BAB 2
"I told you to take a good care of her but look what had happened?! That fool even lay his lips on her!"
Aku dikejutkan dengan bunyi bising yang menjengah masuk ke dalam telinga aku. Aku membuka mata, sedar-sedar saja aku sudah berada di atas katil. Diselimut dengan rapi, aku menyelak comforter putih yang membalut tubuh aku. Gaun yang aku pakai semalam sudah digantikan dengan pijama satin berwarna biru laut yang aku pasti bukan milik aku.
Aku cuba berdiri dari posisi baring namun serta-merta sakit di bahagian kepala menyerang. Aku panggung kepala, memicit kiri dan kanan bahagian dahi untuk mengurangkan rasa sakit. Setelah aku pasti bahawa rasa pening yang aku hadapi berkurang sedikit, aku turun dari katil dan menuju ke arah meja solek yang tidak jauh dari katil aku. Aku menghalakan pandangan pada pantulan aku pada cermin meja solek tersebut.
Air mata aku bertakung di tubir mata selepas melihat keadaan aku yang nampak sangat teruk. Pipi aku dah muncul lebam akibat tamparan lelaki tersebut semalam. Itu aku tak kesah sangat tapi yang buat aku bertambah sedih bila pandangan aku beralih pada bibir dan leher aku. Bibir aku luka, sedikit pecah. Leher aku, penuh dengan kesan lebam yang aku tahu bukan akibat dipukul namun akibat perlakuan lelaki semalam yang melepaskan nafsunya pada aku.
Aku mengusap air mata yang sudah mengalir deras. Aku rasa jijik dengan diri sendiri, walaupun lelaki tersebut tidak sempat berbuat jahat terhadap aku dengan lebih jauh semalam, aku tetap rasa jijik dengan diri sendiri. Disentuh oleh lelaki yang aku langsung tak kenal.
"Bullshit!" aku mendecit sedikit setelah mendengar suara tengkingan yang datang dari luar bilik aku. Sudah kali kedua suara yang sama memaki hamun. Aku mendekati pintu bilik aku, menekap telinga pada pintu untuk mencuri dengar perbualan mereka. "Hez, please..kawal diri kau, aku janji aku akan buat lelaki bodoh tu menyesal sebab sentuh Rose," kali ini suara Alex pula aku dengar menenangkan lelaki yang bernama Hez itu. "You better! Kalau tak, aku sendiri yang akan hukum mamat bodoh tu with my way of punishment," aku dengar Hez mendengus kasar di akhir kata-katanya.
"Aku nak masuk tengok Rose," Alex menghentikan perbualan antara dia dengan Hez. Alamak, kalau diorang tahu aku curi dengar, habislah aku! Kalut aku berlari anak ingin kembali ke atas katil. Niat nak buat-buat tidur terbantut bila kaki aku tersepak kerusi meja solek aku. "Auch!" aku melepaskan jeritan, automatik aku terduduk di atas lantai. Takdelah sakit sangat tapi tetap pedih rasanya.
"Rose, you're awake? What happened?" suara Alex yang baru masuk ke dalam bilik menegur aku. Dia mendekati aku yang sudah duduk bersimpuh di atas lantai. "Tersepak kerusi," jawab aku ringkas. Alex menepuk dahi, "macam mana boleh tersepak pulak?" soalan Alex buat aku menelan air liur. Takkan nak jujur pada Alex yang aku curi dengar perbualan antara dia dengan Hez?
"Balasan sebab curi dengar perbualan orang, padanlah muka," belum sempat aku nak auta dengan Alex, satu suara dah mencelah. Aku angkat wajah dan nampak susuk tubuh sasa seorang lelaki yang memakai t-shirt polo hitam yang dipasangkan dengan seluar hitam sedang bersandar pada dinding di tepi pintu sambil memeluk tubuh. Eh-eh, macam mana dia tahu aku curi dengar?
"Come, pergi baring atas katil," Alex memaut bahu aku dan memimpin aku kembali ke atas katil. "Nak air tak?" Alex menyoal lembut, musykil aku. Tahap baik Alex pada aku hari ini agak luar biasa. Aku membalas soalan Alex dengan anggukkan, memang aku haus pun. Tekak pun dah rasa gatal sebab kering. Aku nampak Alex halakan pandangan ke arah lelaki yang bersandar pada dinding tadi, "Hez, tolong ambil segelas air boleh tak?" soal Alex pada Hez.
