BAB 4

"Aurora, wake up,"  sayup-sayup kedengaran suara Hez membangunkan aku dari tidur. Aku membuka kelopak mata, terkejut aku apabila mendapati wajah Hez yang berada dekat dengan wajah aku. Secara refleks aku menolak tubuh Hez, "heyh, awak buat apa ni?!" aku memarahi Hez. Terkejut dengan tindakannya itu.

Hez tayang wajah tidak bersalah, "what? Dah dekat 5 kali aku bangunkan kau, I thought you were dead," balas Hez. Aku mengurut dada, "tak payahlah dekat sangat dengan saya, awak boleh buat saya mati sebab sakit jantung tahu tak?!" marah aku lagi.

"Kau mati ke tadi?"

Aku diam. Hah, apa ni?!

"Tak mati kan? Jadi tak payahlah nak marah over sangat," Hez berkata selamba.

Cis!

Tak guna punya ayat!

"Dah, jom turun!" Hez keluar dari kereta. Aku pula hanya menurut arahan Hez dan turut sama keluar dari kereta tersebut. Aku mendapati bahawa aku sekarang berada di dalam sebuah garaj selepas pandangan aku teralih kepada beberapa buah kereta mewah yang tersusun cantik di dalam garaj ini. "This is where you will be staying, with me, of course," Hez memaklumkan sambil kami berdua jalan seiring untuk keluar dari garaj kereta ini. Aku kecilkan sedikit mata apabila pancaran matahari terkena pada wajah aku. Bila aku angkat wajah untuk meneliti kawasan rumah Hez, mulut aku terbuka sedikit. Terpersona.

Oh my god, this man own a freaking mansion!

Tak percaya aku dengan pemandangan yang menghiasi mata aku sekarang. Semuanya indah dan mewah. Rasa macam masuk ke dalam dunia lain. Tak pernah dalam seumur hidup aku lihat tempat tinggal secantik ini. Dari luar saja aku dapat lihat kemewahan rumah yang berjumlah 3 tingkat ini. Kawasan tanah yang dimiliki Hez sangatlah besar. Kalau dianggarkan mungkin dalam 8000 ke 10000 meter persegi. Sekeliling kawasan rumah Hez ini semuanya ditumbuhi dengan pokok-pokok hijau yang segar. Redup dan tenang saja kalau ditiup angin. Di bahagian tengah kawasan halaman rumah pula ada satu binaan air terjun yang menarik minat aku kerana di sekeliling binaan tersebut terdapat banyak bunga ros putih yang ditanam.

Mata aku kini fokus kepada bangunan yang tersergam indah di hadapan aku sekarang. Warna cat yang digunakan pada bangunan rumah Hez sangat cantik, bangunannya semua disaluti dengan warna krim. Birai tingkap pula disaluti dengan warna hitam manakala atap rumah berwarna biru. Ala-ala rumah Inggeris. Ouhh, aku hampir terlupa. Hez ini ada darah Inggeris, wajarlah kalau penginapan dia juga punyai aura Inggeris.

"Nak masuk ke nak terpacak dekat depan ni sampai subuh esok?"

Lamunan aku dikejutkan dengan suara Hez yang menegur aku. Aku mencerlungkan mata ke arah Hez yang sudah mengatur langkah menuju ke pintu hadapan rumahnya. Penat aku puji rumah dia dalam hati, dia pula boleh selamba sakitkan hati aku.

Huh!

Aku mendekati Hez dan aku lihat dia menekan loceng rumah.

Ding! Dong!

Dapat aku dengar bunyi loceng yang kuat datang dari dalam rumah tersebut. Tidak sampai seminit, pintu kaca tersebut dibuka dan menunjukkan seorang wanita lewat 40-an yang sedang tunduk hormat kepada Hez. "Selamat pulang, Tuan Hez," sopan saja wanita itu menyapa Hez.

"Thanks, Kak Nab. Nanti tolong panggilkan Ash , suruh dia angkatkan barang-barang yang ada dalam kereta saya dan bawa masuk dalam rumah," Hez mengarah dan mula menapak masuk ke dalam rumah. Aku pula masih pegun di hadapan pintu, nak masuk ke tak? Tak ada pula Hez jemput aku masuk. Wanita yang dipanggil Kak Nab itu pula tak sedar akan kehadiran aku.

