CHAPTER 24 | ANNABELLE
Dalam kegelapan malam, kelihatan satu susuk tubuh manusia sedang berjalan terhendap-hendap menuju ke katil yang menempatkan Alex. Dia berdiri sejenak di sebelah katil Alex. Kedengaran deru nafas Alex yang tenang. Wajah lena Alex dipandang sejenak.
Setelah itu, dia menuju ke sebelah bahagian katil yang kosong. Dengan penuh berhati-hati dia memanjat naik kemudian berbaring di sebelah Alex. Sebelum itu, sempat dia membuka bajunya. Rimas.
Tangannya naik mengusap wajah Alex yang sedang tidur pulas. Jarinya bermain sekejap di bibir pink milik Alex. Liur ditelan. Sungguh menggoda sekali seulas bibir pink itu.
Dia ingin melarikan padangannya ke tempat lain. Namun dia tidak mampu. Bagaikan ada kuasa yang telah memukau dirinya, matanya terpaku pada bibir tersebut. Tanpa dia sedar, perlahan-lahan mukanya didekatkan dengan wajah Alex. Bibirnya dilabuhkan ke bibir pink milik Alex. Penuh berhati-hati bibir itu dipagut.
Lembut. Manis.
Tautan dilepaskan. Nafasnya sedikit tidak teratur kerana menahan debar yang menggila di dada. Jantungnya bagaikan ingin pecah. Masih terasa kelembutan bibir Alex di bibirnya. Sungguh dia nanar.
Dia ingin merasai kemanisan bibir itu sekali lagi. Namun ditahan rasa hatinya. Tidak mahu Alex terjaga dari lenanya. Sia-sia kena halau dari wad pagi-pagi buta.
Dengan penuh berhati-hati dia memeluk pinggang Alex. Wajahnya dibenamkan pada leher jinjang Alex. Nafas ditarik perlahan. Wangi. Bau yang menyebabkan di ketagih. Senyum bahagia menghiasi bibir.
''Good night my sunshine.'' ucapnya sebelum memejamkan mata.
***
Suasana dalam bilik wad yang menempatkan Alex kelihatan tenang. Cahaya mentari merobos masuk melalui celah langsir yang beralun lembut.
"Urghh, panasnya.'' keluh Alex sambil cuba mengalih 'selimut' yang membaluti tubuhnya. Namun usahanya sia-sia. Badannya tidak dapat bergerak. Seperti ada satu 'kuasa' yang menahannya daripada bergerak.
Terpisat-pisat Alex cuba membuka matanya. Buka sahaja mata, siling putih menyapa pandangan. Tangannya naik meraup muka. Separuh badannya terasa lenguh. Seperti kena hemapap sesuatu.
Perlahan-lahan kepalanya ditoleh ke kanan. Dada bidang yang tidak berpakaian menyapa mata. Terus membulat mata Alex. Tanpa perlu melihat wajah dia sudah dapat mengagak kepunyaan siapa dada bidang itu. Hayden!
''Hayden, bangun lah.'' kejut Alex sambil cuba membuka rangkulan Hayden pada pinggangnya.
''Hmmmmm'' gumam Hayden perlahan. Matanya masih terkatup rapat. Malah pelukan pada pinggang Alex semakin dieratkan.
"Hoi mangkuk, bangun lah!" Kali ini nada suara Alex sedikit kuat. Tangan Hayden yang berada di pinggangnya ditampar kuat.
"Kenapa bising pagi-pagi ni?" Tanya Hayden dengan nada kantuknya. Tangannya masih tidak berkalih dari pinggang Alex.
Gunakan peluang selagi boleh. Nanti hanya mampu tengok dari jauh.
"Kenapa kau boleh ada atas katil aku ni? Bukan kau sepatutnya tidur dekat sofa ke? Kenapa tiba-tiba ada dekat sebelah aku ni?"Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Alex. Wajah Hayden yang mamai itu dipandang tajam.
"Entah. Aku pun tak tahu." Jawab Hayden malas-malas. Sebenarnya dia masih mengantuk lagi. Sedap sungguh tidur peluk crush ni. Rasa tak nak bangun.
''Awal lagi ni. Tidur tidur.'' Hayden menepuk perlahan tepi pinggang Alex. Makin ya kau Hayden.
Alex yang menahan geram dari tadi terus mencubit lengan Hayden kuat.
"Aduhhhhh."
Terus segar bugar mata Hayden.
"Sakit lah Lex." Rengek Hayden manja. Tak sampai hati dia nak marah crush kesayangan.
Alex yang mendengar rengekan Hayden lantas membuat muka jijik. Badan kemain sado, kena cubit sedikit terus keluar suara pondan terkepit telo.
"Kau tak payah nak gedik sangatlah. Rasa nak lempang pulak aku tengok."
