Bab 12

Don't easily fall in love or you will get hurt easily too.

–————

Author pov-

Soobin berjalan mundar-mandir dalam biliknya.Hatinya berasa tidak tenang sejak keputusan yang dibuatnya sendiri.

"Paboya!kali ni kau betul-betul buat Rose terluka." Omel Soobin sendirian lalu melabuhkan punggung di kerusi rehatnya.Mukanya diraup kasar seraya mengeluh halus.

Telefon yang berdering segera dibuka.Dia berfikiran ada mesej dari Rose tetapi sangkaannya meleset.Wajah yang sedikit ceria bertukar keruh semula.

"Haih,ni lagi sorang..tak habis-habis ajak aku keluar teman pergi shopping." Mesej dari Lia dibaca tanpa membalasnya lalu telefon Iphone X1 miliknya dicampak ke atas katil.

Tiba-tiba, memori seminggu sebelum majlis graduasinya berputar semula.Hal itu sehingga kini masih lagi bermain seperti kaset rosak dalam fikirannya.

Flashback-

S

oobin melangkah ke arah pejabat ayahnya dengan perasaan gementar.Dia perlu memberitahu ayahnya secepat mungkin sebelum pertunangannya dengan Lia dilanjutkan ke alam perkahwinan.


Pintu pejabat ayahnya diketuk terlebih dahulu sebelum memasukinya.

"Eo?Soobin,bukankah ayah dah bagi kamu rehat harini dan tak perlu datang kerja?" Soal Tuan Choi kebingungan.

Soobin menarik nafas dalam sebelum melabuhkan duduk di kerusi berhadapan ayahnya.

"Sebenarnya..ada hal yang perlu Soobin beritahu sebelum keadaan jadi lebih teruk." Jawab Soobin sambil memandang tepat ke arah mata ayahnya.

Ya,dia sudah bertekad untuk memberitahu tentang hubungan rahsianya dan segera memutuskan tali pertunangannya dengan Choi Lia yang merupakan sepupunya.

"Jadi lebih teruk?Apa maksud kamu?''Soal Tuan Choi sambil bermain dengan jemarinya.

"Soobin nak putuskan pertunangan ini dan teruskan hubungan bersama—"

"Rosebelle? Gadis sederhana tu?" Pertanyaan Tuan Choi menyebabkan Soobin sedikit terkejut.Bagaimana pula ayahnya mengetahui tentang Rosebelle?

Tuan Choi bangun dari duduk lalu berdiri menghadap ke arah tingkap pejabatnya yang memaparkan keindahan pemandangan kota raya Seoul.

"Ya..Soobin ada simpan hasrat untuk jadikan Rose sebagai isteri Soobin selepas dia tamat pengajian di universiti nanti.Sebab itu—"

"Boleh,tiada masalah."

"Apa?" Soobin menjadi teruja mendengar jawapan ayahnya tetapi riak wajahnya masih dikekalkan biasa.Dalam hati,dia sudah melompat kegembiraan bahawa ayahnya sudah merestui hubungannya.

"Ayah tak kisah kalau kamu nak putuskan pertunangan ini sekalipun dan ayah tak rugi satu sen pun.Tapi,ingatlah.."

Tuan Choi Soo Jin menjedakan ayatnya sebelum melangkah ke arah anaknya lalu menunduk seperti ingin berbisik.

"Keselamatan budak Rosebelle tu tak akan terjamin selagi kamu berdua masih bersama."

Ayat yang seterusnya membuatkan riak wajah Soobin bertukar serta-merta.Tajam sahaja anak matanya menikam wajah ayahnya.

"Jangan apa-apakan Rose!"

"Okey,tapi kamu kena ingat apa yang ayah nasihat tadi. Arasseo?"

End flashback-

"ARGH!!" Soobin menjerit lalu menjatuhkan semua bukunya yang terdapat diatas meja belajar.

Fikirannya sekarang bertambah serabut.Dia fikir perkara akan jadi lebih baik malah tambah lebih buruk.

Cincin di dalam kotak merah yang terdapat di atas meja di sebelah katilnya direnung lalu diambil.

"Mianheyo Rose.." Kata Soobin sebelum air matanya mula mengalir.

.
.
.
.

Rosebelle pov-

Aku duduk di meja belajar sambil termenung melihat ke arah luar tingkap.Telefon yang berada di tangan ditilik lalu ruangan kenalan dibuka.

Soobiniee >3<

Haih,kenapa aku sibuk nak mesej dia pula?Dia dah tak ada kaitan dengan aku.Bila fikir semula rasa sakit hati aku lagi bertambah bila Soobin tak ada langsung nak halang aku ke apa.

Dia terus setuju untuk break up dengan aku.Kenyataan yang pedih tapi itulah realiti yang aku kena terima.

Dari friendship ke lover dan ke strangers.

Ketukan di pintu menyedarkan aku yang sudah jauh mengelamun ke alam lain.Aku toleh memandang ke arah figura yang memasuki bilikku.

"Yeonjun menganggu Rose ke?" Tanya Yeonjun sebelum melangkah mendekati aku.

"Adalah sikit.. Kau nak apa?" Tanya aku pula sambil memandang ke arahnya yang mula menunduk.

"Boleh tak benarkan Yeonjun buat kerja separuh masa?Lagipun,Rose dah banyak tolong Yeonjun.Jadi,Yeonjun nak balas jasa Rose dan Kai."
Kata Yeonjun lagi sambil bermain jemarinya.

Aku melepaskan tawaan kecil.Yeonjun pula sudah mengangkat muka memandang aku.

"Kucing bekerja ke?" Soalku dan mendapat gelengan dari Yeonjun.

"Bolehlah Rose.Benarkan saya berkerja sementara kita cari penawar untuk hapuskan sumpahan ni sepenuhnya."

Aku berfikir sejenak.Kalau dia kerja,bagus juga.Sekurang-kurangnya, mama dan papa tak akan bertanya banyak tentang dia.Betul tak?

Lagipun,Kai cakap  dekat mama dan papa yang Yeonjun ni kawan baik dia yang baru habis belajar di Amerika dan datang ke Seoul untuk meluangkan masa bersama Kai sementara menunggu tawaran bekerja tetap.

Jadi,tak salah kalau aku benarkan dia bekerja.


"Hmm,okey." Jawabku ringkas.Yeonjun yang mendengar jawapan setuju dari aku terus melompat kegembiraan dan secara refleks memelukku.

"Wah,terima kasih Rose!" Katanya sambil masih lagi memeluk aku.Aku cuba menolaknya selepas jantung aku sekali lagi berdegup seperti nak tercabut dari badan aku.

"Ehem.." Deheman seseorang menyedarkan kami berdua.

"Noona,ada benda yang Kai nak bincang dengan noona .Sekarang."

Aku memandang ke arah Kai yang sudah berlalu ke biliknya lalu pandang pula ke arah Yeonjun lalu dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Kemudian, tidak menunggu waktu yang lama aku turut memasuki bilik Kai tanpa diikuti oleh Yeonjun.


TBC.

A/n:Hmm?Teruskan menunggu untuk bab berikutnya.Yeah!






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top