BAB 3

"So, what do you want to know about me?" Hez memulakan perbualan di antara kami berdua sejurus selepas meja makan dibersihkan. Aku diam, otak sedang ligat memproses soalan yang ingin aku tujukan berkenaan diri Hez.

"Nama penuh awak?"

"Hez Mikayl,"

"Itu saja?"

"Yes,"

Aku kerutkan dahi, habistu kenapa dari tadi aku asyik dengar staf kafe ini panggil dia Sir Deneuve saja? Nama siapa pula tu?

"So who's Deneuve?"

"Me,"

"Tadi kata nama awak Hez Mikayl aje?"

"Itu nama dekat Malaysia,"

"Jadi Deneuve tu nama dekat mana pula?"

Haih, pening aku dibuatnya! Baru aku tanya soalan basic, nama dia saja pun dah keliru.

"Look schatzi, my name is Hez Mikayl but in German most of them call me Deneuve. I am half Malay and half Germany. My mom married my dad when she went to study at Berlin's university. Is that clear enough?" Hez menerangkan panjang lebar. Aku mengangguk, kalah burung belatuk. Sekarang baru aku faham sepenuhnya kenapa bahasa German Hez sangat pekat, rupanya sebab darah German memang mengalir dalam badan dia.

Patut pun muka dengan ketinggian dia berbeza sangat dengan lelaki Melayu. Kalau teliti wajah Hez, orang yang tak kenal dia mesti cop dia sebagai pelancong negara luar. Dengan hidung mancung, mata bundar, anak mata warna hazel dan kulit yang cerah, aku boleh kata yang wajah Hez bawa trait ayahnya. Tinggi Hez tak payah cakaplah, aku yang pakai kasut tumit tinggi ini pun sampai paras bahu dia saja. Cuba bayangkan kalau aku cabut kasut tumit tinggi ni? Tak ke nampak kerdil?

"Umur awak berapa?"

"29,"

Muda lagi.

"Kerja apa?"

Apesal soalan aku macam nak cari jodoh ek? Aku sepatutnya tanya dia kenapa dia beli aku daripada Alex. Bukannya ambil tahu mengenai hidup dia.

Hez memeluk tubuh sambil mengangkat keningnya, "kau rasa kerja apa yang aku buat sampai mampu beli kau dengan harga yang tinggi?" dia menduga. Aku pandang ke siling kafe ini, berfikir sejenak. Kerja apa eh? Mustahil kerja yang Hez lakukan ini biasa-biasa. Tengok saja kereta yang dia pandu, aku tak tahu jenama apa tapi yang aku pasti kereta itu memang sangat mahal. Takkanlah..shoot!

"Awak perdagangkan manusia eh?!"

Serentak dengan itu aku berdiri daripada duduk, cuba menjauhi Hez yang kelihatan agak terkejut dengan jawapan aku. "Aurora, sit!" Hez mengarah dan aku lihat dia tidak berhenti pusingkan kepala ke arah beberapa orang staf yang berdiri tidak jauh dari tempat duduk kami berdua. "Taknak, awak beli saya daripada Alex lepastu awak nak jual saya dekat Thailand kan?!" aku menuduh. Berdiri bulu roma aku mengenangkan nasib yang mungkin bakal menimpa aku tidak lama lagi. Tak mustahil sekiranya Hez lakukan kerja sebegitu.

"Thailand? Apa yang kau merepek ni? Duduk, Aurora! Sebelum aku yang angkat kau duduk dekat tempat kau balik!" Hez mengugut. Aku nampak dia berdiri dan berura-ura untuk mendekati aku. "Jangan dekat! Saya duduk sendiri!" aku terpaksa akur dengan arahan Hez. Dengan langkah yang berat, terpaksa aku menarik kembali kerusi untuk duduk berhadapan dengan Hez.

"What were you thinking? Muka aku ada nampak macam muka dagang manusia ke?!" Hez bertanya, nada suaranya tidak kuat cuma aku dapat rasa sedikit kekerasan pada suara tersebut. "Awak yang suruh saya teka, logiklah kalau saya kata awak buat kerja macam tu. Nak beli orang ini bukannya murah!" jawab aku. Mempertahankan alasan diri sendiri.

"Aku tak buatlah semua benda tu, takde class langsung! Sia-sia saja kena tangkap dengan polis," balas Hez.

"Dahtu kerja apa yang awak buat?"

"I ran few business and all of my businesses are legal, for example, this cafe is mine. The hotel that you lived in for a month is also mine, I own another hotel, resorts and cafe at Berlin. Tak ada istilah aku jual manusia," penerangan Hez buat hati aku lega. Sekurang-kurangnya aku tahu dia takkan jual organ ataupun anggota badan aku. Dalam diam, aku akui kehebatan Hez. Dalam usia 29 tahun dia dah ada semuanya. Kerjaya dan harta.

