PROLOG

"Verdammt! Shit! How dare he messed with my treasure!"

Ruangan bilik hotel yang mewah itu dihujani dengan kata-kata kesat. Dengusan penuh amarah serta kata-kata berbaur ancaman dihamburkan oleh seorang lelaki bertubuh sasa. Lelaki itu mengepal penumbuk, dirinya seolah-olah sudah bersedia untuk menyerang sesiapa sahaja yang mencari nahas dengannya.

"Hez, calm down!"

Seorang lagi lelaki yang sejak tadi menjadi pemerhati lelaki yang digelar Hez itu menegur. Kecut perutnya melihat amarah lelaki itu. Hez ibarat harimau yang terlalu lapar untuk menunggu mangsanya terleka. Tahap kesabarannya sudah sampai ke tahap maksima.

Dijelingnya Alex yang duduk di atas sofa kulit tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"You're telling me to calm down?! That old man crossed the line, Benjamin! And I'm not letting him go again!" keras suara itu menjawab. Tulang pipinya bergerak-gerak. Urat pada wajahnya sudah mula timbul.

"Kau sendiri yang kata kita hanya perlu jadi pemerhati dan tak perlu masuk campur," balas Alex.

"Not after what had he done to her! This time, I'll take care of this thing with my way. We're not letting it passed anymore," Hez menjawab. Langkahnya diatur menuju ke sofa sebelum dia menghumban badannya ke atas sofa tersebut.

"Kau nak buat apa?" Alex menyoal. Sebelah alis keningnya terangkat sedikit.

Bibir Hez terjongket. Mengukir senyum sinis yang penuh dengan makna.

"No, Hez Mikayl! Don't give me that smile!"

Alex menegah. Melihat senyuman Hez, dia bagaikan sudah tahu apa yang berlegar-legar di dalam minda kawan baiknya itu.

Yang pastinya, bukan sesuatu yang mudah.

Hez pandang ke arah Alex. Matanya tepat pada anak mata lelaki itu.

"I'm going to take back what belongs to me. Enough of waiting and watch like an extra, Benjamin. It's time for us to be the main lead," Hez berhenti seketika, dagunya diusap. Bagaikan berfikir sesuatu sebelum dia menyambung ayatnya.

"No, it's time for me to be the main lead," Hez mula berdiri. Dia mendekati Alex. Bahu lelaki itu ditepuknya berkali-kali.

"Come on, Benjamin! We got work to do," suara Hez lantang sebelum dia menyarung kot kelabu asapnya yang diletakkan di atas sofa.

Alex hanya menurut. Langkah Hez yang keluar dari bilik hotel ini diturutinya. Apa saja idea lelaki itu akan dia turuti. Kerana dia tahu, lelaki bernama Hez Mikayl Deneuve itu tidak akan pernah tersilap langkah. Malah, lelaki itu akan sentiasa maju beberapa langkah berbanding orang lain. Sebab itulah dia tidak pernah meragui Hez.

Kereta Hez berhenti di hadapan sebuah kelab malam yang terletak di hujung bandar. Kawasannya agak terpencil namun tempat itu masih kelihatan penuh. Berduyun-duyun pelanggan yang keluar masuk dari kelab tersebut. Semuanya pelbagai rupa dan ragam. Ada yang pada awalnya masuk berseorangan tiba-tiba keluar berdua bersama jantina yang berlainan. Ada yang masuk dengan penampilan kemas tetapi apabila hendak keluar dari kelab malam itu, sudah terhuyung-hayang.

Mabuk, sudah pasti.

Ada juga yang dihumban keluar ataupun dibelasah akibat kalah dalam pertaruhan. Tempat itu tidak ubah seperti neraka dunia. Tempat di mana insan-insan yang terlalu leka dengan nikmat dunia bergelumang. Yang pasti, tujuan Hez ke sana bukanlah kerana dia hendak berjoli. Itu bukan dirinya. Hez datang dengan satu tujuan, iaitu untuk mencari sesuatu miliknya.

Kaki diatur masuk ke dalam kelab malam tersebut. Dari jauh lagi Hez sudah dapat dengar bunyi bising akibat muzik yang dipasang dengan kuat.