"Baik, tuan," Kak Nab menjawab. Aku nampak Hez memeluk tubuh sambil matanya memandang ke arah aku. "Kak Nab, boleh Kak Nab jemput tetamu kita yang ada dekat luar tu? Dia tunggu apa entah kaku aje dekat situ, nak akak bentang red carpet baru dia nak masuk kot," sindiran Hez buat aku mencebik. Normallah aku kekok, aku ni dahlah orang luar. Takkan nak masuk tak dijemput? Nampak sangat tak ada adab.

"Eh, Tuan ada tetamu?"

Kak Nab bertanya dengan nada terkejut. Automatik daun pintu kaca itu ditolaknya dengan lebih luas dan menampakkan aku yang berdiri di sebalik pintu tersebut. Membulat mata Kak Nab selepas menyedari kehadiran aku dan dengan pantas dia berlari anak untuk mendapatkan aku. "Ya Allah, maaflah cik. Kak Nab tak perasan ada orang lain lagi yang datang dengan Tuan Hez sebab biasanya Tuan balik sorang aje," Kak Nab tayang wajah serba salah. 

Aku menggelengkan kepala, "eh, takpe kak. Salah saya juga pergi berdiri belakang pintu ni buat apa," aku menyengih, rasa lawak dengan kelakuan diri sendiri. 

"Nama akak Nabila, boleh panggil Kak Nab aje, akak orang gaji dekat rumah ni. Cik ni nama apa ya?" Kak Nab menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku. "Rose Aurora, akak boleh panggil Rose," jawab aku sambil mencapai tangan Kak Nab untuk membalas huluran salam perkenalannya. Kak Nab menguntum senyum, "cantik nama, secantik orangnya. Cik Rose ni siapa? Girlfriend Tuan Hez ke?" belum sempat aku menjawab soalan yang diajukan oleh Kak Nab, suara Hez terlebih dahulu menyampuk perbualan di antara kami berdua.

"Akak, nanti tolong tunjukkan Aurora bilik tidur dia dan sekitar rumah ni boleh? Saya penat, nak masuk bilik lepastu tidur," Hez mengarah dengan nada perlahan. Aku tahu dia penat, tengok muka dia saja pun dah jelas. Mesti dia penat sebab kes semalam. Aku tak pasti kalau aku betul atau tak tapi aku tak rasa dia dapat tidur semalam gara-gara sibuk nak uruskan lelaki yang buat hal dengan aku semalam. Terbit rasa kasihan dalam hati aku pada Hez bila tengok muka tak bermaya dia itu.

Kak Nab mengangguk, "boleh, Tuan. Tuan nak Kak Nab sediakan apa-apa ke untuk Tuan?" soalan Kak Nab dijawab dengan gelengan oleh Hez. "Tak payah, just make sure that this young lady won't make any noise while I'm sleeping," aku mencebik selepas mendengar arahan kedua Hez kepada Kak Nab. Bukan main lagi jari telunjuk dia menuding tepat ke arah aku. "Eleh, bukannya aku buat pusat karaoke pun rumah dia ni, over betul!" aku bergumam sendirian.

"Apa dia cik Rose?"

"Ah? Apa dia? Saya takde cakap apa-apa pun," kecut perut aku bila Kak Nab seolah-olah dengar apa yang aku cakap. Aku takut nanti dia report dekat Hez yang aku kutuk Hez dalam diam. Almaklumlah, Kak Nab mesti nak protect bos besar.  

"Jom, Kak Nab tunjuk bilik Cik Rose," aku hanya menurut langkah Kak Nab menuju ke sayap kiri rumah ini. Hez pula sudah tidak kelihatan, pastinya dia sudah bersiap sedia untuk melelapkan mata. Aku dan Kak Nab masuk ke dalam lif yang bakal membawa kami ke tingkat atas. 

Ting!

Tidak sampai seminit, lif berhenti di tingkat 2 dan aku hanya mengikuti langkah Kak Nab yang melangkah terus ke lorong yang dikelilingi tingkap kaca dan lantai yang berjubinkan marmar ini. Sepanjang langkah aku menuju ke bakal bilik tidur aku itu, mata aku tidak pernah terlepas daripada meneliti setiap sudut hiasan di tingkat 2 ini. Berbeza dengan tingkat bawah yang berkonsepkan Inggeris kerana dipenuhi dengan karpet merah, sofa kulit dan dinding yang bercat putih, tingkat 2 ini punyai konsep yang lebih moden. 

