CHAPTER 6 | DRESS
"Hello aunty." Alex menyapa Puan Marry, ibu kepada Sara merangkap bestfriend mummy nya, Puan Dianne.
"Hello Alex. Jemput lah masuk. Sara tengah bersiap dekat atas," pelawa Puan Marry sambil tersenyum manis.
Alex mengekori langkah Puan Marry menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Puan Mary.
"Alex nak air apa? Aunty boleh buatkan." Tanya Puan Marry ramah.
"Tak apa lah aunty. Buat susah- susah je. Alex singgah kejap je," tolak Alex sopan.
"Uncle mana aunty?" Tanya Alex apabila kelibat Encik Brian tidak kelihatan.
"Macam biasa, uncle keluar main golf dengan kawan-kawan dia. Macam kamu tak kenal perangai uncle kamu tu," jawab Puan Marry.
"Dah lama ke you sampai Alex?" Tegur Sara yang lincah menuruni tangga. Handbag tersangkut kemas di bahunya.
"Nope, I baru je sampai," jawab Alex ringkas.
"Mummy, Sara keluar dulu," ucap Sara sambil memeluk Puan Marry. Kemudian dia melambaikan tangannya ke arah Puan Marry.
"Alex gerak dulu aunty," pamit Alex juga.
"Okey. Hati-hati bawak kereta tu." Pesan Puan Marry sambil membalas lambaian anaknya.
"Baik aunty. "
🍁🍁🍁
"So, you dah breakfast ke?" Tanya Sara memandang Alex di sebelahnya. Sebelah tangannya memeluk lengan Alex. Mereka baru sahaja sampai di mall, so jalan-jalan lah dulu.
"Belum lagi," jawab Alex. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.
"Jom breakfast dulu. Kang nanti,macam radio rosak pulak you nanti,merengek lapar," perli Sara sambil menjeling Alex. Alex ni, bila dia lapar, dia jadi banyak songeh. Mulut bising cakap lapar. Selagi tak makan, selagi tu lah dia memekak cakap lapar.
"Hehe" Alex hanya mampu tersengih mendengar perlian Sara. Tak boleh nak bidas sebab benda tu fakta.
Selesai mengisi perut, bermula lah aktiviti shopping mereka.
"Alex, ni cantik tak?"
"Alex, I rasa ni comel lah."
"Alex, pink or grey?"
"Alex heels or flat?"
Setiap kali nak pilih something mesti Sara tanya Alex dulu, but end up dia beli dua-dua. Tak pun bila Alex cakap yang A cantik, mesti dia cakap yang B cantik jugak. Last sekali, beli yang B jugak. Baik tak payah tanya kalau macam tu.
Tangan Alex sudah penuh dengan beg kertas pelbagai jenama.
"Alex, jom masuk situ jap," ajak Sara. Tangannya menunjuk ke arah kedai La Senza. Ye guys, LA SENZA, kedai pakaian dalam wanita.
"I tunggu luar je lah Sara," tolak Alex.
"No, you kena temankan I masuk jugak," tegas Sara. Tangannya sudah menarik lengan Alex memasuki kedai tersebut.
Alex memasuki kedai La Senza dengan muka pasrah lagikan redha.
Alex bermain dengan phonenya sementara menunggu Sara memilih bra. Tiba-tiba namanya dipanggil oleh Sara.
"Alex, this one or this one?" Tanya Sara sambil menunjukkan bra di kedua tangannya kepada Alex.
Alex, terkedu seketika mendengar pertanyaan Sara itu. Kemudian mukanya kembali ke riak asal.
"Dua-dua nice. Ambik je lah dua-dua sekali," jawab Alex member pendapat. Matanya dikalih semula ke arah screen phone . Namun, terdengar suara Sara memanggilnya semula.
"Alex, come here."
"Why?" Tanya Alex hairan sambil melangkah ke arah Sara.
"Alex, which one should I buy?" Tanya Sara sebaik sahaja Alex mendekatinya sambil mengangkat kening.
Terus merah muka Alex melihat benda yang ingin dibeli oleh Sara.
"Ambik je lah mana-mana." Kata Alex perlahan tanpa memandang ke arah 'benda' yang ingin dibeli oleh Sara.
"Okey." Kata Sara sambil membelek thong yang pelbagai warna dan corak di hadapannya. Pura-pura tak nampak wajah Alex yang sudah sedikit merah menahan malu.
"Yang okey tak?" Tanya Sara sambil menayangkan thong berwarna hitam itu di depan muka Alex dengan muka serious. Dalam hati dah tergelak tengok wajah tomato Alex.
"Okey, okey." Jawab Alex menahan malu.
"Oraite. I nak pergi bayar kejap."
