Bab 22
Rosebelle pov-
Sementara menunggu Yeonjun yang sibuk memilih bentuk gula-gula kapas yang diingini,aku mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekejap di kawasan berdekatan warung kecil tersebut.
Sedang aku berjalan,telinga aku menangkap suara seseorang yang sangat aku kenali dan tanpa aku sedar aku berhenti betul-betul di belakangnya.
Damn,Soobin.
Betulkah apa yang aku dengar tadi?Aku ingat dia setuju putus dengan aku sebab dia memang nak.Tapi,sangkaan aku salah.Rupanya, semua ini terjadi ada kena mengena dengan ayahnya,Tuan Choi yang aku jumpa haritu.
Sebab,dia risaukan keselamatan aku?Kenapa Tuan Choi benci sangat dekat aku sampai nak ugut ancam keselamatan aku?
Soobin yang tiba-tiba menoleh kebelakang merenung aku dengan riak wajah terkejut buat aku jadi terkedu.Beomgyu yang ada di sebelahnya juga terkejut dengan kehadiran aku di situ.
"Rose.."
Dia mula berjalan mendekati aku.Tapi,aku buat keputusan untuk jauhkan diri dari dia.
Selepas apa yang aku dengar tadi,buatkan aku tak bersedia untuk berjumpa dengan dia.Aku..aku rasa bersalah.
Tanpa menunggu waktu yang lama,aku terus berlari meninggalkan mereka tanpa mempedulikan suara Yeonjun memanggil aku.
.
.
.
.
.
Aku duduk kawasan tepi Sungai Han yang agak sunyi dan jauh dari tempat tadi.
Akibat tak nampak batu kecil di atas jalan buatkan aku terjatuh melutut.
Aku tak ada tenaga nak bangun.Penat sangat lari dari diorang tadi.Haih,paboya Rosebelle!
Jadi,aku buat keputusan untuk berhenti berehat sahaja di situ.Perasaan aku sekarang ni pun bercampur baur.
Maaf Yeonjun sebab tinggalkan kau tadi.
Aku cuma harap tiada sesiapa jumpa aku buat masa sekarang ni.
"Yeojachingu.."
Aku menarik nafas dalam.Akhirnya, Yeonjun jumpa aku.Aku mengerling ke arahnya sekilas sebelum membuang pandangan ke arah Sungai Han di hadapanku.
"Gwenchanayo? Apa yang dah berlaku?" Soalnya selepas mengambil tempat di sebelahku.
Aku menunduk dan berdiam diri.
Tiba-tiba, satu pelukan hangat dari tepi buatkan aku jadi beremosi.
"Kalau awak nak nangis.. Menangislah,saya tak tahu apa yang berlaku tadi.Tapi,saya harap awak okey kalau awak menangis sepuasnya di bahu saya.." Kata Yeonjun lembut buatkan air mata aku deras mengalir.
Sejujurnya, kenyataan Soobin buatkan aku rasa bersalah tadi.Selama ni,aku tak pernah nak dengar penjelasannya.Biarpun berkali-kali aku melayannya dingin,dia tetap ingin berjumpa dengan aku untuk jelaskan apa yang dipendamnya. Aku terlalu ego.
"Nangislah sepuasnya Rose .." Kata Yeonjun sambil mengukirkan senyuman tipis.
Bunyi derapan kaki seseorang menarik perhatian aku. Lantas,pelukan Yeonjun dilepaskan.
"Rose.." Panggil Soobin sambil melangkah mendekati aku.
Dia pandang Yeonjun sebelum memandang aku semula.
"Saya nak bercakap dengan awak..berdua.." Kata Soobin.
Aku pandang Yeonjun yang mula mahu melangkah meninggalkan aku.Tapi,cepat-cepat aku tahan lengannya buatkan dia berhenti dari berjalan.
"Biarkan dia ada di sini sekali.."
Soobin mengeluh nafas berat.
"Okey..Rose,saya nak beritahu awak supaya jangan rasa awak yang bersalah dalam hal ni..awak tak salah."Kata Soobin membuka bicara.
Aku masih lagi diam menanti apa lagi yang hendak dikatakannya.
" Saya pengecut.. saya minta maaf Rose.Kalau saya tak lepaskan awak waktu tu,mesti di tempat Yeonjun tu adalah saya..saya salah sebab tidak berterus -terang pada awak lebih awal."
Aku mula menggigit bibir bawahku.Rasa sebak mula memenuhi ruang dadaku sekarang.
"Saya harap sebelum saya ke luar negara nanti..saya dapat luangkan masa bersama awak Rose..Dan saya janji akan beritahu ayah saya untuk putuskan pertunangan saya dengan Lia dan akan tunggu sampai awak habis belajar...Saya harap kita dapat bersama macam dulu semula."
Aku mengangkat muka memandangnya. Jujur hati aku masih sayangkan Soobin,tapi dalam masa yang sama,aku tak mahu buatkan masalah menjadi besar lagi.
Kata-kata Tuan Choi haritu dah cukup mengores hatinya dan aku tak mahu jika Soobin pula akan ditimpa masalah nanti.
Satu keluhan berat dilepaskan sebelum menoleh ke arah Yeonjun yang asyik menunduk sebelum kembali menoleh ke arah Soobin.
"S-saya..tak boleh beri jawapan sekarang. Tolong beri saya masa..Saya harap awak faham." Jawabku dengan nada rendah.
Soobin mengangguk faham sebelum melangkah mendekati aku.Tangannya mengusap kepalaku sekilas sebelum menghadiahkan aku satu senyuman tipis.
Yeonjun di sebelah aku memandang ke arah Soobin dengan mata yang membulat melihat tindakan Soobin tersebut.
"Tak perlu beri jawapan sekarang.. Tapi,saya harap jawapan awak adalah ya.."
Aku mengeluh halus sebelum mengangguk kecil.
"Saya tak janji Soobin..Saya harap awak tak terlalu berharap dengan jawapan saya nanti.Mungkin, jawapan saya tidak."
"Tolong jangan beri jawapannya sekarang.Walaupun, awak dah ada Yeonjun. Tapi,saya masih mahu berharap."
"Kalau itu awak nak..teruskanlah berharap,tapi jangan letak harapan yang terlalu tinggi.Saya takut nanti awak yang sakit.."
Soobin angguk kepala perlahan sebelum menjeling sekilas Yeonjun yang masih setia di sisi aku dengan tangan aku masih lagi memegang tangannya.
TBC.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top