"Any question to ask?" Hez bertanya, mungkin menyedari aku yang masih ada sifat inkuiri dengan hidupnya.

"Apa tujuan awak beli saya daripada Alex?" keluar pun soalan yang terbuku di dalam hati aku. Memang itu yang aku nak sangat tahu.

"Well, I need you to be my fake bride-to-be," selamba Hez menjawab. Aku pula? Melopong. Rasa nak jatuh rahang aku, bakal isteri olok-olok? Wujud ke?

"Maksud awak? Kahwin dengan awak? Are you mad?!" aku hampir menjerit. Kalau tak dikenangkan staf-staf yang ada di tingkat dua kafe ini, dah lama dah aku jerit bagi pekak telinga Hez.

Hez pandang aku dengan riak wajah tidak berperasaan, "chill, we are not getting marry. I just want you to act like you are my future wife," balas Hez lagi. Aku panggung kepala, tak boleh cerna apa yang Hez mahukan daripada aku.

"Care to explain?" soal aku.

"My grandma, she's dying. Dia tak berhenti sebut tentang bakal cucu menantu, she's repeating the same issue, every single day. I was supposed to get marry with my fiance, Jasmine-"

"So where is she? Kahwin ajelah dengan dia, habis cerita. The end," aku menyampuk.

Hez ketawa sinis, "kalau dia ada, takdelah aku sibuk nak bazirkan duit beli kau, Aurora. She ran away a week before our wedding, with my money and her new f*cking boyfriend," maki Hez. Dapat aku lihat pandangan matanya berubah marah tapi dalam masa yang sama wajahnya kelihatan sayu. Mungkin sedih sebab ditinggalkan atau kecewa kerana kasih-sayangnya dipermainkan. Aku pun tak pasti.

"Kenapa saya, dalam banyak-banyak perempuan yang awak boleh pilih, why me?" soal aku. Yalah, lelaki kacak macam Hez, mustahil tak ada wanita yang setaraf dengannya mahukan dia. Hez mengangkat bahu, "kenapa kau? Well, maybe because you are virgin," jawapan Hez buat aku kerutkan dahi.

"Apa kena mengena virginity saya dengan kes awak ni?" pelik, memang pelik! Nak berlakon jadi bakal isteri Hez kena dara ke?

"Kau takkan faham Aurora, grandma aku berpegang pada nama baik keluarga. Dia tak suka mana-mana bakal cucu menantu perempuan dia yang dah hilang dara, it's humiliating, said her," jawab Hez.

"Habistu macam mana awak yakin sangat yang saya ni masih dara?" sengaja aku buat perang psikologi dengan Hez. Manalah tahu kot-kot dia terpedaya dengan penipuan aku bila aku cakap aku dah tak dara, lepastu dia lepaskan aku?

Bibir Hez terangkat sedikit, tersenyum singgung dia pandang ke arah aku. "Trying to play psychology war, huh?" erk, apesal dia boleh agak pula ni? "Miss Aurora, aku tengok muka kau saja pun aku dah boleh agak. You're innocent but act like a badass," Hez menjawab ringkas. Aku menggigit bibir, aish! Terlepas peluang hendak lari daripada Hez.

"Jadi apa yang saya perlu buat?" pasrah saja aku bertanya. Hez tayang wajah puas hati, mesti dia rasa dia menang sebab aku dah bagi ayat mengaku kalah pada dia.

"Simple, just act like the sweetest girlfriend to me and treat my grandma nicely,"

Wah, senang sungguh! Tapi..

"Sampai bila awak nak simpan saya?"

Tolonglah jangan cakap sampai bila-bila.

"Sampai salah seorang daripada kita mati,"

"Hah?! Takkanlah awak sanggup nak menipu nenek awak dalam tempoh yang lama? Awak nak tunggu siapa yang mati, awak? Saya?! " nak gila aku dibuatnya lepas dengar jawapan Hez. Aku perlu berlakon jadi bakal isteri dia sampai bila-bila? Aku perlu hidup dengan dia sampai mati?! Apa bezanya dengan gantung diri tapi tak mati?

"Apa pilihan yang kau ada? Lagipun, Aurora, kau..milik aku. Kalau kau nak protes pun, kau tetap takkan boleh lepas daripada aku. My men are everywhere, kalau kau lari beribu batu sekalipun, you will finally end up standing in front of me. Besides, I can provide you everything that you want, aku cuma minta satu, stay dengan aku dan berlakon untuk gembirakan grandma aku, susah ke?" Hez menyoal. Dia menongkat dagu, memandang tepat ke arah aku.

Aku rasa nak menangis, ini ke takdir hidup yang aku perlu lalui? Aku tak berhak untuk hidup bebas dan tentukan jalan hidup aku sendiri ke?

