7

Hari demi hari sejak kembalinya Jhope dari China, dunia aku dah kucar kacir. Jhope yang tak reti bahasa harap je belajar tinggi-tinggi tapi masih tak faham maksud

Jangan kacau saya !

Semua staff Jung Holding dipanggil ke bilik mesyuarat. Jennie ada cakap yang meeting kali ini nak bincang pasal trip ke pulau jeju minggu depan. Dia kata dalam setahun akan ada dua kali free trip ke mana mana yang disponsor Jung Holding

" Selamat pagi. Maaf saya terpaksa menghentikan sebentar pekerjaan anda semua. saya nak cakap pasal trip kita. Macam yang korang tahu transport ada disediakan tapi kalau ada yang nak gerak sendiri tolong bagitahu okay "

" Trip ni adalah wajib buat semua staff. Nak bawa keluarga bagi yang berkeluarga boleh tapi jangan lah bawa satu bas. Bangkrap lah Jung Holding " Ayat terakhir nya mendapat sambutan dari seluruh staff disini kecuali aku

Tak happy bila kena hadap mamat playboy ni time cuti. Tiga hari pulak tu.

" Bos kalau nak bawa awek boleh ke ? " Soal seorang staff yang bernama Choi Seungcheol

" Kalau nak bawa awek belanja sendiri " Dia menjawab dengan nada gurau

Dan, hampir satu jam juga bincang pasal itu ini at the same time Jhope tetap mahu mengetahui pasal perkembangan syarikatnya dan masalah yang sedang dihadapi syarikat mahupun staff itu sendiri

Aku mengaku dia seorang boss yang bertanggung jawab

" Hi Honey jum lunch " Suara lelaki yang sering menggangguku menyapa pendengaranku

" Berapa kali saya nak cakap dengan boss ni. Im not your honey !! " Dengan nada naik seoktaf aku menjawab. Kerja yang aku sedang buat tergendala sebentar.

Macam mana nak fokus kalau dia ni asyik nak kacau aku je

" Yes you are, and always will be " Nyatanya membuatkan aku semakin geram.

" Sekarang jum lunch. Saya dah suruh jennie lunch dengan orang lain. Dalam masa lima minit saya nak awak dah ada dekat bawah. Kalau tak saya akan angkat awak turun. biar semua nampak " Ujarnya sambil tersenyum sinis.

" Ish yelah! Suka sangat paksa orang " Aku menjawab sambil mengambil beg tangan dibawa meja, kemudian melangkah ke pintu

" Ha jum lah tercegat macam patung cendana dekat pintu saya kenapa " Kata aku geram, dah lah main paksa orang lepas tu still nak tercegat lagi dekat sini

" Inilah sebabnya aku sukakan kau. Jum "  Ujarnya lalu mencuit pipiku, aku mendegus geram.

Kami melangkah sama ke lift

• • •

Vacation time

Sampai sahaja dipejabatku, sudahku nampak tiga buah bas yang akan membawa semua staff ke lapangan terbang. Ada juga yang membawa family mereka bersama. Anak anak kecil yang sedang berlari pun dapatku lihat diruangan lobi syarikatku ini

" Okay Oppa. Rose gerak dulu " Ucapku setelah satu travel beg dipakai dibelakangku. Handbag ditangan Sungjoon Oppa telahku ambil. Sempat dia mengucup pipiku

" Takecare okay ? Dah sampai call Oppa ke Omma Ke Appa ke. Have fun dear " Ujarnya. Aku mengangguk lalu melangkah pergi

" Hi Rose. Siapa yang kiss pipi awak tadi tu. Teman lelaki awak ke ? Handsomenya " Aku ditegur oleh Jisoo. Jennie disebelahnya mengangguk anggukkan kepalanya

" Yang kau ni dah kenapa Jennie dah jadi burung belatuk ke? " Kataku bergurau

" Ish betul ke tu Boyfriend awak ? " Jennie menampar lembut lenganku. Lalu menyoal kembali

" Bukan lah. Tu my second brother. Dia memang manjakan saya macam tu pun " Terangku.

Sejurus itu aku lihat Mingyu sunbae terus memanggil semua staff untuk berkumpul dihadapannya. Aku memandang kehadapan. Tapi tidak pulak aku nampak kelibat mamat itu

Selesai pembahagian nama dalam bas kami bergerak ke bas masing masing tetapi aku dipanggil oleh Mingyu sunbae

" Ada apa sunbae ? Ada masalah ke ? " Soalku setelah berada dihadapannya

" Iya Rose saya tertinggal kita punya list untuk bilik masa kat sana nanti. Boleh awak tolong saya. Ambilkan ? Saya nak kena handle bas tu sekejap. Manatahu tak cukup tempat ke apa "

" Ohh boleh. Saya ambilkan dulu " Benda senang kalau member satu office minta tolong apa salahnya dan aku terus  melangkah ke arah lift

• • •

" Kim Mingyu Sorry saya lambat. Ada masalah sikit tadi. Jadi macam mana dah ready semuanya ? " Soal Jhope kepada Mingyu yang sedang menunggu semua orang naik kedalam bas

" Semua okay je boss. Tinggal Rose Je ni saya minta tolong dia ambilkan barang saya yang tertinggal kat atas tadi. Dia sampai bass ni boleh lah gerak. Lagipun dua buah bas baru je gerak "

" Tak apa kalau macam tu gerak je dulu, about Rose dia akan ikut saya jumpa kat sana nanti " Ujar Jhope ceria. Yelah dah ada peluang nak naik kereta dengan buah hati dia

" Kalau bos dah cakap macam tu. Baiklah. Kami gerak dulu " Ujar Mingyu lalu masuk kedalam bas itu. Beberapa minit kemudian bas itu pun bergerak meninggalkan kawasan syarikat itu

Jhope melangkah kembali ke kereta dan menunggu kehadiran Park RoseAnne

Ting!

Bunyi lift yang sudah sampai ke lobi kedengaran. Rose melangkah keluar dari lift dan dia pelik bila bayang bas dan staff Jung Holding tak ada.

" Diaorang tinggalkan aku ke ? Sampai hati " Gumamnya sendirian.

Rose melangkah keluar dengan muka mendung. Fail ditangan ditenung.

" Ehem Ehem " Suara deheman yang kuat dari seseorang menyentakkan Rose dari mood sedih tadi. Rose memandang ke arah itu. Gulp! Its Jhope

Lelaki itu melangkah ke arahnya dan Rose Still tak bergerak kaki suddenly mulfunctioned. Tiba sahaja Jhope dihadapannya betul betul dihadapannya and Rose only can see his body

" Hi Honey " Tetapi Rose tak balas, body sistem shut down agaknya tangan Jhope yang memegang pipinya buatkan Rose terkejut dan tindakan refleks pun terhasil bila Rose Kebelakang

" What were you thinking honey? Jumlah kita gerak, we are far behind the two busses "

" Hmm, tapi kenapa diorang tinggalkan saya, sampai hati " Rose membuat muncung dan membuatkan Jhope Ketawa kecil

" Saya pun tak tahu lah. Ni pun nasib baik saya singgah pelik juga nampak awak kat sini, takpe nanti saya sound si mingyu tu. okay honey? Now jum gerak " Ujar Jhope.

" Okay but i remind you one thing. Im not your honey. Im Rose " Amaran gadis kecil molek itu.

" Well one day you will after you be my lady " Jhope membongkokkan badannya itu seperti penyambut tetamu

**

Park Seojoon as Park Sungjae first brother Rose

Lee Jongsuk as Park Sungjoon second brother Rose

Dua dua bias aku ahahahahaha.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top