+ t u j u h +
Hoseok's
Aku berjalan pulang ke rumah Halmeoni berduaan dengan Hyunbi . Tak guna , yang lain sudah pun pulang dahulu meninggalkan kami berdua . Alah Hoseok ni , cakap jelah kau suka kan berduaan dengan Hyunbi .
Sampai sahaja di perkarangan rumah Halmeoni , kelihatan 6 lelaki sedang bermain lempar selipar . Yang paling gempak , Yoongi hyung yang paling bersemangat baling selipar .
' pak !! '
" Hahahaha Jungkook out ! Yeay kita menang ! " Yoongi berlari sekeliling laman rumah Halmeoni sambil buat gaya macam baru lepas menang fifa world cup .
Yoongi kemudian berhigh five dengan Taehyung and Jimin . Mungkin mereka satu kumpulan manakala Jin , Namjoon dan Jungkook hanya memeluk sesama sendiri bagi menenangkan diri masing-masing sebab kalah baling selipar .
Kami berjalan menuju ke arah mereka . Jungkook yang perasan kehadiran kami terus melapor kepada yang lain .
" Hyung ! Tu Hoseok hyung dengan Hyunbi noona dah balik ! "
Yang lain lantas memandang kami berdua selepas mendengar laporan yang dibuat oleh Jungkook . Mereka memandang kami dengan pandangan penuh makna .
" Woah Hoseok , erat betul kau genggam tangan Hyunbi " Jin mengangkat sebelah keningnya sambil menunjuk ke arah tangan aku .
Aku melihat tangan aku . Baru aku sedar yang aku dan Hyunbi saling berpegangan . Dengan lantas aku meleraikan pegangan dan menggaru kepala aku yang tak gatal . Hyunbi pula segera masuk ke dalam rumah .
" Hahahaha tak sia-sia kiteorang tinggalkan kau dengan Hyunbi tadi "
Aku memandang Namjoon . Jadi diorang dah berpakat nak tinggalkan aku dengan Hyunbi tadi ? Aish tak guna dapat member macam ni . Tapi dalam hati bersyukur juga HAHA
" So korang memang dah plan lah nak tinggalkan aku ? Tak guna korang aishh "
" Halamak . Kau patutnya berterima kasih dekat kitorang tahu . So , menjadi tak hubungan korang ? Eh mestilah jadi kan ? Sebab korang balik siap berpegangan tangan gitu . Wuuu suwet sia ouch "
Aku dan yang lain memandang Yoongi dengan muka '😐' . Aku rasa Yoongi ni sejak datang sini makin sawan . Dah hilang segala swag . Makin childish dan makin gedik nak mampus . Ceh gurau .
" Haih yelah thanks hyungdeul , taeminkook . Sebab korang , aku dah berjaya bersatu semula dengan Hyunbi "
" Woah jinjja ?!!! Chukkahae Hoseok hyung ! Lepasni bolehlah jemput kitorang makan nasi minyak " Jimin memeluk belakang aku .
" Banyaklah kau , korea mana ada nasi minyak ! " Taehyung membidas ayat Jimin .
" Sukahati aku lah ! Sebab nanti wedding aku dengan Hunny ada nasi minyak ! Kan Hunny kan ? " Jimin memeluk pinggang Hunny yang muncul secara tiba-tiba .
" Aah lah Chim ! Korang datanglah nanti wedding kami . Ni saya dah jemput awal-awal " Hunny memberikan kad kahwin kepada semua ahli BTS .
" Datang jangan tak datang . Boleh perform lagu wonhae manhi manhi manhi " sambungnya sebelum hilang dari radar .
Maaf tersesat .
" Seok , aku nak tahu macam mana Hyunbi boleh terima kau ? "
Namjoon bertanya dan yang lain hanya mengangguk setuju . Aku memandang mereka lalu menceritakan kejadian yang berlaku .
<flashback>
" Ye Hoseok , saya ingat "
Kali ini , Hyunbi memandang tepat ke dalam anak mata aku terus menuju ke hati . Eh ?
Aku melarikan pandangan aku . Entah kenapa aku rasa takut untuk bertentangan mata dengannya . Aku hanya memandang baju aku yang berwarna hijau , warna kegemaran aku .
" Seok , gwaenchana kalau awak tak tunaikan janji tu pon . Saya sedar saya tak sesuai dengan awak . Awak seorang artis dari kumpulan yang terkenal . Saya cuma gadis biasa "
Hati aku tersentak . Aku rasa sakit bila Hyunbi berkata begitu . Lantas aku memandangnya semula . Aku melihat tubir matanya sudah dipenuhi dengan air mata . Aku meraih tangannya .
“ Hyunbi , saya pun lelaki biasa . Tiada yang luar biasa tentang saya . Saya pun teringin nak ada kehidupan macam manusia biasa .
