CHAPTER 8 | KAWAN

Hayden membuka matanya perlahan.
Kepalanya berdenyut-denyut bagaikan ingin pecah. Mungkin terlampau banyak minum.

Tangannya yang tadi sibuk mengurut kepalanya, terhenti apabila melihat suasana bilik yang begitu asing baginya.

'Urghh, bilik siapa pulak ni?' Bisik Hayden dalam hati. Matanya melilau memandang sekeliling.

Hayden tersedar dari lamunan apabila merasa ada pergerakan di sebelah kirinya. Segera dia menoleh kepalanya ke arah tersebut. Matanya membulat apabila melihat wajah yang sangat dikenalinya sedang nyenyak tidur di sebelahnya.

'What the fuck?! Kenapa Alex boleh sekatil dengan aku?' Getus Hayden dalam hati.

Otaknya diperah supaya mengingati kembali kejadian semalam. Samar-samar terlintas kembali kejadian semalam di ingatan. Dia hanya ingat yang dia terjumpa Alex dekat club.

Matanya kembali memandang wajah Alex yang masih lena. Dari keningnya yang terukir cantik. Turun ke hidung yang mamcung. Dan akhir sekali pandangannya jatuh pada bibir merah yang seksi. Lama matanya tertacap pada bibir seksi itu. Tanpa sedar Hayden menelan liurnya.

"Comel jugak Alex ni." gumam Hayden. "Ishh, apa aku cakap ni??" Hayden menggelengkan kepalanya berkali-kali. Buang tabiat ke?

Selepas itu, Hayden menyelak selimut yang menutupi tubuhnya. Ingin memastikan tiada apa-apa benda pelik yang berlaku semasa dia tidak sedarkan diri. Nafas kelegaan dihembus apabila melihat pakaian semalam masih elok tersarung di tubuhnya. Mana tahu kena rogol dengan Alex. Hilang teruna dia nanti. Tak sedar diri tadi dia tenung muka Alex bagai nak tembus. Siap puji comel lagi.

Hayden yang kelegaan itu tidak menyedari Alex yang tidur disisinya sudah membukakan mata.

Alex mendengus perlahan apabila kepalanya masih terasa sedikit pening. Kepalanya dipegang sambil mendudukkan diri dari pembaringan. Alex memandang sekeliling biliknya sebelum matanya bertembung dengan mata milik Hayden.

Kedua-dua mereka mendiamkan diri seketika sambil memandang antara satu sama lain.

"Kau tak sedarkan diri semalam. Aku nak hantar pergi rumah kau, aku tak tahu alamat. So, aku bawak lah kau ke rumah aku. And aku tertidur dekat sebelah kau sebab aku pun terlebih minum semalam," jelas Alex panjang lebar.

"Kalau kau nak mandi ke apa, tuala ada dalam almari tu. Toiletries pulak ada dalam laci dekat bilik air. Baju bersih pun ada. Jangan risau, baju-baju tu semua aku tak pernah pakai lagi. Kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya aku dekat bilik sebelah" kata Alex lagi sebelum melangkah keluar menuju ke bilik tidurnya. Tak ada makna Alex nak tumpangkan Hayden dekat bilik dia sendiri. Mampus kalau Hayden jumpa benda yang tak sepatutnya.

"Ok. Thanks," balas Hayden. Pemergian Alex hanya dihantar dengan pandangan.

Hayden berteleku sementara di atas katil. Tiba-tiba terbayang dimatanya bahagian atas dada Alex putih melepak dia tercuri tengok kerana butang atas baju Alex terbuka dan muka comel Alex yang sedang lena.

'Kau pikir apa ni Hayden?! Alex tu lelaki tau? Tak akan sebab kecewa dengan Catrine,kau nak tukar taste pulak?' Getus Hayden sambil menepuk kuat kedua belah pipinya. Kepalanya digeleng-geleng sebelum badannya dibawa menuju ke arah bilik air.

Biar fresh sikit otak. Tak ada lah terpikir benda pelik-pelik.

"Alex, boleh pinjam phone tak?" Tanya Hayden berjalan ke arah Alex yang sedang duduk melepak diruang tamu itu. Sebelah tangannya mengelap rambutnya yang masih basah dengan sehelai tuala kecil.

"Mana phone kau?" Tanya Alex kehairanan. Matanya memandang Hayden yang melabuhkan duduk di kerusi yang berhadapan dengannya.

"Phone aku tertinggal dalam kereta."

"Ohh. Nah." Alex memberikan phonenya kepada Hayden.