Tingkap kaca memenuhi ruangan di sini dan di luar tingkap tersebut pula aku boleh lihat dengan jelas pelbagai jenis tumbuhan hijau yang tumbuh menjalar. Antara tumbuhan yang aku kenal termasuklah aloe vera, english Ivy dan bunga Iris. Tumbuhan hijau yang lain pula semua kelihatan asing buat aku. Di satu sudut ruangan tingkat ini juga terdapat sebuah kolam ikan koi yang aku sempat curi lihat sebentar sebelum Kak Nab memanggil aku ke hadapan pintu bilik yang aku pasti merupakan bilik tidur aku. 

"Ini bilik Cik Rose," Kak Nab bukakan pintu oak tersebut untuk aku. Aku menjengulkan sedikit kepala untuk melihat keadaan bilik tidur yang bakal aku huni untuk tempoh masa yang aku sendiri tidak pasti bila akhirnya.

"Cik Rose-"

"Kak Nab, it's okay. Panggil saja saya Rose, tak perlu bercik-cik dengan saya," aku menghalang Kak Nab daripada terus menggunakan panggilan hormat dengan aku. Segan aku dibuatnya.

Kak Nab tayang wajah risau, "err..tak boleh, nanti Tuan Hez kata apa pula dekat Kak Nab," balasnya pada aku. Jelas aku lihat keraguan yang timbul pada raut wajah Kak Nab. Nampak sangat yang dia takut kalau Hez akan naik angin kalau dia buat salah.

Haihlah, Hez Mikayl. Nak berlembut dengan orang lebih tua pun susah ke?

Aku mencapai kedua belah tangan Kak Nab, "takpe Kak Nab. Kalau Hez marah Kak Nab sebab benda sekecil itu aje, bagitahu saya. Nanti saya marah dia balik," wah! Wah! Look who's speaking. Rose Aurora yang tak berani nak pandang mata Hez Mikayl lama-lama ada hati nak marah Hez?

Kak Nab ketawa kecil, "baik, Rose. Kak Nab sokong Rose tahu!" usiknya dan aku menyambut dengan anggukkan. Aku selesa berbual dengan Kak Nab. Dia, mudah mesra.

"Macam ni, Rose. Kak Nab minta maaf tak dapat tunjukkan seluruh rumah ni pada Rose sekarang sebab Kak Nab kena pergi beli bahan untuk dinner malam ni," Kak Nab menyambung kembali kata-katanya yang terhenti sebentar tadi.

Aku menggeleng, "takpe, Kak Nab. Saya boleh tengok sendiri. Kak Nab tak perlu risaukan saya,"

"Ermm, okay tapi kalau Rose nak jalan-jalan tengok kawasan rumah ni, Rose boleh masuk semua kawasan kecuali bilik paling hujung dekat tingkat 3," arahan Kak Nab buat aku ingin tahu.

"Tingkat 3? Ada apa dalam bilik tu?" soalku.

"Itu restricted room. Kawasan Tuan Hez, hanya dia saja yang boleh masuk. Akak pun tak pernah masuk bilik tu semenjak akak kerja dekat sini,"

Aku pandang Kak Nab, "dah berapa lama akak kerja dengan Hez?"

"5 tahun,"

Aku mengaku kalah selepas dengar jawapan Kak Nab. Kalau dah 5 tahun kerja dan dalam tempoh yang lama itu Kak Nab langsung tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut, dah tentu-tentu bilik itu penting buat Hez. Walaupun tahap intuitif aku membuak-buak hendak tahu apa yang ada di dalam bilik tersebut, aku tepis segala perasaan yang timbul. Kalau tidak, sia-sia saja cari masalah dengan Hez.

"Akak pergi dulu ya?"

"Okay, hati-hati Kak,"

Aku hanya menghantar pemergian Kak Nab menggunakan pandangan mata. Dalam beberapa saat, Kak Nab tidak lagi kelihatan. Pastinya sudah masuk ke dalam lif yang akan membawa dia turun ke tingkat bawah. Aku mengatur langkah masuk ke dalam bilik tidur sambil menarik bagasi aku yang sudah tersedia di hadapan pintu sebelum aku dan Kak Nab tiba di sini. Entah bila pekerja Hez letakkan. Laju sungguh pergerakan mereka. Macam bosnya juga.

Benda pertama yang menarik tumpuan aku di dalam bilik tersebut sudah tentu sebuah katil bersaiz king yang terletak di tengah ruang bilik tersebut. Punggung aku labuhkan di atas katil itu. Mak aii! Empuk sungguh. Rasanya kalau aku baring dalam beberapa saat saja aku boleh terlena. Cadar satin berwarna beige itu aku usap lama. Sangat selesa. Tidak pernah dalam seumur hidup aku tidur di atas katil sebesar ini.

