Bab 21

Rosebelle pov-

Aku duduk termenung di hadapan Sungai Han sambil ditemani angin sepoi-sepoi yang sedikit sebanyak menenangkan hati aku.Sesekali keluhan ringan dilepaskan. Aku rasa tenang sangat sekarang ni.

Terima kasih pada Yeonjun sebab dia yang tiba-tiba ajak aku datang sini.

"Yeojachingu! Nah,aiskrim.." Terkejut aku bila dia tiba-tiba muncul bersama dua aiskrim perisa coklat di tangan.

Dan dia panggil aku yeojachingu? Aku ingat dia main-main je tadi.

"Makan aiskrim memalam ni?sejuk kot dekat luar ni." Kataku sambil lambat-lambat menyambut huluran aiskrim di tangan Yeonjun.

"Yeojachingu sejuk ke?pakai ni.." Tindakan dari Yeonjun mengejutkan aku.Dia terus meletakkan baju sejuk yang dipakainya ke atas bahuku.

"Sejuk lagi tak?" Tanya Yeonjun sambil tersenyum.

Wajahnya yang agak dekat denganku buatkan aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain.Haih,rasa panas pula pakai baju sejuk ni.

"T-Thanks..tapi aiskrim ni..sebenarnya aku tak suka perisa coklat tapi tak apalah.."

Yeonjun memandang aku dengan wajah terkejut.

"Yeojachingu tak suka coklat?kalau macamtu Yeonjun belikan perisa yang lain..tunggu sekejap." Aiskrim ditangan aku terus dirampas tanpa sempat aku halang.

Lantas,dia berlari ke arah kedai aiskrim itu semula.

Aku menarik nafas dalam.Kenapa Yeonjun ni tiba-tiba jadi prihatin sampai macam ni?Aigoo.

"Nah..saya belikan perisa vanilla.Maaf saya tak tahu awak tak suka coklat." Aku tersenyum kecil seraya mengambil aiskrim di tangannya.

"Gwenchanayo.. Tapi,tak perlulah panggil aku yeojachingu lagi.Aku rasa sekadar nama dah memadai.."

Yeonjun tersengih sambil membetulkan topi menggunakan sebelah tangannya.

"Maaf Rose..tapi saya nak juga panggil awak yeojachingu.. Lagipun saya kan dah jadi boyfriend awak."

"Pura-pura sahaja okay.."

"Okay."

Huh,aku mengeluh nafas berat.Yeonjun ni kadang-kadang degil juga.Macam kucing yang degil dengan Tuan dia.Orang cakap jangan buat,nanti buat juga.Lebih kuranglah.

Tapi,Yeonjun ni manusia yang disumpah menjadi kucing.Rasa macam tak masuk akal.Tapi, itulah hakikatnya.

"Hmm,alang-alang kita ada dekat sini..jomlah bergambar." Ajak aku seraya mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar.

Yeonjun mengangguk lalu kami mengambil gambar selfie dengan latar belakang Sungai Han yang cantik.

"1,2,3..kimchi!"

Usai itu aku menilik gambar yang barusan ditangkap.Cantiknya.

"Cantiknya.."Kata Yeonjun betul-betul disebelahku.Tak perasan pula bila masa dia menjenguk gambar di skrin telefonku.

"Tapi,orang sebelah saya tu nampak kecil..hahaha.." Selorohnya buatkan aku berdecit halus.Ceit,sempat mengata orang.

"Yeojachingu.. Nak tengok tapak tangan boleh?" Soal Yeonjun. Aku pula sudah mengerutkan dahi tetapi masih lagi menuruti permintaannya dengan menghulurkan tapak tangan aku yang tidak berbalut.

Dia meletakkan tapak tanggannya ke arah tapak tanganku sebelum digenggamnya erat.

Gedebub.

Gedebub.

"Semua tentang awak kecil..tangan awak pun kecil.Comel." kata Yeonjun sambil tergelak kecil.

Aku sudah terkaku.Mata aku tak lepas memandang ke arah tangannya yang menggenggam tanganku dengan erat.

"Eh,ada gula-gula kapaslah dekat situ..jom beli!" Ajak Yeonjun seraya menarik tangan aku menuju ke arah warung kecil di tepi jalan yang menjual pelbagai bentuk gula-gula kapas.