"Hahahaha" Hayden tergelak melihat wallpaper phone Alex.

"Kau gelak kenapa?" Tanya Alex kehairanan. Ada benda lawak ke dalam phone aku?

"Kau weebs ke?" Tanya Hayden tanpa menjawab soalan Alex.

"Haah. Mana kau tahu?" Jawab Alex.

"Wallpaper kau." Kata Hayden menunjukkan phone di tangannya kepada Alex.

"Oh. Ada masalah?" Soal Alex, setelah terdiam seketika. Buset, boleh pulak terlupa nak tukar wallpaper.

"Tak ada, tak ada" nafi Hayden laju. Hayden meneruskan agendanya yang ingin menelefon Black sebentar tadi.

Setelah memberikan arahan yang sepatutnya kepada Black, Hayden memulangkan semula phone Alex.

"Thanks" ucap Hayden.

"Welcome" balas Alex.

Mereka berdua kembali mendiamkan diri.

"Aku dah break dengan Catrine," ujar Hayden tiba-tiba, memecahkan kesunyian.

Alex mengerutkan kening mendengar apa yang diperkatakan Hayden. Asal nak bagitahu dia pulak? Dia dengan Hayden bukannya member pun. Pernah gaduh pulak tu.

"Aku bagitahu ni sebab nak berterima kasih dengan kau. Kalau tak disebabkan kau, aku tak tahu lah perangai sebenar Catrine and Eric. Thanks Alex." Terang Hayden memandang Alex.

"Aku bagitahu bukan sebab kesiankan kau, tapi sebab aku tak suka Eric" kata Alex dengan nada kosong.

Hayden terdiam mendengar kenyataan Alex itu.

"Kenapa Alex benci Eric sedangkan mereka Eric tu cousin dia?" monolog Hayden dalam hati.

🍁🍁🍁

Alex dan Hayden melangkah beriringan memasuki kelas. Pandangan pelik rakan sekelas yang lain mereka abaikan. Siapa saja tidak pelik, tidak lama dulu kecoh satu kampus mengatakan Alex menggoda Catrine walaupun sudah tahu Catrine itu kekasih Hayden. Namun, mereka semua hanya memandang dari jauh tanpa berani datang dekat untuk bertanya.

"Alex, kau dah siap ke assignment yang Madam Olivia bagi minggu lepas?" Tanya Hayden sebaik sahaja duduk.

"Dah. Kenapa?" Tanya Alex sambil mengeluarkan phonenya dari kocek seluar.

"Nak pinjam boleh?" Hayden memandang wajah Alex penuh mengharap.

"Nope." Balas Alex sepatah tanpa memandang wajah Hayden. Banyak cantik muka kau, penat-penat dia perah otak cari jawapan, kau nak tiru macam itu saja.

"Alah Alex, please! Boleh lah." Rayu Hayden sambil menggoyang-goyang lengan Alex. Mampos lah dia kalau tak siap assignment Madam Olivia.

"Nope."

"Aku belanja kau makan seminggu. Apa-apa saja yang kau nak. Macam mana?" Kata Hayden cuba merasuah Alex.

Terus Alex menolehkan kepalanya memandang Hayden apabila mendengar perkataan belanja makan.

"Apa-apa saja yang aku nak?" Tanya Alex ingin kepastian. Matanya bersinar memandang Hayden.

"Yup. Anything you want." Balas Hayden yakin. Sudah dapat mengagak, mesti taktik itu berhasil.

"Deal." Alex segera mengeluarkan kertas assignment miliknya sebelum memberikan kepada Hayden yang sudah tersenyum seindah matahari.

"Thanks baby." Ucap Hayden dengan nada mengusik.

"Eii, geli lah bodoh." Marah Alex dengan riak jengkel. Kalau orang lain dengar, tak ke menimbulkan salah faham. Tak nak dia kena cop gay.

"Alah baby, jangan lah marah." Sakat Hayden lagi. Suka betul dia tengok muka marah Alex. Comel. Sebelum ini, tak pernah dia gurau panggil kawan-kawan dia baby. Dengan Alex saja dia gurau macam tu.

"Diam lah setan." Terus Alex memakai headphones. Malas dia nak layan perangai tidak betul Hayden.

Hayden ketawa melihat reaksi Alex. Sungguh dia tidak menyangka, akibat peristiwa dia tertidur di rumah Alex sebulan yang lalu, hubungan mereka berubah. Daripada musuh, menjadi kawan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top