+ e m p a t +
Sebelum nak baca tu , tekanlah VOTE dulu .
ㅠㅠ
Ok enjoy ~
Hoseok's
Selesai perjumpaan bersama peminat , Bangtan bergerak pulang ke dorm mereka . Perjalanan yang mengambil masa satu jam hanya diiringi bunyi dengkuran Namjoon dan ahli lain yang sedang lena kepenatan . Kecuali aku yang masih terjaga .
Aku memandang ke luar tingkap . Fikiranku asyik memutarkan kejadian yang berlaku tadi . Sejujurnya , aku sangat merindui perempuan itu , Hyunbi . Aku ingin memeluknya erat dan melepaskan segala rindu aku padanya .
“ Hah bogoshipda ” aku mengeluh .
“ Hoseok-ah , gwaenchana ? Kenapa kau mengeluh ? ”
Jin hyung menegur aku . Lah aku ingatkan semua dah tidur tadi .
“ Hyung tak tidur ke tadi ? ”
“ Tidur lah juga tapi tak lena . Kau kenapa mengeluh tadi ? Rindu siapa ? ”
“ Takda apalah hyung . Aku just rindu omma ngan appa aku hehe ” Aku tersenyum palsu .
“ Nae ? Bukan baru ke kau jumpa dorang tadi ? Aku tahu kau tipu , Hoseok ” Jin hyung memandang aku serious . Aish tak berani aku bertentang mata dengannya .
“ Ini mesti pasal perempuan yang kau jumpa kat fanmeeting tadi kan ? Dia ke ex kau dulu ? ” sambungnya lagi .
Aku membuat muka 'hoshOOk' . Jin hyung perasan ke aku pandang Hyunbi tadi ?
“ Ya dia ex aku dulu . Hyung , aku rasa bersalah sebab buat dia tertunggu-tunggu dengan janji aku ”
“ Janji apa ? ”
“ Janji untuk aku dengan dia kembali bersama ”
“ Ohyemji Hoseok hyung ? Biar betulll ?! Siapa perempuan tu ? ”
Jungkook tiba-tiba mencelah . Wait , bukan dia tengah tidur ke dengan yang lain ?
Aku memandang ke arah member yang lain . Alangkah terhoshOOknya aku melihat yang lain sudah pun terjaga dan memandang aku dengan pandangan 'cerita-tak-ajak-babi' . Eh dah sampai dorm rupanya ?
“ Korang ni tak reti turun ? Ke nak tidur dalam kereta ? ” Manager hyung menegur kami semua .
“ Hehehe jap ya Hyung . Anyway Jin hyung , esok boleh tak temankan aku pergi suatu tempat ni ? ” Aku memandang Jin hyung dengan penuh harapan agar dia setuju .
“ Pergi mana ? Ermm okey ”
“ Heol . Ajak Jin hyung je ? Nak juga ikut !! ”
“ Aku pon nak ikut ”
“ Aku pon ”
“ Senang semua jelah pergi heh ” Namjoon menyampuk .
“ Mwoo ?!! ” Aku membuat muka hoshOOk yang dah ke berpuluh kali .
💜💜💜
Hyunbi's
Good Morning ~! Aku bangun dari tidur lalu segera masuk ke bilik air . Selepas bersiap , aku menuju ke dapur untuk membuat sarapan pagi untuk halmeoni aku yang tercinta .
“ Morning halmeoni ” Aku menegur halmeoni yang baru keluar dari biliknya . Halmeoni membalas dengan memberikan senyuman manisnya .
“ Halmeoni duduklah dulu . Hyun masakkan sarapan untuk halmeoni jap ”
“ Hyunbi ya , sini kejap ” Halmeoni memanggil aku supaya pergi ke arahnya .
“ Waeyo ? Hyun tengah masak ni ”
“ Sekejap sahaja . Sinilah kat halmeoni ni ”
Aku memperlahankan api agar tidak hangus . Kemudian , aku menuju ke arah halmeoni yang sedang duduk di ruang tamu .