"Aurora, answer me," Hez mendesak, inginkan jawapan daripada aku.

"It's Rose, bukan Aurora," tegah aku. Dari tadi dia asyik panggil aku Aurora, menyampah aku dibuatnya.

"Sama ajelah tu, nama kau kan juga?" tegas Hez.

"It's annoying!" marah aku. Panggilan Aurora yang dia gunakan untuk aku itu buat aku lebih menyedari hakikat yang aku memang milik dia. Bukan secara batin tetapi secara zahir dan aku benci semua tu!

"Like I care?"

Ugh, benci!

"Jadi, aku anggap sajalah yang kau setuju dengan semua ni. Kau tak ada pilihan, kalau kau berkeras untuk menolak dan buat perangai nak lari daripada aku, mouth my words, Aurora. When I finally get you back, I will treat you differently. Kalau layanan lembut aku pada kau tak berkesan, I guess being rough is better," ugutan Hez buat aku telan air liur. Layanan macam ini dia kata lembut? Sekarang pun aku dah rasa terseksa. Apatahlagi kalau aku buat perangai, mesti dia takkan berlembut walau satu persen pun dengan aku.

Kesimpulannya,

"Okay, saya setuju. Saya takkan lari dan buat perangai,"

Terbit satu senyuman pada wajah Hez. Terpaku aku buat sementara waktu, dia senyum ke tu? Apesal macam bercahaya sangat? Pertama kali dia senyum. "Kan senang kalau kau berkompromi macam ni, okay, then, kita dah kira settle," kata Hez.

"Apa yang settle?" tanya aku.

"Ice breaking," balas Hez.

"Saya tak perlu kenalkan diri pada awak ke? Since I am going to be your fake bride-to-be, you should know much about me. Takdelah kantoi menipu nanti,"

Aku nampak Hez membetulkan posisi duduknya sebelum dia menjawab, "go on, then. Introduce yourself, aku dengar," katanya.

Aku berdehem sebelum mula memperkenalkan diri pada Hez, "nama saya-"

"Rose Aurora binti Abdullah," Hez mencelah. Ouh, itu dia tahu.

"Abdullah tu bukan nama ayah saya tapi-"

"Tapi disebabkan kau ditinggalkan di rumah anak yatim, nama ayah kau Abdullah," sekali lagi Hez mencelah.

"Umur saya-"

"24 tahun,"

Aku menarik nafas, cuba menenangkan diri. Setiap kali aku nak bercakap Hez akan habiskan ayat aku. Takpe, mungkin informasi selepas ini dia tak tahu.

"Saya-"

"Kau tak bekerja, belajar sampai tahap degree saja, ambil course art and architecture design dekat Universiti Malaya. Kau dapat biasiswa untuk sambung master tapi kau tak sambung belajar sebab ibu angkat kau meninggal dunia dan kau kena jaga ayah angkat kau yang kaki judi plus alcoholic. Ayah angkat kau berhutang dengan Alex, bila dia tak dapat nak bayar, dia jual kau pada Alex and then you met me, the man who saved you from getting raped, the end,"

Aku menghempaskan tangan kanan aku pada permukaan meja. "Are you sure you work as a business man?" aku memandang Hez dengan tajam.

"Ya, aku dah bagitahu kan tadi. Berapa kali nak tanya?"

"I think you should switch career to a stalker, it suits you very well," sindir aku.

"Aurora, kau ingat aku ni apa? Beli kau saja-saja tanpa ada sebarang maklumat? I am not that stupid, besides, you talk too slow, eloklah kalau aku tolong habiskan ayat kau," sekali lagi aku rasa hati aku panas. Ada saja modal lelaki ini untuk sakitkan hati aku.

"Dahlah, cakap dengan awak ni buat sakit hati aje!" cebik aku.

"You have to get used to it, kau akan borak dengan aku setiap hari. You should consider yourself lucky, berlambak perempuan dekat luar sana yang nak habiskan masa dengan aku. They even offer themselves to me, tapi aku tolak. Kau pula, you got ALL those privilege in a day, ouh, how to be you?" Hez berkata pada aku. Sengaja dia tekankan perkataan 'all' itu.

"Bertuah ke saya? Dijual dan hidup saya dikawal sepenuhnya oleh awak? Then, what do you want me to do? Kneel down and begged for your blessing?" sinis aku bertanya. Hez menggelengkan kepalanya perlahan, "tak perlu buat semua tu, I just need you to stay with me. Itu saja pun dah cukup," Hez pandang ke dalam anak mata aku. Aku larikan pandangan, tak mahu dia tahu bahawa aku sedang menahan perasaan sedih yang semakin sarat di dalam hati.