"Ugh!" dia lepaskan keluhan. Automatik tangannya menutup hidung. Bau alkohol yang memenuhi segenap ruang kelab malam itu masuk ke dalam rongga hidungnya.

Hez pusingkan badan untuk menghadap Alex yang ada di belakangnya. Kelihatan lelaki itu sedang mengangkat segelas vodka bersamanya. Entah dari mana Alex dapat benda itu. Masuk-masuk saja dalam kelab terus capai arak.

"What exactly are you doing?," Hez bertanya pada Alex. Mencerun matanya memandang Alex.

Alex yang mendengar kata-kata Hez itu tayang wajah selamba. Dia menggoyang-goyangkan gelas tersebut dengan perlahan. Kemudian mulut gelas itu didekatkan dengan hidungnya.

"A beautiful waitress gave this to me. They served cheap vodka here? I never smell something like this before. Is this even authentic?" ringkas lelaki itu menjawab. Siap dengan komennya yang jelas berunsur riak. Berkerut-kerut dahi Alex mencium bau minuman keras tersebut.

"Too bad, they should have serve whiskey," sekali lagi Alex mengomel.

Hez gulingkan anak mata. Nasib baik dia tahu bahawa Alex sudah lama tinggalkan tabiat minum araknya itu. Kalau tidak, sudah lama disepak terajang oleh Hez. Gelas yang dipegang Alex dirampas oleh Hez. Kemudian gelas tersebut diletakkan di atas meja bar berdekatan mereka.

"Focus, Benjamin! You're not here to get drunk, right?" Hez bertanya. Matanya tajam memandang Alex.

Alex tayang sengih, "ya, ya. Aku tak minumlah, gila nak teguk air kencing syaitan tu? Tak pasal-pasal kena seksa. Just kidding, bro. It's too intense in here," jawab Alex sambil mengipas-ngipas wajahnya. Dalam hati sudah berdoa agar Hez tidak memarahi dia. Menyesal pula buat lawak bodoh dalam situasi sebegini.

Hez tidak menghiraukan Alex sebaliknya dia terus berjalan lurus ke arah satu sudut yang sedikit tersembunyi dari ruang utama kelab malam ini. Langkah mereka mendekati tangga yang menghubungkan aras bawah dan aras atas kelab tersebut. Panggilan lembut dan tarikan wanita-wanita yang pakaiannya serupa tidak cukup benang itu tidak mereka hiraukan.

Perks of being hot and attractive!

Mana-mana wanita pun akan tergoda.

"Tunggu!"

Baru saja hendak menaiki anak tangga tersebut, Hez dan Alex ditahan oleh dua orang lelaki. Gayanya seperti pengawal yang menjaga bahagian tersebut.

"Kalau takde akses VIP tak boleh naik," tegah seorang lelaki berkepala botak.

Hez pandang Alex. Keluar tawa kecil dari mulutnya. Dia kembali memandang dua orang lelaki di hadapannya itu.

"VIP access? Are you kidding me? This place doesn't look like I need any special access to walk in," ejeknya. Sengaja mengapi-apikan dua orang lelaki itu.

Tanpa menghiraukan mereka, Hez cuba melepasi dua orang lelaki tersebut. Namun, sekali lagi dia ditahan.

"Tak faham bahasa ke, hah?! Aku kata tak boleh naik kalau kau takde akses!" jerit lelaki botak itu lagi.

"How dare you!" Alex yang berjaga di belakang Hez ingin menyerang dua orang lelaki itu namun tindakannya dihentikan oleh Hez.

"Don't be rude, Benjamin! Jangan kotorkan tangan kau!" tegur Hez. Ayatnya penuh dengan sindiran buat dua orang pengawal itu.

Hez menarik bahunya daripada terus dipegang lelaki yang berdiri di sebelah lelaki botak itu. Hujung bajunya ditepis berkali-kali untuk menunjukkan bahawa dia tidak mahu disentuh. Bibirnya terangkat sedikit apabila melihat satu butang pada kot kelabu asapnya itu sudah tercicir. Pastinya disebabkan tarikan kasar lelaki itu tadi.