Dalam hati aku berbisik, ini rupanya Hez yang aku duk dengar Alex sebut dari tadi.
Mata Hez membulat bila dengar Alex tanya soalan macam tu pada dia. "Aku? Ambil air? Siapa bos sekarang ni? Aku atau kau?" bertubi-tubi soalan yang Hez lontarkan pada Alex. "Ambik air pun nak berkira bos atau pekerja ke? Tolonglah kejap, aku nak cakap sikit dengan Rose," Alex menjawab. Aku dengar Hez mendengus sambil merungut. Entah apa yang dia rungutkan sebab aku tak dengar sangat.
Suasana antara aku dengan Alex jeda buat beberapa saat sebelum Alex ambil keputusan untuk pecahkan kesunyian antara kami berdua. "You alright?" itu soalan yang dia lontarkan kepada aku. Aku pandang Alex, "physically? Yes, but I can't ensure you that my mental is in great condition," aku menjawab. Alex melepaskan keluhan, "kau tak perlu risau, aku dengan Hez akan hukum lelaki semalam, biar dia sedar yang dia cari nahas dengan orang yang salah," Alex memberi jaminan.
"Saya dah tak tahu nak kata apa, saya rasa jijik dengan diri sendiri. Rasa bodoh sebab tak mampu lawan lelaki tu sekuat hati saya," aku tunduk memandang tangan yang sudah mula bergetar. "Rose, that is not your fault, you're lucky we manage to save your earlier before he could done more to you," Alex cuba menenangkan aku. Aku cuma diam, tidak membalas apa-apa kepada Alex. Dalam diam aku mengakui apa yang Alex katakan. Aku bertuah sebab masih sempat selamatkan maruah aku.
"Rose, mulai hari ni, kau takkan tinggal dekat sini dah, kau akan ikut Hez balik," Alex tiba-tiba membuka cerita berkenaan Hez. "I know, dah tentulah saya mesti ikut dia, you sold me to him," pasrah saja aku menjawab. Alex mengangguk, sudah maklum yang aku sememangnya tahu berkenaan perkara ini.
"Correction, young lady, I bought you willingly, he did not sold you to me," perbualan antara aku dengan Alex terhenti apabila Hez mencelah. "Here, a glass of water," Hez menghulurkan segelas air kosong kepada aku. Aku mencapai dan terus meneguk air tersebut. "Now you, Benjamin, get out of this room! Let me talk to her privately," Hez memanggil nama kedua milik Alex sambil menuding ke arah pintu. Memaksa Alex untuk keluar.
"Rude, fine!" Alex tunjuk tanda protes di hadapan Hez. Aku nampak Hez tayang wajah tidak kesah bila Alex keluar sambil menghempas pintu bilik aku dengan kuat. "Enjoying last night's kiss?" uhuk! Uhuk! Tersedak aku yang tengah minum air akibat soalan yang keluar dari mulut Hez. Mencerlung mata aku memandang ke arah wajah Hez yang langsung tidak tunjukkan riak serba salah dengan soalannya itu.
"Excuse me?" aku bertanya. "Kau boleh lawan, tolak, tendang atau buat apa-apa saja untuk hentikan lelaki tu, tapi apa yang aku nampak semalam, kau cuma diam dan menangis, apesal lemah sangat?" sinis soalan Hez tujukan pada aku. Aku mengetap bibir, "bukan saya tak lawan, cuma.." aku tak dapat teruskan kata-kata aku. Takkan aku nak cakap pada Hez yang aku tak melawan semalam disebabkan aku kena panic attack? Nanti dia kata aku buat alasan pula.
"Takde cuma-cuma..aku malas nak dengar, lucky you I came to save you or you might lost your virginity to a fool," ujar Hez. "Terima kasih sebab selamatkan saya," aku ucapkan terima kasih pada Hez, walaupun aku tengah sakit hati dengan dia tapi dia tetap insan yang sudah menyelamatkan aku semalam. Adat terhutang budi, haruslah berterima kasih. Hez ketawa sinis, "kau ingat aku selamatkan kau saja-saja ke?" duganya. Aku kerutkan dahi, tak faham. "Maksud awak?" soal aku, masih dengan minda yang ligat memproses kata-kata Hez.
