CHAPTER 23 | MOVIE
"Kau tak nak balik ke?" Tanya Alex sambil memandang bosan wajah Hayden yang sedang khusyuk menonton pertandingan bola sepak antara Brazil dengan Korea yang ditayangkan di skrin televisyen biliknya. 'Mamat ni tak reti nak balik ke? Dari pagi sampai malam dia menempel dekat sini.' Omel Alex dalam hati.
"Aku tak balik. Aku tidur sini malam ni. Teman kau." Balas Hayden selamba tanpa memandang wajah Alex.
"Tak apa. Kau balik je. Kejap lagi Sara datang temankan aku." Tolak Alex laju. Dia tidak mahu Hayden bermalam dengannya. Tak bebas. Kang Hayden buat apa-apa dekat dia macam mana?
Walaupun Hayden masih ingat dia 'lelaki' namun dia tidak mahu mengambil risiko. Seram apabila teringat balik kejadian semasa berkhemah haritu.
"Sara cakap dia tak jadi datang, ada hal urgent dia kata."
"Serious lah? Mana kau tahu? Dia tak ada cakap dengan aku pun." Soal Alex kehairanan. Phone yang berada di meja tepi katil digapai. Ingin melihat samada terdapat mesej daripada Sara yang dia tidak perasan.
"Dia chat aku tadi. Mintak tolong aku temankan malam ni." Perhatiannya sudah beralih kepada Alex yang sudah berkerut mukanya. 'Kerut muka pun comel. Geram aku tengok.' Bisik Hayden dalam hati.
Wajah Hayden terpamer senyum bahagia. Siapa saja tidak bahagia kalau dapat tidur dengan crush malam ni? Boleh dia menjalankan misi mengorat Hayden.
"Tak pe. Kau tak payah temankan aku. Lagipun esok kau kan ada kelas. Kesian pulak kau kena drive jauh. " Tolak Alex penuh beralasan.
"Tak ada, tak ada. Malam ni aku tidur sini teman kan kau. Full stop." Hayden tidak mahu kalah. "Lagipun kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana? And, esok aku tak pergi kelas." Sambung Hayden tegas.
Alex terdiam. Tidak tahu bagaimana cara lagi untuk menghalau Hayden agar balik. Sara pun satu hal, boleh dia minta tolong Hayden teman dia malam ini. Nak kena si Sara ini.
"Ikut kau lah." Alex menarik selimutnya lalu memejamkan mata. Malas nak layan Hayden. Makin sakit dia nanti.
Manakala Hayden sudah tersenyum kemenangan. Tak sia-sia dia 'rasuah' Sara agar tidak datang menemani Hayden ini.
Nak tahu Hayden 'rasuah' Sara apa?
Hayden aturkan date antara Sara dengan Kelvin, crush baru si Sara itu. Nasib baik Kelvin merupakan temannya, jadi senang sikit kerjanya.
Kalau Alex dapat tahu benda ini, mesti dia mengamuk. Sanggup Sara gadaikan Alex demi date dengan Kelvin pujaan hati.
*****
"Alex, teman aku tengok movie." Ajak Hayden dengan wajah penuh pengharapan.
"Ok." Alex segera setuju. Dia pun tengah bosan. Nak bergerak sangat pun tak boleh. Kerja dia sepanjang hari hanya berbaring dan tidur. Daripada dia mati kebosanan, baik dia teman Hayden tengok movie.
Hayden sudah tersengih lebar apabila Alex bersetuju dengan ajakannya. Dalam hati bersorak kegirangan.
"Kau nak tengok cerita apa ni?" Alex menyandarkan badannya di kepala katil. Hayden pula sudah mengambil tempat di sebelahnya.
"Anabelle." Jawab Hayden penuh makna. Sudah terbayang di fikirannya senario-senario romantik akan berlaku.
"Arghhhh" Alex menjerit ketakutan. Tanpa sedar, dia memeluk erat tubuh Hayden yang berada di sisinya. Kepalanya disembamkan ke dada bidang Hayden.
Hayden segera membalas pelukan Alex. Tangannya mengusap belakang Alex perlahan sambil berbisik lembut, "Shhh, don't be affraid love. I'm here with you." Pujuk Hayden lembut. Sesekali kepala Alex dikucup.