Satu keluhan dia lepaskan sebelum dia melepaskan tumbukan pada wajah lelaki yang menariknya tadi. Jatuh tersungkur lelaki itu di hadapan Hez. Lelaki botak yang melihat rakannya itu dibelasah sudah bersedia untuk menyerang Hez. Namun, belum sempat tangannya mendarat pada Hez, dia terlebih dahulu jatuh di sebelah rakannya itu akibat tendangan yang Alex berikan. Nasib baik kawasan pergaduhan mereka ini sedikit tersorok dari khalayak ramai. Kalau tidak pasti akan berlaku kekecohan.

Hez kepalkan penumbuk. Dia memandang Alex yang berdiri di sebelahnya.

"Seperti biasa, aku tak kotorkan tangan. Ahh, kena pergi beli kasut baru lagi lepasni!" komplain Alex sambil melihat but hitamnya yang digunakan untuk menendang lelaki botak itu.

Hez ketawa, melihat dua orang lelaki itu yang tidak berdaya untuk bangun, dia mendekati mereka berdua. Badannya dibongkokkan sedikit untuk membisikkan sesuatu pada lelaki botak itu. Leher baju lelaki botak tersebut ditarik.

"Your friend there ruined my coat but it's okay I can buy a new one. But, do you think both of you can find a new life if you insist not to let us go upstairs?" ugutnya.

"K-kau siapa?" takut-takut lelaki itu bertanya.

Hez menguntum senyum, "tak penting pun siapa aku but trust me, if you love your precious life, you don't wanna mess with me," bicaranya lagi.

Hez lihat anak mata lelaki itu bergerak tidak tentu arah. Halkumnya juga asyik menelan air liur. Jelas sekali bahawa lelaki itu terpengaruh akan amaran yang Hez berikan sebentar tadi.

"Choose, young man. I don't like to wait!" Hez mengeraskan nada suaranya kali ini.

"Naik. K-kau boleh naik,"

Menang.

"Wise decision," Hez menepuk bahu lelaki tersebut sebelum dia berdiri dan menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

"Benjamin, jaga dekat bawah," arah Hez pada Alex yang sudah bersandar pada dinding kelab malam tersebut sambil mengawasi dua orang lelaki itu.

"Ja, chef! (Yes, boss!)" Alex akur.

Sebatang lolipop yang dibawanya di dalam poket dikeluarkan dan dibuka sarungnya. Setelah itu, lolipop tersebut dimasukkan ke dalam mulut. Dua orang lelaki itu dipandangnya dengan pandangan yang tajam. Mereka cuba untuk berdiri dan lari daripadanya.

"Stay on your place, gentleman! Gerak sikit, aku bunuh kau!" keras amaran yang Alex berikan. Matanya mencerlung memandang dua orang lelaki itu.

Automatik dua orang lelaki itu pegun di posisi mereka. Tidak jadi untuk bergerak. Ugutan itu sudah cukup untuk buat mereka kecut perut. Sama dengan lelaki yang naik ke tingkat atas tadi, lelaki di hadapan mereka ini juga kelihatan menakutkan. Malah, lelaki ini nampak lebih agresif berbanding lelaki tadi. Semuanya gara-gara tatu cheetah berwarna hitam yang terukir pada lengan lelaki itu.

Alex tersenyum bangga apabila melihat lelaki-lelaki itu turut akan arahannya. Pilihan yang baik, bisik hatinya. Kalau mereka ingkar, tidak mustahil Alex akan kotakan apa yang dikatakannya itu. Jika Hez diibaratkan seperti seekor harimau panthera tigris yang menyerang hendap mangsanya, Alex pula seekor cheetah spesies jubatus. Mangsanya akan dihapuskan dengan pantas. Kalau tidak mahu nyawa terancam, jangan berani hendak cabar dia.

Tiba sahaja di tingkat 2 kelab tersebut, Hez terus mengatur langkah untuk mencari seseorang yang bernama Leo. Sekeliling ruang tingkat 2 itu ditelitinya. Pelanggan di tingkat 2 ini tidak sepadat pelanggan di tingkat bawah. Malah, konsepnya juga lebih mewah berbanding hiasan di tingkat bawah itu. Melihat kepada gaya beberapa pelanggan yang duduk di satu sudut tingkat 2 ini, dapat Hez simpulkan bahawa ruangan ini disediakan khas buat pelanggan bertaraf VIP.