"I am being selfish, I bought you so that means you are exclusively mine. Your virginity, it's for me. Not other men," selamba Hez menjawab soalan aku. Tubuhnya didekatkan sedikit dengan aku yang sedang duduk bersandar pada katil. Aku pegun, gerun dengan jawapan Hez. "Hey, I'm messing with you, don't take it seriously!" Hez meletakkan kembali jarak di antara kami berdua, aku menghela nafas lega. Kata-kata Hez menyedapkan kembali perasaan aku yang tadi sudah mula kucar-kacir. Ingatkan betul-betul dia selamatkan aku sebab nak ambil kesempatan terhadap aku.
Hez kemudiannya bangun dari kerusi yang berada di tepi birai katil aku. "Pack all of your things, you're going back home with me. Kau ada masa sejam untuk bersiap dan kemas barang, kalau lambat, siap kau!" Hez memberi amaran. Melopong aku dibuatnya, aku tengah hidup dalam zaman diktator ke ni? Bersiap dan kemas barang dalam masa sejam? Mana sempat!
"Hez, tunggu!" aku hampir terlupa untuk bertanya satu perkara kepada Hez. Hez yang hampir menutup pintu bilik aku membuka kembali pintu tersebut, "apa?" soalnya. "Siapa yang salinkan baju saya semalam?" tolonglah, janganlah dia buat gila pergi cakap dia atau Alex yang tukarkan. Hez pandang aku, dari atas hingga bawah. Aku sudah mula menarik comforter putih tersebut untuk membaluti tubuh aku. Seram aku dengan anak mata berwarna hazel milik Hez yang tenung aku macam nak telan aku hidup-hidup. "Kau ingat aku ni apa? Pusat amal jariah? Lepas selamatkan kau lepastu nak tukarkan baju kau bagai? Memang taklah! Ada staff perempuan hotel ni yang tolong," Hez menggulingkan anak matanya. Nampak sangat dia annoying dengan aku.
Sekali lagi nafas lega dihembus, nasib baik!
"Eh, cepatlah! Aku takde banyak masa nak tunggu kau, my time is gold, you're not worth it to wait for!" Hez meninggikan sedikit suaranya kepada aku. Aku terkejut, secara refleks tubuh aku turun dari katil dan melangkah ke almari untuk mengemas semua pakaian dan barang-barang aku. Hez keluar dari bilik aku, aku menjengulkan kepala untuk melihat sama ada dia sudah benar-benar pergi. Selepas aku pasti bahawa pintu sudah tertutup rapat, aku mencebik, "my time is gold, you're not worth it to wait for!" aku mengajuk kembali ayat yang dilontarkan Hez sebentar tadi. "Eleh, tak worth it pun dia juga yang spend beribu nak beli aku, ugh, men!" bebel aku.
"Aurora, make sure your mouth moves synchronized with your hands!"
Terdiam aku dibuatnya. Hez menjerit dari luar bilik, aku pandang kiri, kanan, atas, bawah. Dalam bilik ini ada diletakkan pembesar suara, cctv atau mikrofon ke? Macam mana dia boleh tahu yang aku tengah mengumpat dia? Aku menepuk dahi, aish! Fokus Rose!
Tepat sejam aku bersiap dan mengemas barang, barang aku takdelah banyak sangat. Pertama kali jumpa Alex pun aku cuma sehelai sepinggang. Beg, baju serta barang mandian semuanya Alex yang urus dan belikan. Aku keluar dari bilik dengan mengheret sebuah beg bagasi hitam bersaiz sederhana yang Alex pernah berikan kepada aku. Mata aku melilau ke segenap ruang tamu bilik hotel ini, mencari kelibat Alex.