“ Saya betul-betul cintakan awak , Kim Hyunbi . Dan saya nak kotakan janji saya dahulu . Saya nak kembali bersama awak ”
Aku memeluk Hyunbi erat . Jujur aku rindu untuk memeluknya . Merasai kehangatan tubuhnya pada badan aku . (pesal aku rasa pelik heh 🌚) Hyunbi membalas pelukan aku .
“ Saya pun cintakan awak , Hoseok ”
<end flashback>
✒✒✒
Hyunbi's
Aku berdiri di hadapan muka pintu untuk menghantar Hoseok dan kawan-kawannya pulang ke Seoul . Aku memerhati Hoseok yang dari tadi berbual dengan Halmeoni . Nampak macam serious je .
Aku malas untuk mengambil tahu lalu menuju ke arah Taehyung dan yang lain yang sedang ketawa kan Yoongi .
“ Hahahaha padan muka hyung ”
“ Diam ah tak guna !! ”
“ Kenapa ni ? ” Aku mencelah .
“ Ni hah Yoongi hyung terpijak tahi ayam ! Hahahaha tulah siapa suruh kacau ayam betina tu lagi ! ”
Aku menggeleng memandang mereka yang mentertawakan Yoongi . Yoongi pula dari tadi muka masam mencuka . Aku pergi ke arahnya lalu mengambil kasutnya yang terpijak tahi ayam .
“ Eh nak buat apa ni ? ” Mata Yoongi membulat .
“ Saya nak tolong basuhkan sekejap ”
“ Eh takpayahlah ! Nanti Hoseok ingat aku buli kau pula ! ” Yoongi mengambil semula kasutnya .
“ Takdalah . Sinilah sekejap je ”
Aku mengambil kasutnya semula dan segera menuju ke pili air untuk membasuh . Selesai membasuh , aku memulangkan semula kasut yang dah bersih itu kepada Yoongi si lembu .
“ Hehehe Gomawo Hyunbi-ya . Nanti aku berlanja kau ayam goreng spicy mcdonald ”
“ Sokey , no hal lah ! ”
“ Guys ! Dah jom gerak . Dah pukul 6.00 petang ni . Kang si sejin hyung cari kita pula . Halmeoni , mintak diri dulu ”
Jin memanggil anak-anak buahnya supaya berkumpul untuk pulang . Kemudian , dia bersalaman dengan Halmeoni yang dari tadi duk berbual dengan Hoseok . Hoseok meminta diri kepada Halmeoni . Aku berjalan ke arah mereka dan Halmeoni .
“ Seok-ah , ingat ya apa yang halmeoni pesan . Hati-hati pulang ke seoul . Jin , kalau mengantuk , jangan terus memandu ”
Halmeoni berpesan kepada Jin yang memeluknya . Wait ? Tadi halmeoni kata suruh Hoseok ingat pesan dia ? Apa pesanan dia ? Kenapa tak bagitahu aku sekali ?
Hoseok berjalan ke arah aku . Aku memandang ke arah dia yang tersenyum manis . Berat hati aku nak lepaskan dia ke Seoul semula . Tapi nak buat macam mana , dah kerja dia sebagai artis memang kena duduk sana .
“ Chagiya , oppa pergi dulu . Jaga diri ya . Nanti oppa datang lagi ~ Saranghae ! ”
Chagi ? Oppa ? Ohmaigoshhh rasa nak pitam nunmul . Hoseok mengusap rambut aku lalu mencubit pipi aku .
“ Ouch sakitlah ! Janganlah !! Haish yelah . Oppa pon take care juga ! Jangan curang tauuuu ! Nanti hyunbi cincang-cincang oppa sampai hancur ! ” Aku mengungutnya . Hoseok hanya tertawa .
“ Amboi garangnya ! Garang pon comel . Yelah oppa tak curang . Oppa dah ada chagi pun ”
“ WOIII SEOK ! TAKPAYAHLAH NAK BERGULA SANGAT ! ORANG DAH PENAT TUNGGU HENGKO BUAT DRAMA GULA . DAH DAH JOM ! ”
Namjoon berteriak dari dalam kereta . Yang lain pun dah memanggil Hoseok untuk masuk ke dalam kereta . Hoseok membuat muka cemberut sebelum memandang aku semula .
“ Annyeing chagi ! Annyeong halmeoni ! Jumpa lagi ! ” kata Hoseok sebelum masuk ke dalam kereta . Aku hanya memerhati kereta yang dipandu Jin bergerak pergi sebelum hilang dari pandangan mata .
Aku memimpin halmeoni masuk ke dalam rumah . Halmeoni pula dari tadi tidak lekang dengan senyuman di mulut . Dah angau ke Halmeoni aku ? Dengan BTS pon terpikat ke ? Agagagagaga
✒✒✒
Hahaha
Instant idea be like . . .
K bye :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top