"Sampai hati kau Lex. Dah lah cubit aku, lepas tu ugut nak lempang aku pulak. Kejam betul kau." Ujar Hayden dengan nada menjauh.
Lengannya yang masih perit akibat dicubit Alex sebentar tadi diusap perlahan.
"Kau tak payah nak drama sangatlah. Kau jujur dengan aku, macam mana kau boleh tidur sebelah aku?" Wajah Hayden dipandang tajam.
"Maybe hantu angkat aku letak sebelah kau kot. Kesian tengok aku terseksa tidur dekat sofa kecik tu." Jawab Hayden dengan muka dibuat serius.
Alex menarik nafas dalam. Cuba menahan diri daripada menghempuk seketul Hayden yang sewel.
"Hayden. Baik kau bagitahu aku betul betul sebelum kau masuk hospital jugak. Aku dah lah tak belasah orang ni. Kau nak jadi beg tinju aku? Macam mana kau boleh tidur sebelah aku?" Tanya Alex dengan senyum yang menyeramkan.
Hayden menelan liur kelat apabila melihat riak wajah Alex yang seperti pembunuh bersiri. Tapi version yang hensem.
Makin hensem dia buat muka macam tu. Getus Hayden dalam hati. Berdebar jantung dia. Berdebar kerana gemuruh atau berdebar melihat kehenseman Alex. Dia sendiri juga tidak pasti.
"Se..sebenarnya, aku-" Hayden memejamkan matanya sambil menarik nafas dalam.
"Sebenarnya aku takut tidur sorang sebab terbayang muka hodoh si Annabelle tu. Kang Annabelle tarik kaki aku macam mana? Sebab tu aku tidur sebelah kau." Sambung Hayden senafas sambil menundukkan wajah.
Takut kalau pandang muka Alex, kantoi pulak nanti. Terpaksa dia menipu yang dia takut Annabelle. Jatuh saham depan crush. Ciss!
Terlopong Alex mendengar jawapan yang keluar dari mulut Hayden.
Tidak lama selepas itu, ketawa Alex meledak. Bergema bilik itu dengan bunyi hilai tawanya.
"Seronok eh kau gelakkan aku?" Perli Hayden apabila melihat Alex yang masih sakan mentertawakannya. Sampai terbaring Alex. Nasib baik hensem.
"Hahahaha, tak sangka kau takut hantu. Kalau aku bagitahu teammates kau ni, mesti dorang berdekah jugak ni." Ujar Alex sambil mengesat air matanya yang terkeluar akibat terlalu banyak ketawa.
"Jangan lah bagitahu dorang. Hilang ke-macho-an aku nanti." Tak memasal kena ejek penakut nanti walhal dia bukan penakut pun. Saja buat alasan untuk tidur sebelah crush.
Rasa menyesal pulak dia menipu Alex. Patutnya cakap je terus terang yang dia nak tidur peluk Alex. Tapi kalau cakap macam tu, kebarangkalian dia jadi arwah tu tinggi. So, tak jadilah menyesal.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar.
"Kejap!" Jerit Alex.
"Kau pergi sarung baju sekarang. Kang tak memasal doktor ingat lain pulak tengok kau separuh bogel ni." Arah Alex sambil menolak-nolak badan Hayden yang masih tidak berbaju itu.
"Ingat lain? Tak faham." Tanya Hayden dengan sengih nakal.
"Sebelum aku tinju kau, baik kau sarung baju cepat." Alex menjegilkan mata ke arah Hayden.
"Okey, okey. Jangan marah."
"Masuk" arah Alex setelah Hayden selesai menarung bajunya kembali.
Beberapa saat kemudian, pintu dikuar dari luar. Kelihatan kelibat seorang doktor dan seorang jururawat melangkah masuk ke dalam bilik Hayden.
"Selamat pagi Encik Alex." Ujar doktor lelaki itu.
"Morning Doktor Brendon." Jawab Alex sambil tersenyum sedikit. Doktor Brendon merupakan doktor keluarganya. Jadi dia tahu rahsia Alex yang satu itu. Sebab itu, apa-apa yang terjadi, doktor Brendon yang akan merawatnya.
"How your feeling?" Tanya Doktor Brendon sambil meletakkan steteskop di dada Alex.
"Good. Cuma pening sikit bila nak bangun." Jawab Alex.
Jururawat yang bersama doktor Brendon tadi mendekati mesin yang berada di tepi katil Alex. Dicatatnya segala maklumat di buku yang dibawanya.
Branula yang terlekat di tangan Alex turut diperiksa. Tangan Alex diusap perlahan. Wajah Alex dikerli sambil tersenyum malu. Gatal.
Hayden yang perasan akan kelakuan jururawat itu menjeling jururawat itu tajam. Tangan dikepal geram.
"Nampaknya luka awak cepat membaik. Kalau macam tu, next week you can discharge."
"Thank you doktor."
Tbc.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top