"Rose," terkejut aku dibuatnya bila satu suara menegur aku dari belakang. Aku menoleh dan melihat Alex yang entah muncul dari mana. "It's time for you to go," Alex berkata pada aku, dapat aku kesan rasa sayu dari anak matanya yang tunak memandang wajah aku. Aku cuma diam, tidak tahu hendak kata apa pada Alex. Walaupun aku tak kenal Alex sepenuhnya tapi sepanjang sebulan aku menjadi penghuni bilik hotel ini, dialah yang selalu teman aku.
Memang kalau diikutkan Alex itu selalu usik nak sentuh aku tapi aku tahu dia bukan jenis lelaki yang macam tu. Buktinya, dia ada akses kad untuk masuk ke dalam bilik aku tapi tak pernah sekali pun dia masuk tanpa izin aku. Makan dan minum aku semuanya cukup dia sediakan. Tak pernah kurang. Dia tak pernah pukul ataupun sakitkan aku. Walaupun aku tahu hakikat bahawa aku dijual pada Alex oleh ayah angkat aku tapi aku rasa hidup aku lebih baik dengan Alex. Aku tak perlu lagi didera dan dipukul oleh ayah angkat aku.
"Hez will take care of you now," bila Alex sebut saja nama Hez, pandangan aku terus fokus pada wajah kacak di hadapan aku ini. "Alex, don't you think that he's a bad news? Tak boleh ke kalau saya tinggal saja dengan awak? Saya- saya takut dengan dia," aku meluahkan apa yang terbuku di dalam hati aku pada Alex. Aku nampak Alex menguntum senyum simpul, "it's nice to know that you feel safe around me Belle, tapi aku tak boleh simpan kau selama-lamanya..from the beginning, you are Hez's," ayat itu lagi!
Sudah lali telinga aku dengan ayat yang menyatakan bahawa aku milik Hez. Bila masa aku kahwin dengan dia? "I never recall when did I sign an agreement to be his property," aku menyindir. Sakit hati aku dengan hakikat bahawa aku akan hidup di bawah telunjuk Hez.
"What am I witnessing? Poor little girl begging my man to avoid living with me?" aku mengetap bibir, aku dah hadam dah suara yang mencelah perbualan antara aku dengan Alex. Siapa lagi kalau bukan, "Hez?" Alex menegur Hez yang sudah tegak berdiri di hadapan kami berdua. Entah bila dia ni masuk, takde langsung aku dengar bunyi pintu dibuka. "Bukan kau kata kau tunggu dekat lobi ke?" Alex bertanya pada Hez.
"Ya, aku naik sebab aku dapat rasa yang perempuan ni nak buat perangai," Hez memberhentikan ayatnya seketika, dia melangkah mendekati aku yang sedang tunduk memandang lantai sambil mengusap kedua belah tangan aku. "Looks like my instinct was right, do I look like a man that will hurt you, schatzi (sweetheart)?" Hez berbisik pada telinga aku, terlalu dekat sehingga aku dapat menghidu aroma vanila yang dipakainya. Aku gagahkan diri untuk pandang Hez tepat pada anak mata dia, seketika pandangan kami bertaut. Tak sampai beberapa saat, aku dah larikan pandangan, tak sanggup tatap anak mata hazel itu lama-lama.
"I am not your sweetheart," aku membalas sambil melarikan anak mata aku daripada terus tertarik dengan pandangan Hez. Hez pegun buat sementara, pastinya terkejut dengan jawapan aku yang jelas sekali memahami frasa bahasa asing yang dia gelar pada aku tadi. "Ouh, you understand Germany, this is interesting," Hez memeluk tubuh, mengagumi aku.
Aku menahan diri daripada menguntum senyum bangga, aku takdelah pandai sangat bahasa German tapi masa aku sekolah menengah dulu ada kelas bahasa asing dan aku tertarik untuk pilih bahasa German. Aku pun tak tahu kenapa, yang tambah pelik lagi, senang saja aku master bahasa tu. Sayangnya lepas SPM, aku dah tak biasakan lidah dengan bahasa tersebut. Yalah, dengan siapa aku nak berbahasa German? Takkan dengan jiran sekampung aku pula?
