Bab 25

Rosebelle pov-

Sampai sahaja di hospital,terus aku meletakkan motor di bahagian kecemasan dan meluru masuk ke dalam  hospital meninggalkan Hueningkai di belakang.

"Nurse..ada tak pesakit nama Yeonjun di sini?" Soal aku dengan cemas.

Jururawat itu memeriksa sesuatu di komputer sebelum mengangkat muka memandang kearahku semula.

"Ada,tapi dia masih lagi sedang dirawat..nanti bila dah siap,Kami akan panggil cik ya.." Kata jururawat itu sambil tersenyum.

Aku sekadar mengangguk dan membalas senyumannya semula.

Apa dah jadi pada Yeonjun? Kenapa tiba-tiba sahaja dia pengsan?

Kai yang baru masuk menuju ke arahku dengan riak risau.

"Noona?macam mana dengan Yeonjun?" Soal Kai sebelum menarik aku untuk duduk.

"Masih dirawat.. Apa sebenarnya yang dah berlaku tadi Kai?"

Kai terdiam seketika sebelum satu keluhan halus keluar dari mulutnya.

"Sebenarnya sebelum tu,Kai nampak Soobin —"

"Soobin ke buat Yeonjun pengsan?" Duga aku beserta nada serius tetapi Kai menggeleng tanda tidak.

"Habistu?" Soalku lagi.Kai terdiam seketika sebelum perbualan kami diganggu oleh doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan.

"Cik ni waris pesakit Yeonjun ke?" Soal doktor tersebut sebelum kami berjalan menghampiri doktor yang bertanda nama Namjoon itu dengan riak risau.

"Ya...Yeonjun okey ke?dia stabil ke?dia—"Belum sempat aku habis menyoal doktor Namjoon terlebih dahulu mencatas pertanyaan aku berserta tawaan kecil.

Kai disebelah aku sudah menyenggol lenganku agar aku bawa bersabar dan mendengar apa yang ingin doktor Namjoon tersebut terangkan.

" Begini..dia pengsan adalah disebabkan tidak tahan dengan cuaca panas diluar ditambah pula dia mengalami demam panas..tapi, cik tak perlu risau sebab dia dalam keadaan yang stabil.."Terang doktor Namjoon buatkan aku jadi terkejut.

Kenapa Yeonjun tak bagitahu aku yang dia demam?Haih..

"Boleh saya melawat dia?"

"Ya,silakan tapi jangan terlalu bising ya.." Pesan doktor Namjoon sebelum meninggalkan aku dan Kai di hadapan bilik rawatan yang menempatkan Yeonjun.

Tanpa membuang masa,aku terus masuk ke dalam bilik tersebut dan menghampiri Yeonjun yang sedang tidur diatas katil hospital.

Kejap, kepala dia tak ada topi?!

Doktor Namjoon nampak ke telinga kucing dia?!

"Ah..ingatkan dah hilang, rupanya tersorok di sebalik rambut dia..nasib baik telinga sama dengan warna rambut.. Fuh,lega.." Omelku sebaik sahaja memeriksa telinga kucing milik Yeonjun sebelum aku melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan katilnya.

"Hmm..Rose?" Panggil Yeonjun dengan nada lemah sebelum dia berura-ura untuk bangun dari pembaringan, tetapi segera aku menghalangnya.

"Baring..kau tak sihat sepenuhnya lagi..kenapa kau demam tak bagitahu aku?kejap,kenapa dengan bibir kau ni?" Soal aku sebelum menyentuh sudut bibirnya yang mula kebiruan.

"Auch..tak ada apa-apa.. Jatuh tadi dekat kantin.. Hehehe.." Jawabnya seraya tersengih.

Maaf,aku memang susah nak percaya.Nampak sangat macam kena tumbuk.

"Jangan tipu Yeonjun.." Kataku dengan nada serius. Yeonjun cepat-cepat menolehkan mukanya kearah lain.

Aku sudah berpeluk tubuh sambil memandangnya tajam.

Baru aku teringat,tadi Kai ada bagitahu aku dia nampak Soobin kan?Adakah Soobin yang buat Yeonjun sampai macamni?

"Yeonjun..aku nak kau jujur dengan aku..bibir kau lebam sebab Soobin kan?" Soalku.

Lama Yeonjun mendiamkan diri sebelum menghela nafas halus.

"Gwenchana.. Rose tak perlu risau.." Jawab Yeonjun sebelum tersenyum nipis.

"Jadi betullah kan?Kai,bagi noona kunci motor.."

"Nak buat apa?" Kai menyoal sambil memandang aku dan Yeonjun bersilih ganti.

"Bagi jelah..perkara macam ni mana boleh dibawa main..Soobin tu dah betul-betul melampau.." Kataku seraya mengambil kunci di tangan Kai.

"Rose.. Biarkan jelah..saya okey je." Pujuk Yeonjun.

Tapi aku hanya mengendahkannya lalu berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Hmm,noona aku tu degil..kalau orang cakap jangan lagilah dia nak buat..haih.."Kata Kai sebaik sahaja aku hilang dari pandangannya.

Yeonjun sudah menghela nafas berat.Dia berharap tiada sesuatu yang buruk akan berlaku.

•••

Author pov-

Telefon dikeluarkan dari poketnya lantas nombor Soobin didail.