Telinga Hez dapat mendengar sayup-sayup bunyi lagu bergenre balada yang dimainkan di tingkat tersebut. Matanya masih memerhati dengan tajam. Berjaga-jaga andai ada yang sedar bahawa dia bukanlah salah seorang ahli VIP yang sering mengunjungi kelab tersebut.

"My, my! What a hot stuff!"

Dirinya ditegur oleh suara seorang wanita yang datang dari belakangnya. Hez menoleh dan matanya tertancap pada seorang wanita yang memakai gaun pendek separas pahanya. Bahagian dada bajunya itu terlalu ketat sehingga menampakkan lurah dadanya. Wanita itu  memandang Hez dengan pandangan penuh nafsu.

"New member? I've never seen you around," wanita tersebut bertanya. Tubuhnya perlahan-lahan mendekati Hez.

"Maybe," ringkas Hez menjawab.

Jarak wanita itu semakin rapat dengannya. Rongga hidung Hez sudah boleh mencium bau minyak wangi yang dipakai wanita itu.

"Let me guess, still a virgin?" dengan beraninya wanita itu menyoal. Kali ini tindakannya hampir buat Hez hilang sabar. Boleh pula wanita itu dengan selambanya merangkul pinggang Hez.

Hez biarkan dahulu, dia perlukan wanita itu untuk mendapatkan maklumat.

"Kenal Leo?" Hez tidak hiraukan soalan wanita itu sebaliknya dia mengajukan soalan lain.

"Of course, he's the boss," wanita itu menjawab.

"Bring me to him," arah Hez.

Wanita itu mencebik, dada bidang Hez diusap lembut. "Why? Don't you want me?" penuh menggoda wanita itu bertanya. Hujung bibirnya digigit sedikit. Berharap agar Hez jatuh pada keseksiannya itu.

Hez lepaskan satu keluhan, tubuh wanita itu ditolak untuk menjauhinya. Tiada gunanya bertanya pada wanita ini. Buang masa saja Hez biarkan badannya disentuh. Wanita itu dipandangnya dari atas hingga bawah. Jujur Hez katakan, dia bukanlah lelaki yang memperlekehkan maruah wanita tetapi bila dia lihat sendiri bagaimana sesetengah wanita sanggup menjual maruah kepada mana-mana lelaki, dia jadi jijik.

"Sorry, I'm not interested in cheap things. I prefer it to be expensive and limited edition," disindir wanita itu dengan kata-katanya.

Mungkin menyedari bahawa dirinya sedang dikutuk oleh Hez, wanita itu putarkan anak matanya. Hilang terus senyuman dan aksi menggoda sebentar tadi.

"Rude!" tempik wanita itu dan serta-merta dia pergi meninggalkan Hez.

Hez tidak mengambil kesah mengenai wanita itu. Fokusnya kembali kepada tujuan dia mengunjungi kelab ini. Dari jauh mata Hez ternampak satu sudut yang agak tersembunyi dari tempat dia berdiri. Entah mengapa, bagai ada satu tarikan yang membawa kakinya melangkah ke sana.

Dia menjengulkan kepalanya sedikit, mengintai sekiranya ada sesiapa yang duduk di ruangan tersebut. Beristighfar panjang Hez di dalam hati apabila matanya disajikan dengan adegan bercumbu antara lelaki dan wanita. Ditambah lagi dengan gaun wanita itu yang sudah separuh terlorot dari tubuhnya buatkan Hez rasa hendak maki lelaki tersebut.

Dasar lelaki durjana! Nafsu tidak pernah puas!

Hez cuba tenangkan hatinya yang sudah membuak-buak dengan api kemarahan. Dia memang pantang dengan lelaki spesies seperti ini. Jenis yang menganggap wanita seperti pakai buang. Bila selesai puaskam nafsu, ditinggalkan. Inilah yang orang kata habis madu, sepah dibuang!

"Ehem!" Hez berdehem.