“ Nae , ada apa halmeoni panggil ni ? ” Aku melutut di hadapan halmeoni sambil menghadapnya .
“ Nah , ini untuk Hyun . Saengil chukkahae cucu halmeoni yanh lawa ni ”
Halmeoni menghulurkan sebuah kotak kecil . Aku terkaku seketika .
“ Hal..m.mmeoni .... ” Aku memeluk halmeoni lalu menangis . Terharulah katakan .
Kemudian , aku meleraikan pelukan lalu membuka kotak kecil yang halmeoni bagi . Di dalamnya ada seutas gelang yang diukir dengan nama aku dan sebaris ayat 'you never walk alone' .
“ Halmeonim , lawanyaaa ~ Jeongmal gomawoyooo ! Saranghaeeee ”
Aku memeluk halmeoni buat kali kedua . Jujur , aku sendiri tak pernah ingat hari lahir aku sendiri selepas aku kehilangan kedua-dua eomma appa aku . Ada pon sambut dengan Hoseok masa kami bersama kemudian dah tak lagi . Rasa macam aku ni tak layak sambut hari-hari istimewa ni .
“ Hyunbi-ah , kalau halmeoni dah takda , Hyunbi jangan sedih ya , sebab halmeoni sentiasa ada dengan Hyunbi walaupun Hyunbi tak nampak halmeoni . Hyunbi tak pernah keseorangan . Halmeoni juga doakan agar Hyunbi dipanjang umur . Hyunbi layak untuk hidup dengan baik ”
“ Aii halmeoni . Jangan cakap macam tu . Halmeoni tahu kan Hyunbi dah takda siapa-siapa . Hyunbi cuma ada halmeoni ja . Hyunbi sayang halmeoni . Jangan tinggalkan Hyunbi ”
Aku menangis di bahu halmeoni . Halmeoni mengusap rambut aku perlahan .
“ Ya sayang , halmeoni akan ada dengan Hyunbi . Cuma tak janjilah hehe . Dah-dah jangan nangis lagi . Nanti ada juga makanan yang hangus ”
Aku meleraikan pelukan lalu memandang halmeoni . Halmeoni mengesat air mata aku lalu memberikan aku senyuman . Aku kemudian pergi semula ke dapur lalu mencuci muka aku di sinki sebelum sambung memasak .
💜💜💜
Aku duduk di dalam bilik sambil bermain dengan komputer riba . Sambil itu aku mendengar lagu BTS dengan menggunakan earphone . Aish rindu Hoseok .
Mesti ramai tertanyakan , aku ni tak kerja ke ? Well aku bekerja okey . Aku buat kerja secara atas talian . Online shop bak kata orang moden zaman kini . Dengan kerja plus duit peninggalan appa aku jelah untuk aku dapat duit untuk sara aku dan halmeoni , beli tiket bts dan untuk biaya per-----
“ Hyunbi-ah , patutlah orang panggil tak dengar . Telinga tersumbat rupanya . Tu hah kat luar ada orang datang cari kamu ” Halmeoni menerjah masuk ke dalam bilik aku .
“ Hehehe mianhae . Siapa halmeoni ? Eik takkanlah customer Hyunbi datang sampai ke rumah ? ” Aku mengerutkan dahi aku . Siapa yang tetiba cari aku pula ni ?
“ Aigoo jangan berkerut sangat dahi tu . Pergilah tengok sendiri kalau nak tahu ”
“ Yelah yelah . Kejap ”
Aku memperkemaskan diri aku sebelum bertemu dengan orang tu . Heh kena lah nampak kemas kan kalau tak kena kecam .
Aku kemudian segera menuju ke ruang tamu . Sesampai sahaja aku di ruang tamu , aku terkaku .
“ Hho--hoseok ?! ”
💜💜💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top