.
" Kau okey ke?"Yeonjun tersenyum lagi sambil mengangguk. Lengan aku yang berada diatas dahinya,dia raih buatkan aku terkejut.
Terkejut dengan rentak jantung yang makin laju.
"Boleh tak mulai sekarang,awak berada di sisi saya sepanjang masa?"
"N-ne?"
"Saya taknak jadi boyfriend pura-pura awak lagi..saya nak jadi orang yang selalu ada ketika awak sedih dan gembira.."
••••
Beberapa keping gambar dihempas di atas meja di hadapan Soobin.Jelas raut wajah lelaki tua itu nampak tidak berpuas hati.
"Jadi,sebab inilah..kamu keluar sesuka hati dari majlis makan malam keluarga tadi?"
Soobin mengetap bibir bawahnya.Tidak mahu menjawab.Bukan dia takut,tapi dia dah biasa dengan semua benda alah ini.Ayahnya terlalu mengongkongnya.
"Jawab!"
"Tak ada apa yang berlaku diantara kami.Appa tak perlu risau."
Tuan Soo Jin ketawa sinis sebelum berjalan menghampiri anaknya.
"Tak ada apa?so why did you hug her?"
"Just to give back the shit you gave to her..Soobin dapat tahu appa berikan duit yang banyak pada dia..untuk apa?untuk jauhkan diri dia dari Soobin?how dare you.." Soobin menyoal sarkastik.
Tuan Soo Jin terdiam seketika apabila melihat satu sampul surat yang dihulurkan oleh Soobin.
Lelaki tua itu berdehem kecil sebelum menyambutnya.
"Berhenti kawal hidup Soobin,appa..I'm sick with all of this.Bin bukan lagi budak kecil..I can make a desicion by my own..please do not mine my business.."
Tuan Soo Jin ketawa kecil mendengar luahan Soobin.
"Apa?jangan masuk campur?kamu tu satu-satunya waris syarikat JinHit..kamu kena jaga imej keluarga kita dengan tak berkawan dengan orang macam mereka tu..Cukuplah appa dah bagi kelonggaran kepada kamu untuk bersekolah di sekolah biasa."
Soobin mengeluh halus."Takkan sampai Bin tua nanti pun appa nak masuk campur? Bin dah boleh handle semua sendiri.. "
"Okey fine..buktikan kalau kamu boleh handle semua sendiri.." Soobin mengangkat muka memandang Tuan Soo Jin yang sedang berpeluk tubuh.
"Pergi belajar keluar negara tanpa contacted dengan sesiapa pun di Korea termasuk Beomgyu.. Then,if you can handle it,appa akan pertimbangkan permintaan kamu."
TBC.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top