Walaupun tidak kuat namun cukup untuk buat dua orang pasangan yang sedang asyik berasmara itu terkejut. Hez lihat wanita itu dengan pantas membetulkan gaunnya. Manakala lelaki tersebut pula cepat-cepat memasang kembali butang pada bajunya. Satu senyuman sinis timbul pada bibir Hez.

Hipokrit!

Buat maksiat depan manusia, malu. Tetapi depan Tuhan ibarat tidak kenal apa itu perkataan malu! Menyampah! Walaupun lelaki di hadapannya itu Hez tahu bukan beragama Islam, tapi dia tetap rasa bahawa tidak wajar wanita dilakukan sebegitu. Rasanya tidak salah kalau dia hadiahkan satu penumbuk pada wajah itu.

"Deneuve!" lelaki itu bersuara. Matanya seperti tidak percaya akan kehadiran Hez di tempatnya itu.

Dialah, Leo.

Lelaki yang dicari Hez. Lelaki yang menjadi punca Hez datang ke kelab malam ini. Leo, lelaki berbangsa Cina itu merupakan salah seorang pemilik beberapa kelab malam di Kuala Lumpur dan juga merupakan salah seorang pelabur  di salah sebuah pusat kasino di Kuala Lumpur.

"Find a room, man," selamba Hez menambah lagi kemarahan Leo.

Leo hadiahkan satu jelingan pada Hez sebelum dia memandang ke arah wanita di sebelahnya itu.

"Wait for me downstairs. Don't go, we're not done yet," lembut suara Leo berkata pada perempuan itu. Sempat lagi dihadiahkan satu ciuman agresif pada pipi wanita tersebut.

Satu anggukkan kecil wanita itu berikan pada Leo sebelum dia pergi dari ruangan tersebut.

"What the heck, Deneuve! You ruined my night!" tempik Leo. Berubah terus air mukanya di hadapan Hez.

"That's your new chick, huh? Poor little girl, losing her virginity to a hopeless man," tanya Hez sambil memeluk tubuh.

"Kau nak apa sebenarnya?! Macam mana kau boleh lepas naik ke kawasan VIP?!" Leo mula hilang sabar.

Mana tidaknya, habuan malamnya terpaksa ditangguhkan gara-gara kedatangan Hez yang tidak diundang.

Hez jongket bahu, "bodyguard kau lemah sangatlah. Aku jentik sikit dah tumbang," sinis Hez menjawab.

"Stupid!" maki Leo. Kepalanya dipanggung. Segelas wain diteguknya rakus.

"Look, Leo. Aku tahu kau tak suka aku masuk tempat kau dan aku pun tak pernah terfikir nak kotorkan kasut aku untuk masuk tempat busuk ni. Let's discuss something nicely and straight to the point," Hez menawar.

Leo pandang Hez. Dia mengalah, kalau dia melawan terhadap Hez, mungkin lambat lagilah dia dapat merasa wanita yang bercumbu dengannya sebentar tadi.

"Sit," pelawa Leo. Satu ruang di atas kerusi kulit yang berhadapan dengannya itu ditunjukkan kepada Hez.

"Kau nak apa?" Leo bertanya setelah Hez menghenyakkan tubuh pada kerusi tersebut.

"Rizal," cukup dengan satu nama itu, Leo sudah tertanya-tanya.

"Rizal? That old man? The one who owe me 15,000 bucks?" Leo bertanya. Meminta kepastian terhadap Hez.

"Exactly," balas Hez.

Leo kerutkan dahi. Apa kena mengena lelaki tua itu dengan Hez hingga Hez sanggup berkunjung ke kelab malamnya? Setahu dia, Hez memang bencikan kelab malam. Tempat ini ibarat kawasan larangan buat tubuh lelaki itu. Kini, semata-mata ingin mencari seorang lelaki berusia lewat 50-an saja Hez sanggup langgar prinsipnya yang satu itu?

"Kenapa dengan Rizal? Kenapa kau nakkan dia?" korek Leo. Pasti ada sesuatu yang menarik berkenaan hidup Rizal yang buatkan Hez masuk campur.

"That is none of your business," rahsia Hez.

"Very sorry, Deneuve but unfortunately I can't give him to you," Leo membalas.

"Reason?"

