Bab 1
Rosebelle pov
Aku meletakkan alatan mengecat di sebelahku untuk mengambil telefon yang berdering dari dalam poket apron yang aku pakai.
Nama pemanggil yang tertera buat aku tersenyum sendiri. Tanpa membuang masa,aku terus menekan simbol hijau.
"Yeobseyo.. "
"Rose, saya ni.. Saya ada dekat luar studio art sekolah. Awak masih di dalam ke? "
Aku agak terkejut lantas aku bangkit dan menuju ke tingkap dan dapat aku melihat Soobin sedang melambai aku dari arah luar.
"Kenapa tak masuk? "Aku menyoalnya di hujung talian sambil melihat ke arahnya.
"Saja, lagipun saya nak ajak awak balik memandangkan hari pun dah semakin gelap. "
Balasnya lalu tersenyum manis ke arahku.
"Yeke? Kalau macamtu tunggu saya sekejap. Saya nak kemas barang cat saya dulu. Tunggu kejap tau! "
Kataku sebelum menutup panggilan darinya. Kemudian, aku terus bergegas mengemas semua barang cat aku. Nanti sajalah aku basuh. Taknak biar Soobin tunggu aku lama sangat.
Ryujin yang merangkap kawan baikku aku pandang sekilas sebelum menyambung kemas beg sekolahku.
"Ryu, aku balik dulu ya? Soobin dah tunggu aku di luar. Kau pun patut balik. Esok jelah sambung lukis tu. "
"Yelah.. Aku nak siapkan sikit saja lagi. Bukan apa, aku malas dah nak balik lewat semata-mata nak siapkan benda alah ni. "
Jawabnya tanpa menoleh ke arahku. Aku dah masak dengan sikap Ryujin yang terlebih rajin ni.
"Hmm, yelah. Take care. "
Aku menepuk bahunya sekilas sebelum bergerak keluar dari studio tersebut.Aku berhenti sekejap depan pintu. Entah kenapa hati aku ni berdebar semacam.
Aku berjalan ke arah dia yang sedang berdiri membelakangi aku secara perlahan dan menutup matanya dari arah belakang.
Aku struggle juga nak jengket lepastu nak tutup mata mamat ni. Tapi, benda ni dah jadi macam tabiat aku setiap kali aku nak kejutkan dia macam ni.
"Guess who? "
Aku tanya soalan cepumas. Aku dapat dia tergelak lalu berpusing menghadap aku.
"Bunga Rose? "Soalnya balik. Aduh, orang tanya dia,dia tanya orang balik.
Aku tidak menjawab,hanya sekadar tersenyum. Setiap kali dia panggil aku Rose,aku asyik tersenyum macam kerang busuk. Sebab apa? Sebabnya, orang lain tak panggil aku Rose, kengkawan dan family aku pun panggil aku Belle.
Jadi,aku rasa macam panggilan ni special juga lagi-lagi Soobin yang panggil.
Dia terus menarik tangan aku untuk berjalan pulang. Sudah hampir seminggu sebenarnya,aku tak jumpa dia.
Soobin ni senior dan juga merangkap lovers kepada aku. Memandangkan tahun ini, dia ada peperiksaan penting, aku taknak kacau dia sangat.
Kami sekadar diam sepanjang perjalanan pulang. Sedar tak sedar, aku dah sampai dekat depan rumah.
"Dah sampai..sekejap betul masa berlalu."Kataku seraya menunduk kecewa.
Soobin tersenyum nipis. Dia menarik aku ke dalam dakapannya secara tiba-tiba.Jantung aku macam baru habis lari 100 meter dah ni.
"Kalau ada masa dan peluang nanti, kita keluar sekali. Maaf Rose. "
Aku juga balas pelukannya seraya mengerutkan kening. Maaf?
"Maaf? Untuk apa? Awak tak salah pun.Saya tak kisahlah.Saya cuma nak awak lebih fokus dekat masa depan awak tu betul-betul. "
Kata aku dengan nada tegas. Mesti dia tertekan sekarang. Yelah, lepas habis belajar nanti, Tuan Choi nak dia warisi syarikat diorang pula.Jadi,aku taknak dia rasa lagi tertekan bila dia tahu aku sedih ke apa.
"Maaf sebab hubungan kita tak macam orang lain. Maaf sebab masih rahsiakan hubungan ni. Saya dah pernah beritahu awak kan yang ayah saya tak mahu saya ada kekasih untuk waktu sekarang. "
Aku mengangguk faham.
"Sudahlah, saya faham. Tak perlulah minta maaf lagi. Dah lewat ni,awak pun patut balik. "
Aku melepaskan pelukannya dan menepuk bahunya sebelum berpusing untuk melangkah masuk ke dalam kawasan rumah.
"Rose, saya penat kadang-kadang nak jumpa awak senyap-senyap. Saya tak sanggup lihat awak tak bahagia bila dengan saya. "
Kata-katanya buat langkah kaki aku terhenti. Apa dia nak cakap sebenarnya?
"Kita putus? "
Soalannya buat aku terus berpusing ke arahnya dengan air mata aku mula nak bertakung.
"Tapi, kenapa? "Aku soal dia dengan nada yang sudah bergetar tapi tidak lama kemudian,dia ketawa.
Aku memandangnya dengan riak pelik. Dia cuba main-main?
"Rose, awak janganlah serius sangat. Saya bergurau jelah. "Jawabnya sebelum kembali ketawa.
Sampai hati dia buat lawak benda macam ni.
"Hish. Sudahlah saya nak masuk. Nak merajuk. "Aku segera masuk tanpa menoleh kearahnya. Sakit hati!
"Yelah, jaga diri Rose! Jangan mimpi apa-apa. Tidur lena."
Pesannya sebelum pulang ke rumah.
TBC.
A/n:Untuk FF kali ini, bahasa yang saya gunakan adalah santai. Saya harap korang seronok membaca. Tunggu untuk bab yang akan datang. Stay Tuned!
Random Tags.
MariusLazar0.vaempire_.bby_pwinses.sheenyaww.yannvtae.da-rin.crushleus.wani_1507.zatiymou.hwangtimental.Adhiaaa.SheraHanim27.mochijungchim.leeochuu.nialyini.snowflwr.shaakook.-Kayla_Hyunjie-.N0TBTS.baerose-.ongnable01
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top