" Rose?waeyo?"Soal Soobin dihujung talian sebaik sahaja taliannya bersambung.

"Saya nak jumpa awak sekarang juga.."

"Erm,tapi saya ada dekat majlis makan malam dekat rumah Beomgyu..why not jumpa malam ni?"

"Saya datang kesana sekarang juga.."

"But.."

Belum sempat Soobin menjawab,Rosebelle sudah memutuskan talian.Dengan semangat yang membara,Rosebelle menaiki motor skuter hijau milik papanya sebelum helmet disarungkan ke kepalanya dengan bergaya.

Nampaknya,Rosebelle betul-betul nekad nak pertahankan Yeonjun.

•••


Soobin mengeluh halus apabila Rosebelle terus mematikan telefonnya tanpa sempat dia menjawab apa-apa.

Masalahnya sekarang adalah,majlis makan malam itu akan dihadiri oleh keluarga Lia juga.

Dia takut Rosebelle akan salah faham dan itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Hyung.. Kenapa termenung je ni?teringat Belle lah tu.." Usik Beomgyu seraya mengejek ketawa.

Soobin memandangnya seraya berdecit halus.

"Kau ni kalau tak gedik sehari tak sah kan?Dahlah jom masuk.." Ajak Soobin tapi Beomgyu tiba-tiba menghalangnya.

"Taknak tunggu 'bakal bapak mertua' datang ke?" Seloroh Beomgyu sengaja menekankan perkataan bapak mertua untuk melihat reaksi Soobin.

Soobin menampar bahu Beomgyu sekilas sebelum berjalan meninggalkannya seorang diri.

"Hmm,benar-benar marah tu.." Monolog Beomgyu seraya tersenyum suka melihat wajah cemberut Soobin.

•••

"Yeonjun hyung!gwenchanayo?" Tegur Taehyun sebaik sahaja memasuki bilik rawatan sahabat baiknya itu.

Kai yang sedang duduk menonton drama di dalam telefon, terus tercengang apabila melihat seseorang yang dia kenali masuk ke dalam bilik rawatan tersebut secara tiba-tiba.

"Taehyun?"

"Hueningkai?"

"Macam mana kau kenal Yeonjun?"soal Kai.

"Kejap,macam mana Kai kenal Taehyun?"Soal Yeonjun pula.

"Kai satu kelas dengan Taehyun.." Jawab Kai sambil memandang Yeonjun yang sedang terpinga-pinga.

"Taehyun ni kawan baik aku dekat tempat tinggal aku..sebab tu kami kenal.." Balas Yeonjun pula.

Taehyun yang menjadi pemerhati sudah menarik nafas dalam seraya berdehem.

"Ouh, Taehyun..macam mana kau tahu hyung ada dekat sini?"Soal Yeonjun ingin tahu.

" Erm,sebenarnya tadi Taehyun nampak hyung naik ambulans waktu nak balik asrama.."Jawab Taehyun sambil tersengih.

"Ouh,tak ada  apa-apa serius pun.. Cuma demam biasa.."Kata Yeonjun untuk menghilangkan rasa risau Taehyun.

Taehyun menjadi terkejut selepas mendengar kata-kata Yeonjun.Dahi Yeonjun dipegang sebelum dia mengeluh perlahan.

" hmm,ni bukan demam biasa ni.."

"Apa maksud kau?" Soal Kai tiba-tiba apabila dia dari tadi sekadar menjadi pemerhati.

"Benda ni adalah kesan daripada perasaan Rosebelle yang sering bercampur baur.. Kadang-kadang sedih dan kadang-kadang gembira..emosi dia yang tak stabil buatkan diri hyung pun terjejas.."Terang Taehyun persis doktor sambil berjalan kehulur-hilir di hadapan katil Yeonjun.

Kai yang tidak faham hanya mengangguk dan memandang Yeonjun dan Taehyun bersilih ganti

"Macam mana hyung nak tahu yang spell ni akan berjaya dirungkaikan atau tidak?" Soal Yeonjun.

Taehyun berhenti dari terus berjalan dan berhenti di hadapan tingkap bilik rawatan yang memaparkan suasana di luar hospital yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.

Keadaan menjadi senyap buat seketika sebelum Taehyun mula membuka suara.

"Dalam tempoh masa 30 hari yang diberikan, kalau hyung berjaya buat Rosebelle menangis kegembiraan.. Itu akan membuatkan spell tersebut terungkai serta- merta..tapi kalau sebaliknya yang berlaku,Taehyun yakin hyung pun tahu..sebab tu Taehyun beritahu supaya hyung bahagiakan dia..itu saja Cara yang dapat membantu hyung.."

Yeonjun menunduk memandang kearah selimut putih hospital yang membaluti tubuhnya.

Tangisan kegembiraan atau tangisan kesedihan Rose yang akan menentukan hidup dan matinya.

Sanggup Taehyung manipulasi peraturan untuk rungkaikan spell menjadi lebih susah.

Benci sangatkah Taehyung kepadanya?

Itu adalah persoalan yang sering bermain di fikirannya.

Sedangkan Taehyung dulu adalah  hyung yang selalu melayanngya dengan sangat baik.Tapi, sejak perkahwinan eomma Taehyung bersama appanya,semuanya berubah sama sekali.



TBC.

A/n: Chapter yang panjang ;)
Kalau ada yang tak faham ,boleh komen tepi okay?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top