"Dah, jomlah balik. Aku penatlah," Hez kemudiannya membawa aku pulang. Aku hanya menurut sambil berdiri dari posisi duduk dan mengikuti langkah Hez menuju ke tingkat bawah. Aku melihat ke arah Hez yang mendekati staf lelaki yang menjemput aku dan Hez masuk ke dalam kafe sebelum ini. "Dah boleh bagi customer masuk, thanks Qaisy," Hez menepuk bahu lelaki yang bernama Qaisy itu.

Qaisy tunduk hormat, "not a big deal, Sir. Have a nice day, both of you. Sir Deneuve, Miss Rose," Qaisy berkalih pandang ke arah aku yang berdiri di belakang Hez. Aku hanya melemparkan senyuman pada Qaisy. Baik-baik belaka staf yang bekerja dengan Hez, semua murah dengan senyuman. Berbeza sungguh dengan bos mereka, dahlah hati beku, menyakitkan hati pula tu!

"Aurora,"

Aku yang baru berura-ura untuk masuk ke dalam kereta berhenti apabila telinga aku menangkap suara Hez memanggil nama aku. "Hrmm?" balas aku, "I got a call from Benjamin, kau masuk dulu dalam kereta dan jangan cuba-cuba nak lari," Hez mengarah dan aku hanya menurut. Dia tak bagi amaran pun aku memang takkan lari. Gila ke hendak lari selepas dengar ugutan Hez yang menyeramkan itu?

Masuk sahaja aku di dalam kereta, aku secara tidak sengaja menghalakan mata pada cermin tingkap kereta. Buntang mata aku apabila aku menyedari bahawa bedak yang menutupi bekas lebam pada leher aku sudah mula pudar dan lebam tersebut mula kelihatan dengan jelas. Dengan pantas aku membongkar beg tangan aku yang aku letakkan di bawah tempat duduk kereta. Aku mencari bedak muka yang aku gunakan untuk menutup kesan lebam pada leher aku. Mata aku sudah mula bertakung dengan air mata, perit bila mengenangkan kembali peristiwa yang menimpa aku semalam dan bertambah perit bila mengenangkan bahawa aku tidak akan berpeluang untuk jalani hidup yang aku inginkan.

Mengapa realiti terlalu kejam pada aku?

"Fastened your seatbelt, Aurora,"

Suara Hez yang baru masuk ke dalam kereta tidak aku hiraukan. "Aurora, please, kita nak cepat," Hez mengarah sekali lagi namun aku masih lagi kaku, tidak memberi respon terhadap kata-katanya. "Rose Aurora?" aku sangka Hez akan jerit pada aku namun sangkaan aku salah. Dia sebaliknya mendekatkan dirinya kepada aku dan menarik tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk aku. Sedar-sedar saja aku sudah memakai tali pinggang keledar.

Hez tidak mulakan pemanduan sebaliknya dia kini fokus ke arah aku yang sedang berusaha untuk menahan air mata daripada terus membanjiri wajah. "Just cry, tak payah tahan," kata-kata Hez buat aku memandang ke arah dia. "It's okay to cry, Aurora. After all things you've been through, kau tak perlu berlagak kuat," nasihat Hez buat air mata aku mengalir namun aku cepat-cepat menyeka air mata tersebut. "That bruises on your neck, kau jangan risau. Lelaki yang buat benda tak senonoh pada kau semalam, kau takkan nampak muka dia lagi. He's gone," Hez berkata merujuk kepada insiden yang menimpa aku semalam.

"Awak betul, Hez,"

Hez mengangkat kening, "betul tentang apa?"

"Saya sepatutnya lawan sekuat hati saya tapi saya terlalu lemah. Saya tak mampu nak pertahankan diri saya sendiri, maruah saya,"

Hez melepaskan helaan, "okay, maybe I was too harsh on you this morning. Aku tak berniat pun nak buat kau salahkan diri sendiri. It was my fault too, they know you are mine and that's why you become their target," ayat terakhir Hez buat aku berfikir sejenak.

"They? Siapa lagi?" aku kerutkan dahi. Aku nampak riak wajah Hez berubah, dia kemudiannya menggelengkan kepala. "Sorry, aku salah cakap," itu saja jawapan yang aku terima daripada Hez. Aku hanya mengangguk, malas hendak curious lebih-lebih. "Kita balik, lepastu kau rehat hurmm?" kali ini aku dengar nada suara Hez bertukar lembut. Sopan saja cara dia bercakap sebentar tadi, macam tengah pujuk aku.

"Okay," aku mengangguk. Kepala aku pusingkan ke arah bertentangan dengan Hez. Kononnya hendak lihat pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke rumah Hez tapi biasalah, suasana yang diam buatkan mata aku berat. Tanpa aku sedari, aku sudah terlelap. Membiarkan Hez memandu sendirian.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top