Mata aku melilau memerhati keseluruhan bilik. Hiasannya cukup sempurna, ada almari kaca, meja solek, karpet, rak buku dan tingkap kaca yang dihubungkan dengan balkoni yang cukup luas. Hez betul bila dia kata yang aku sepatutnya rasa beruntung dipertemukan dengan dia. Aku tidak merujuk kepada kekayaan Hez. Cuma, kalau aku fikir balik layanan yang aku terima daripada Hez sudah cukup baik. Cuba bayangkan kalau Alex berikan aku pada lelaki lain?

Mungkin hidup aku bukan seperti ini. Aku mungkin akan dilayan persis wanita simpanan. Lebih teruk lagi, mungkin aku akan ditinggalkan di rumah pelacuran. Tangan aku bergetar sedikit apabila memikirkan nasib tersebut menimpa aku. Aku cuba menstabilkan nafas. Dada aku berombak apabila menarik dan menghembus nafas dengan laju. Apabila aku pasti bahawa pernafasan aku semakin normal, aku mengangkat kaki menuju ke ruang balkoni. Tingkap kaca tersebut aku buka. Kemudian aku terus bersandar pada pembahagi kaca balkoni tersebut.

Aku memerhatikan persekitaran rumah Hez. Rumah ini dikelilingi tumbuhan hijau dan beberapa perhiasan berkonsepkan Inggeris. Dari tingkat 2 aku dapat lihat sebuah green house dan halaman luas yang terdapat di luar rumah Hez. Kawasan rumah Hez ini bukannya berada di tengah-tengah hutan sebaliknya terletak di kawasan perumahan. Bezanya ini kawasan perumahan elit, sekuriti dan privasi penduduk di sini semuanya terjaga.

Macam mana aku tahu?

Tengok saja sebuah pondok sekuriti yang terletak di hadapan rumah Hez. Aku hendak panggil pondok pun serba salah. Saiz pondok itu aku kira sudah boleh muatkan 10 orang di dalamnya. Aku mundar-mandir di balkoni ini, berfikir hendak buat apa. Bosanlah aku kalau tiada apa yang hendak dilakukan. Tambah lagi peneman untuk bersembang pun tiada.

"Miss Rose!"

Aku tersentak apabila terdengar nama aku dipanggil. Suara tersebut dicari sehinggalah mata aku menangkap seorang lelaki dari luar rumah sedang mendongakkan kepalanya ke arah aku yang berada di tingkat dua.

"S-saya ke?" aku menuding ke arah diri sendiri sambil bertanya pada lelaki tersebut.

"Ya, cik Rose jomlah turun! Saya kenalkan cik pada pekerja-pekerja lain dalam rumah ni!" lelaki tersebut berkata pada aku dengan nada suaranya yang sedikit menjerit.

Aku diam. Fikiran aku sedang memproses ayat lelaki tersebut. Pekerja-pekerja? Berapa ramai pekerja di dalam rumah Hez? Aku ingatkan ada 2 orang saja. Kak Nab dan lelaki yang Hez minta angkatkan barang sebentar tadi.

"Cik Rose fikir apa tu?" teguran lelaki itu menarik aku kembali dari lamunan aku.

"Ah, err..takde apa. Sekejap lagi saya turun," aku menjawab.

Lelaki tersebut tunjukkan ibu jarinya pada aku, "okay! Saya tunggu Cik Rose dekat pintu depan ya?" dia memaklumkan dan aku hanya mengangguk.

Aku memerhati satu persatu insan yang sedang berdiri di hadapan aku. 3 orang lelaki semuanya dan ketiga-tiga mereka memakai sut hitam yang sama. Aku pasti inilah pekerja-pekerja yang bekerja di rumah Hez selain daripada Kak Nab.

"Saya Ash, driver Tuan Hez," lelaki yang memanggil aku turun ke bawah sebentar tadi memperkenalkan dirinya sambil tunduk hormat kepada aku. Aku mengangguk namun yang sebenarnya aku sembunyikan perasaan terkejut di dalam hati. Mana taknya aku terkejut, kalau diteliti dari penampilannya, Ash langsung tidak nampak seperti seorang pemandu. Dengan sut hitam yang kemas dan wajahnya yang kacak, mustahil orang akan percaya kalau dia kata dia bekerja sebagai pemandu.