The duality of  Yeonjun.Cute but the same time he seducing me in silence.

.
.
.
.
.

"Hyung!" Panggil Beomgyu sambil berjalan mendekati Soobin yang sedang berdiri di tepi Sungai Han.

Soobin memandang Beomgyu sekilas sebelum melabuhkan duduk di kerusi berdekatan dengannya.

"Amboi hyung..rindu sangat ke dekat Gyu sampai tak menyempat nak jumpa esok dekat sekolah?" Soal Beomgyu diselangi tawa kecil.

"Saja..lagipun nanti aku dah sibuk dengan persiapan menjelang exam..susah pula nak lepak dengan kau.." Jawab Soobin sambil tersenyum nipis.

"Yeke busy dengan persiapan exam?bukan ke hyung busy dengan persiapan ke luar negara?"

Soobin terdiam.Sebenarnya, dia belum lagi memberitahu Beomgyu bahawa dia akan ke luar negara tak lama lagi usai sahaja exam besarnya tamat.

Wajah Beomgyu yang bertukar keruh itu dipandang seraya satu keluhan kecil dilepaskan.

"Maaf Gyu..hyung bukan taknak bagitahu Gyu tapi.."

"Belle tahu tak pasal ni?" Cantas Beomgyu dengan nada mendatar.

Soobin diam seraya menggeleng.Beomgyu pula sudah menghela nafas berat.

"Lagipun,dah tak penting untuk hyung bagitahu dia..hyung dengan dia kan dah tiada apa-apa.." Jawab Soobin dengan nada perlahan.

"Tak penting? Wow,Gyu ingat hyung ni bukan seorang yang mudah berputus asa..hyung dah mula sukakan Lia ke?" Tanya Beomgyu dengan nada kesal.

"Gyu.. Benda ni tak ada kena mengena dengan Lia atau sesiapa pun..bukan hyung putus asa,tapi bukankah lebih baik kalau hyung tak bagitahu Rose?kalau hyung beritahu sekalipun..Rose tak akan peduli.."

Balas Soobin lalu menunduk memandang ke arah Sungai Han yang bercahaya akibat terkena pantulan cahaya bulan.

"Gyu tak tahu apa masalah hyung..tapi,kalau ada something yang mengganggu hyung..tolonglah cerita pada Gyu.." Kata Beomgyu sambil menepuk bahu Soobin.

"Kau tak faham Gyu..kau takkan faham apa sebab hyung putus dengan Rose..sejak appa hyung ugut nak ancam keselamatan Rose..sejak itu,hyung ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Rose...

Tapi,bila hyung fikir balik ..memang hyung salah sebab terus setuju untuk putus dengan dia sedangkan waktu tu hyung taknak kehilangan dia.Patutnya hyung berani..tapi hyung pengecut."

Matanya yang sibuk memandang ke arah Sungai Han sambil meluahkan apa yang terpendam, tiba-tiba tertancap pada pantulan bayangan seseorang yang dia kenali.Seseorang itu berdiri betul-betul di belakangnya.

Lantas, kepala ditolehkan ke belakang. Wajah muram Rosebelle direnung dengan perasaan serbasalah.

Adakah gadis itu mendengar apa yang barusan dia katakan tadi?

Beomgyu yang turut menoleh juga terkejut.Lantas,tanpa menunggu waktu yang lama..Rosebelle melarikan diri apabila Soobin mula melangkah mendekatinya.

Soobin membatalkan niatnya  selepas melihat Yeonjun yang entah datang dari mana mengejar langkah Rosebelle yang semakin menjauh.

"Yeojachingu!"

"Hyung, tunggu apa lagi?bukankah ini waktu yang sesuai untuk beritahu dia perkara sebenar?"Soal Gyu.Soobin tetap tidak berganjak sambil matanya masih lagi memerhati Rose yang semakin menghilang dari pandangannya.

" Pergi kejar dia dan terangkan segalanya.. Buktikan kalau hyung bukan pengecut yang sebenar."Kata Beomgyu memberi semangat.

Soobin terdiam seketika sebelum mula berlari mengejar langkah Rosebelle.

"Thanks Gyu.."


TBC.

A/n ;Stay safe at home okay?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top