"Aku tak kesahlah kau nak anggap aku ni bad news sekalipun tapi janji tetap janji. Aku dah habiskan beribu untuk dapatkan kau, Benjamin dah lepaskan kau pada aku. You like it or not, you still have to follow me!" Hez tegaskan nada suaranya. Bukan menengking tapi cukup untuk buat aku kecut perut. Aku mencari Alex yang berdiri di belakang Hez, memberikan pandangan meminta simpati daripada dia. Namun, hampa hati aku bila Alex kata, "he's right Rose, you will be safe with him," ujar Alex umpama memujuk.
Aku mencebik, nak memberontak. Apa yang selamatnya? Aku rasa lagi terancam adalah!
"No excuses, Aurora. It's either you follow me or I'll give an order to Benjamin to make you work at his club," Hez mengugut. Dengar saja perkataan kerja dekat kelab malam Alex, automatik kaki aku mengejar langkah Hez yang sudah pergi sambil menarik bagasi aku bersamanya. Aku tak suka pilihan yang Hez berikan pada aku, dua-dua aku tak mahu tapi aku tahu aku tak berhak memilih. Mahu tak mahu, aku terpaksa ringankan langkah mengikuti Hez. Lelaki yang aku baru kenal tak sampai sehari.
"Dahlah, tak payah nak sedih sangat lambai Benjamin tu! Bukannya kau tak dapat jumpa dia lagi," Hez menegur aku yang tak berhenti lambaikan tangan pada Alex dari dalam kereta milik Hez. Tahap dengki dia tengok aku ucap selamat tinggal pada Alex sampai dia sanggup main tutup saja tingkap kereta. Tak bagitahu aku pun. Aku mencebik, tak ada guna lagi kalau aku lambai pun, Alex bukannya nampak. Almaklumlah, kereta Hez ni tingkapnya tinted habis!
"Memang ini kali terakhir saya jumpa Alex pun," rungut aku. "Shatzi, he's my man. I run business with him, you will see his face often, nothing to be sad about," Hez memberitahu. Terbit senyuman pada wajah aku selepas mendengar apa yang Hez katakan.
"Awak tak tipu kan?"
"Why would I lie?"
"Kalau macam tu saya masih boleh jumpa Alex lah kan?"
"Only if I give you my permission to meet him,"
Ceh!
Tak jadi aku nak gembira lebih-lebih. Hilang terus senyuman aku yang tadinya mekar. Nak harapkan Hez untuk bagi kebenaran pada aku bertemu dengan Alex? Memang taklah!
Aku dengar Hez lepaskan tawa sinis, "I am way more attractive than Benjamin, kau sepatutnya gembira sebab dapat tinggal dengan aku," Hez memuji diri sendiri. Aku mengangkat kening, bangga? Macam tak kena saja nak bangga bila tahu hakikat yang aku ini barang belian Hez. Aku diam saja, tidak melayan apa yang Hez katakan.
Selepas hampir 15 minit pemanduan, Hez memarkir kereta di hadapan sebuah bangunan tiga tingkat yang berwarna putih. Aku sempat membaca nama yang diukir dengan warna emas pada signboard berwarna dove putih tersebut. 'Weiße Rosen' , "white roses," aku bergumam perlahan, mentafsir nama bangunan tersebut. Cantik, aku suka.
Hez memberhentikan enjin kereta mewah miliknya ini dan menanggalkan tali pinggang keledar yang dipakainya. Aku tolehkan kepala ke arah Hez yang berada di sebelah kanan aku. Hez turut memandang ke arah aku, "jom," katanya sepatah.
"Jom?" aku tayang wajah tidak faham. "Jomlah pergi makan," balas Hez. Aku menggeleng, "taknak, saya kenyang," rasa nak hempuk kepala sendiri sebab bagi jawapan macam itu pada Hez. Sejujurnya aku lapar, dari semalam aku tak jamah apa-apa pun tapi entah kenapa mulut aku ni bertindak sebelum otak. Pandai-pandai bagi jawapan kenyang pada Hez. Buatnya dia pergi makan sendiri dan tinggalkan aku dalam kereta, padanlah dengan muka aku!
Aku nampak Hez kerutkan dahi, "kau tengok muka aku sekarang," arahnya dan aku menurut. Mata aku talakan pada wajah Hez yang putih bersih itu, kenapa aku kena tengok muka dia? Dia nak minta aku periksa kot-kot ada jerawat ke dekat muka dia? "Dah tengok kan?" soalan Hez aku jawab dengan anggukkan.