Pandangan aku beralih pula kepada seorang lagi lelaki bersut hitam yang berdiri di sebelah kanan Ash. Beza lelaki ini dengan Ash, dia kelihatan lebih sasa. Bahunya yang lebar buatkan dia nampak lebih dominan berbanding dua orang lelaki di sebelahnya. Lelaki itu tundukkan badannya 90 darjah di hadapan aku sebelum dia memperkenalkan diri. "Saya Karl, bodyguard Tuan Hez," ouhh, pengawal peribadi. Aku mengangguk lagi, patutlah badan fit.

"Saya Dani, security rumah ni," kali ini lelaki yang terakhir pula memberitahu aku namanya.

"Err.." aku bersuara.

"Ya, Cik Rose?" Ash memberi respon.

"Bodyguard dengan security, skop kerja awak berdua sama ke?" soal aku.

"Tak, Cik Rose. Tugas saya untuk jaga rumah ni dan keselamatan Tuan Hez waktu Tuan Hez ada di rumah " Dani menjawab.

"Saya pula akan jaga Tuan Hez waktu Tuan Hez keluar dari rumah sehinggalah Tuan Hez sampai di rumah dengan selamat. Barulah tugas jaga keselamatan Tuan Hez diserahkan pada Dani," Karl menyambung.

Aku mengangguk buat kesekian kalinya. Tangan tanpa sedar menggaru kepala yang tidak gatal. Aku bingung sebenarnya, orang kaya macam Hez memang harus dijaga dengan ketatkah?

"Ermm, jadi jumlah pekerja dalam rumah ni 4 lah ya?" soal aku lagi. Aku hendak pastikan kot-kot ada lagi pekerja Hez yang belum aku kenal atau temui.

Ash mengangguk, "ya, Cik Rose. Hanya saya, Karl, Dani dan Kak Nab saja yang ada akses masuk ke dalam rumah ni. Mulai hari ni juga Cik Rose akan berada di bawah jagaan kami berempat," balasnya.

Aku telan air liur, "err..okay tapi kalau boleh, awak semua tak perlulah formal sangat ya dengan saya. Saya ni bukan siapa-siapa pun, awak semua boleh panggil saya Rose aje. Cik-cik tu tolak tepilah ya," kata aku.

Aku lihat Ash, Karl dan Dani berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka pandang aku kembali, "ini arahan ke, Cik Rose?" Karl menyoal.

"Apa?" aku menyoal kembali.

"Kalau ini arahan yang Cik Rose bagi, kami akan ikut. Kalau bukan arahan, kami takkan ikut," Dani menjawab.

Terasa bagai otak aku terhenti. Aku kena keluarkan arahan untuk benda seremeh ini? Biar betul?

"B-bukan arahan, saya cuma tak selesa aje bila awak semua terlalu formal dengan saya," nafi aku.

Ash melepaskan keluhan, "maaf Cik Rose, kalau ini bukan arahan, kami tak boleh nak ikut. Kalau tak, Tuan Hez-" belum sempat Ash habiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu menyampuk.

"Tuan Hez lagi? Okay, okay..ini arahan daripada saya. Jangan panggil saya dengan panggilan cik dan jangan terlalu formal dengan saya. Anggap saja kita berempat ni kawan, boleh?" aku memandang mereka bertiga.

Serentak tiga orang lelaki itu mengangguk, "baik, Rose," jawapan mereka juga serentak. Aku mengurut dahi, aku tengah berbual dengan robot ke? Pitch suara mereka bertiga dahlah mendatar, riak wajah juga tegang. Aku hendak bawa bergurau pun rasa takut.

"Sekarang awak nak buat apa, Rose?" Ash bertanya pada aku. Kami bertiga masih lagi berdiri di ruang tamu rumah ini dengan posisi yang sama.

"Saya nak jalan-jalan tengok rumah ni dulu," balas aku.

"Kalau macam tu saya boleh teman awak, rumah ni luas. Kalau pertama kali pusing tak mustahil kalau sesat," Ash menawarkan diri.

Aku mengangguk, "boleh juga, awak tak sibuk kan?" tanya aku. Yalah, manalah tahu aku ganggu kerja dia.

"Tak, harini Tuan Hez tak bagitahu saya yang dia nak keluar," jawapan Ash buatkan aku teringat keberadaan Hez. Lelaki itu kan sedang beradu di dalam bilik dia. Wajarlah kalau Ash tiada kerja.

"Jomlah kalau macam tu," aku bersetuju.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top