"Jom Alex," ajak Sara setelah selesai membuat pembayaran. Alex menggapai beg kertas di tangan Sara.
"You ada nak beli apa-apa tak Alex?" Tanya Sara.
"I nak belikan dress untuk mummy," jawab Alex setelah mendiamkan diri seketika.
"Ok. Jom naik tingkat atas, pergi butik mummy I. I belanja you dress sebab sudi teman I shopping harini" kata Sara.
"Welcome Miss Sara and Sir Alex." Sapa staf di butik tersebut sebaik sahaja kelibat Sara dan Alex melangkah masuk.
"You tengok-tengok lah dulu. Ke you nak I tolong carikan?" Tawar Sara.
"You tolong I carikan lah Sara. I mana reti pilih benda-benda macam ni." Tawaran Sara, Alex terima dengan senang hati. Lagipun Sara tahu taste Puan Dianne macam mana.
Sara memerhati satu persatu baju-baju yang bergantungan. Matanya tertacap pada sehelai dress yang berwarna hitam. Tiba-tiba muncul satu idea di fikirannya.
Alex yang sedang khusyuk membelek-belek dress diperhati atas bawah. Gotcha.
Tangannya membuat signal kepada staf supaya membiarkan mereka berdua bersendirian.
"Alex" panggil Sara memecah kesunyian.
"What?" Tanya Alex memusingkan badannya menghadap Sara. Wajah Sara yang tersenyum penuh makna ditatap. Asal tiba-tiba dia rasa tak sedap hati ni?
"Try dress ni," kata Sara sambil menghulurkan dress hitam yang dibeleknya tadi kepada Alex.
"No!" Bantah Alex laju. Gila ke suruh dia try dress.
"Alah Alex, boleh lah. I dah lama tak tengok you pakai dress," rayu Sara.
"No!" Bantah Alex lagi.
"Kalau you tak nak, I bagitahu mummy you yang you still smoking," ugut Sara sambil tersenyum sinis.
"Ok, fine." Bentak Alex.
Alex merampas dress yang berada di tangan Sara yang sedang tersenyum kemenangan itu. Langkahnya di atur menuju ke bilik persalinan.
"Alex, ok tak dalam tu?" Tanya Sara setelah 10 minit berlalu. Namun masih tidak kelihatan kelibat Alex.
"Ok je" sahut Alex dari dalam bilik persalinan.
Tidak lama kemudian, pintu bilik persalinan terbuka dari dalam. Alex menjengukkan kepalanya sebelum melangkah keluar.
Sara terkedu seketika melihat penampilan Alex. Satu perkataan je sesuai, cantik.
Alex menarik-narik dress nya kebawah. Asal dress ni pendek sangat. Paras paha je.
Sara berjalan mengelilingi tubuh lampai Alex. Kalau Alex apply jadi model or stewardess ni, confirm lepas. Sara yang pakai heels pun baru paras telinga Alex. Mata Sara tertacap pada dada Alex.
"Alex, asal boobs you makin besar. Tak aci lah macam ni" kata Sara tidak berpuas hati. Boobsnya dipandang sedih.
"Entah." Jawab Alex sepatah. Patutlah binding dia rasa makin ketat.
"I tak sabar nak tunggu you jadi Xandra semula," kata Sara dengan suara perlahan.
"I pun tak sabar nak hentikan semua ni," balas Alex.
Alex memasuki bilik persalinan semula untuk menukar pakaian. Selesai menukar pakaian, Alex keluar menuju ke arah Sara yang sedang membelek dress bergantungan.
Alex menghulurkan dress yang dicubanya tadi kepada Sara.
"Yang ni ok tak Alex?" Tanya Sara menayangkan dress biru tua ke arah Alex.
Alex, membelek-belek dress yang ditunjukkan oleh Sara sambil menganggukkan kepalanya. Nice. Sesuai untuk Puan Dianne.
Sara menghulurkan satu beg kertas kepada Alex.
"Apa ni?" Tanya Alex sambil membelek isi beg kertas yang dihulurkan Sara.
"Dress yang you cuba tadi."
"For what?"
"Bila you dah jadi Xandra semula, I nak ber ootd dengan you pakai baju tu," jawab Sara tersengih-sengih.
Alex hanya terdiam mendengar jawapan Sara.
Amacam guys. Suka tak surprise aku? Hahahaha. Kepada yang suka Alex sebelum, takziah aku ucapkan. Korang boleh perlahan-lahan lupakan dia. Kalau nak jugak, jadilah serai ok. Tu pun kalau Alex nak lah. Banyak lagi jejaka handsome dalam story aku ni. So, janganlah menyerai eh. Happy reading guys. Btw, jangan marah aku. Aku tak salah ok? Hahahaha
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top