"Ada nampak muka aku macam aku kesah?"
Ceh!
"Kalau kau kenyang kau punya pasallah! Aku lapar, aku nak makan. Kalau aku tinggalkan kau dalam kereta ni, tak pasal-pasal kena culik. Nanti tambah satu masalah membebankan aku pula, dah, cepat turun!" Hez mengarah. Kalau dia dah keluarkan suara tegas dengan nada mendatar itu maknanya itu adalah satu petanda yang aku kena ikut cakap dia. Lambat-lambat aku tanggalkan tali pinggang keledar dan keluar dari kereta. Aku menurut langkah Hez yang sudah jejakkan kaki masuk ke dalam bangunan tersebut.
Sampai saja di hadapan pintu masuk bangunan ini, aku dan Hez disambut oleh seorang staf lelaki yang memakai uniform berwarna karamel pekat. "Welcome, Sir Deneuve," lelaki tersebut tunduk hormat kepada Hez. Hez hanya mengangguk sambil matanya meneliti segenap ruang bangunan tersebut. Dia kemudiannya mengarahkan sesuatu kepada lelaki yang membukakan pintu masuk buat kami sebentar tadi.
"Dah kosong dah semua?" soal Hez.
"Dah, this place is yours for the whole day,"
Hez mengangguk, nampak riak puas hati pada wajahnya. Tanpa menoleh ke arah aku, Hez terus melangkah ke sudut bangunan tersebut. Aku pun apalagi, menonong sajalah ikut dia! Setelah beberapa langkah kaki aku meneroka baru aku dapat teliti dengan lebih mendalam rekaan dan hiasan yang diaplikasikan di dalam bangunan ini. Modern and minimalist.
Hez membawa aku menaiki tangga ke tingkat dua. Telan air liur aku dibuatnya selepas melihat tangga kafe ini. Mak aihhh, tangga pun tangga marmar! Sampai sahaja di tingkat dua, Hez menuding ke arah satu sudut yang menempatkan meja marmar berbentuk bulat berwarna putih dan dua buah kerusi marmar berkusyen putih. "Duduk situ," arahnya. Aku menurut dan melabuhkan punggung di atas kusyen empuk kerusi tersebut.
Tidak sampai seminit, kami didatangi oleh seorang lelaki beruniform karamel sekali lagi. Bezanya, lelaki kali ini muka dia ada macam campuran orang putih sikit. Lelaki pertama yang aku jumpa di hadapan pintu masuk tadi muka pure Malay. "Order, sir," ucap lelaki itu. Aku nampak Hez kerlingkan mata ke arah aku dan kemudian berkata sesuatu dalam bahasa German dengan lelaki itu. Aku mencebik bila aku tak dapat nak tafsirkan apa yang Hez katakan. Yalah, dah dia cakap laju sangat! Bukan setakat laju tapi sebutan dia pun pekat. Logiklah kalau aku tak faham.
Aku memeluk tubuh, mata aku melilau ke arah tingkap kaca yang membolehkan aku untuk memerhati orang awam yang lalu di hadapan kafe ini dari tingkat dua. Sudah hampir 5 minit berlalu namun Hez masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk bercakap dengan aku. Aku menjeling sedikit untuk melihat ke arah Hez, dia tengah sibuk dengan telefon dia. Aku mengeluh, dahlah aku lapar, bosan pula tu!
Tiba-tiba hidung aku menangkap bau sesuatu yang sedang dimasak. Macam bau daging yang diperap. Fuh, sedapnya! Aku berusaha sedaya-upaya untuk tahan diri daripada menunjukkan yang aku lapar tapi..
Grukk!
Erk, aku pegang perut aku.
"As I recalled, you said you were full," Hez bersuara. Aku tundukkan kepala, malu untuk berhadapan dengan Hez. Kuat sangat ke perut aku bunyi sampai dia boleh dengar? Rasa macam nak ikat saja perut sendiri sebab derhaka dengan aku. Boleh pula buat hal berkaraoke depan Hez. Kena pula masa aroma makanan yang dimasak menusuk ke dalam hidung aku. Haih!