"Si tua tu berhutang dengan aku dan aku dah minta bayaran aku pada dia,"

Hez angkat sebelah kening.

"Si tua tu buat apa sampai mampu nak bayar hutang rm 15,000?" soalnya.

Leo jongketkan bibirnya.

"Of course he can't pay me back! Aku minta bayaran yang selayaknya aku dapat. I got her daughter, that beautiful and hot chick," ujar Leo. Bahagian atas bibirnya dijilat. Membayangkan tubuh anak gadis Rizal berada di dalam pelukannya.

Hez ketap bibir.

"Cancel it, aku akan bayarkan hutang Rizal," tawar Hez lagi.

Leo pandang Hez dengan riak wajah tidak percaya. Unbelievable! Hez Mikayl buat amal jariah tidak bertempat pula sekarang? Leo dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Hez.

"Nope," jawab Leo.

"And why is that?" Hez bertanya. Dia hampir hilang sabar.

"You kidding me? Lepaskan barang baik macam anak perempuan Rizal? Can you imagine her body on top of me? That will be such a pleasure-"

Buk!

Belum sempat Leo habiskan kata-katanya, Hez sudah berikan satu penumbuk pada wajahnya. Terdorong tubuh Leo ke belakang. Dia mengesat hidungnya. Terasa seperti batang hidungnya patah akibat tumbukan tersebut. Leo pandang jarinya yang tercalit darah yang keluar dari hidungnya itu.

"What the-" Leo cuba bangun, niatnya ingin membalas tumbukan melulu Hez itu. Namun, pergerakannya terbatas akibat Hez yang terlebih dahulu mencengkam kolar bajunya.

"Aku datang sini bukan nak suruh kau pilih untuk bersetuju dengan apa yang aku cakap. You have no choice unless to agree with me, Leo. Serahkan Rizal pada aku dan jangan ganggu anak perempuan dia," Hez memberi amaran.

"What if I insist not to agree with you?" Leo mencabar Hez.

Bibir Hez tergerak sedikit. Menimbulkan sisi dirinya yang jarang sekali dia tunjukkan. Dia dekatkan dirinya dengan telinga Leo. Sesuatu dibisikkan pada telinga lelaki itu.

"You know you can't fight me, Leo. You know what I'm capable of. I don't discuss things with people, Leo. I convince and force them to say yes," ugut Hez.

Leo menelan air liur. Dia tahu sangat apa yang mampu Hez lakukan. Lelaki itu bukanlah ahli kumpulan gangster ataupun ketua kumpulan mafia. Namun, pengaruh Hez terlalu besar dan luas. Namanya dikenali di merata tempat. Kelebihan itu buatkan Hez lebih berkuasa daripada dirinya. Untuk melawan Hez Mikayl ibarat menggali lubang kegelapan sendiri.

"Fine! You win!" Leo membalas. Takut-takut matanya bersabung dengan mata Hez.

Hez tersenyum puas. Dia lepaskan kolar baju Leo dari genggamannya. Kedua belah tangannya ditepuk berkali-kali.

"Tak sia-sia kau setuju, Leo. Kalau kau berkeras juga, you might can't kiss anyone because you lost your tongue," Hez berkata sambil berdiri dari tempat duduknya.

"It was a nice discussion, Leo. Aku pegang apa yang kau cakap malam ni," ujar Hez.

"Deneuve!" Leo memanggil.

Hez yang baru saja hendak pergi menoleh kembali ke arah Leo.

"Kenapa kau sanggup bertindak sejauh ni? It's not about Rizal, right?" Leo bertanya. Nalurinya ingin tahu apa yang buatkan Hez setekad ini. Sudah lama dia tidak lihat sisi ganas lelaki itu.

"Of course not! Kau ingat aku kesah pasal orang tua tak guna tu ke?" balas Hez.

"So, is it because of his daughter?" duga Leo lagi.

Kali ini Hez diam, ibarat ragu-ragu untuk memberi jawapan yang sahih kepada Leo.

"Let's just say, I'm taking back what actually belongs to me. My Aurora," ringkas saja balasan Hez buat Leo sebelum langkahnya diatur pergi meninggalkan Leo.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top