"M-memang saya kenyang pun!" aku menjawab, ragu-ragu.
"Jadi kau nak cakap yang aku dengar tadi tu apa? Bunyi guruh? Nak hujan?" bertubi-tubi Hez serang aku. Aku pula hanya diam, nak gaduh apalagi dengan Hez kalau aku tahu dah tentu-tentunya dia akan menang? Elok lagi aku diam dan simpan tenaga. Aku ni dahlah tengah lapar sekarang, ada yang aku telan hidup-hidup nanti!
"Sir Deneuve, Miss Rose, your foods are ready," lelaki yang ambil pesanan makanan Hez tadi datang kembali dengan troli yang penuh dengan makanan. Eh, macam mana dia tahu nama aku? Hez bagitahu ke? Aku panjangkan leher mencuri lihat ke arah makanan yang dipesan Hez. Aku nampak stik, spaghetti carbonara, garlic bread, tiramisu dan buah tembikai susu. Buntang mata aku dibuatnya, Hez seorang makan semua ni? Banyaknya dia makan!
"Eat," satu patah perkataan yang keluar dari mulut Hez terus buat aku fokus pada dia. "Apa dia?" soal aku, aku tak salah dengarkan? Dia suruh aku makan ke tadi? Hez yang baru saja mengangkat pisau dan garfunya meletakkan kembali dua alat itu di atas meja. Dia melepaskan keluhan. "Silalah makan, cik Rose Aurora," Hez mengulang. "Okay!" semangat aku mencapai garfu untuk mengambil spaghetti yang terhidang di hadapan aku. Makanan dah depan mata, aku takkan tolak dah!
Aku pandang ke arah Hez yang tengah sibuk potong stik. Dia ni dari tadi aku tengok asyik potong stik saja, makan entah bila nak mula. "Here," terkejut aku bila Hez tiba-tiba tolak pinggan yang dah penuh dengan daging yang dia baru potong tadi kepada aku. Dia potong untuk aku ke? Mustahil! "Awak nak apa? Nak saya letakkan spaghetti dekat sini eh?" polos aku bertanya. Yalah, kot-kot dia hulur pinggan semata-mata nak aku bagi separuh spaghetti pada dia sebab aku dari tadi melantak spaghetti ini. Makanan lain aku tak pandang.
"Ambil ni, makan,"
Uhuk! Hampir tersedak aku dengan kebaikan drastik yang Hez lakukan. "Awak potongkan untuk saya ke?" tanya aku. "Nak tunggu kau potong, alamatnya berjam-jamlah aku duduk dekat sini," balas Hez dingin. "Awak makanlah," aku mula segan dengan Hez. Dahlah tadi aku bukan main kerek kata kenyang lepastu sekarang aku pula yang habiskan makanan dia.
"Aku dah suruh makan tu, makan ajelah! Haih, woman with their complicated issue," Hez merungut sambil menggelengkan kepalanya. Aku mencebik, Hez kalau bab-bab memaksa dan mendesak, memang aku tak boleh nak lawan. "By the way, thank you," ucap aku ringkas. "Lain kali kalau aku ajak makan, tak payah banyak alasan. You're lucky I am good enough to order foods for you, imagine what will happen if Benjamin sold you to a bad guy? Rasanya kau dah mati kebulur," sinis Hez berkata pada aku.
Aku tak ada niat nak menjawab apa yang Hez katakan. Ada betulnya juga apa yang dia cakap. Tengok tu, Rose! Hari ini saja dah berapa kali kau speechless sebab semua yang Hez cakap tu betul.
"Ya, ya..lepasni kalau awak ajak saya makan saya ikut, puas hati?" balas aku. Hez memeluk tubuh, "very," dia melemparkan senyum sinisnya. Aku mengetap bibir, mencucuk daging menggunakan garfu dengan kasar. Ish, aku tak suka betul bila dia senyum macam tu! Menyakitkan hati betul!
"Makan cepat sikit Aurora, because after this you got an ice breaking session with me," Hez mengarah buat kesekian kalinya sebelum dia turut makan bersama aku. Aku hanya mengangguk, nak ice breaking dengan Hez? Hrmm, menarik! Aku ada soalan penting yang aku perlu tanya pada dia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top