Alex semakin mengeratkan pelukkannya. Rasa takutnya mulai hilang apabila mendengar bisikan lembut dan merasa pelukan hangat Hayden.
"Thank you Hayden." Ucap Alex sambil mendongakkan kepalanya. Wajahnya terhias senyuman manis. Matanya memandang Hayden lembut.
Hayden bagaikan terpukau melihat wajah Alex yang begitu dekat dengan wajahnya. Lagi-lagi bibir merah menawan Alex. Bagaikan memanggil dia agar merasai kemanisan bibir seksi itu. Bunyi tv semakin samar-samar. Tanpa sedar wajahnya semakin didekatkan dengan wajah Alex.
"Hoi! Kau sengihkan apa setan?" Sergah Alex memandang Hayden pelik lantas memusnahkan lamunan Hayden.
"Tak ada apa-apa." Jawab Hayden tersengih malu.
Alex kembali fokus memandang cerita Annabelle yang ditayangkan. Malas dia ingin bertanya lebih lanjut kenapa Hayden tersengih-sengih sendiri. Lagi seram dari Annabelle bila Hayden buat muka angau macam itu.
"Kau tidur sofa." Ujar Alex, lebih kepada arahan sebaik sahaja cerita Annabelle tamat. Bukan dia tidak perasan tingkah laku Hayden yang ingin merebahkan badan di sebelahnya.
"Tak nak lah tidur sofa. Sofa tu kecik, tak selesa. Tak kesian ke tengok aku yang galah ni terpaksa tidur dekat sofa kecik cinonet tu? Lagipun katil kau kan besar, 3 orang pun boleh muat." Terang Hayden cuba meraih simpati. Wajah Alex dipandang penuh pengharapan.
"Kesah pulak aku. Tadi aku suruh balik tak nak. So, tidur lah kau dekat sofa tu." Tanpa perasaan Alex memusnahkan harapan Hayden yang ingin tidur sekatil dengannya.
Hayden ini bukannya boleh percaya sangat. Lebih baik dia cegah awal sebelum berlaku sesuatu yang dia tidak ingini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat.
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Kalau nak selesa, pergi balik tidur dekat rumah." Alex buat tidak endah wajah Hayden yang sudah cemberut itu. Lantak kau lah Hayden, nak tidur sini sangat kan? Kau tidur lah dekat sofa tu.
Dengan penuh rasa tidak rela, Hayden membawa badannya ke sofa. Muka dia usah cakap, masam kalah mencuka dengan mulut muncung serupa itik.
Tadi, ingatkan boleh merasa pelukan Alex, rupanya hampeh. Alex tidak berkutik langsung sepanjang cerita Annabelle tadi. Beku dan tidak berperasaan. Dia pula yang terkejut bila ada scene jumpscare. Hilang macho dia apabila terjerit macam perempuan sampaikan Alex memandangnya pelik. Ni Alex halau pulak, tak bagi dia tidur sebelah Alex, bertimpa-timpa rasa kecewa.
"Yelah-yelah. Kita je beriya-riya nak jaga dia, nak teman dia. Tapi dia halau kita tidur dekat sofa. Kejam betul. Apalah nasib dapat kawan macam ini." Omel Hayden dengan suara yang sengaja dikuatkan. Mahu Alex mendengar. Biar dia rasa serba salah.
Namun Alex buat pekak. Omelan Hayden dibiarkan ibarat angin lalu. Merajuklah sorang-sorang dekat sofa sana. Tak kuasa dia hendak melayan. Kang bertambah sakit dia.
Semakin panjang muncung Hayden apabila tidak mendapat respon dari Alex. Kenapalah Alex ni heartless sangat? Kalau perempuan lain,tak payah dia minta, mereka sendiri akan offer diri untuk tidur dengannya. Ehh, lupa pula Alex ni lelaki. Straight pulak tu. Haishhh...
Namun wajah cemberut Hayden bertukar ceria sekelip mata apabila otaknya terfikir akan sesuatu. Satu senyum nakal terlakar di bibirnya.
Hi guys! Sebenarnya aku tak nak update dalam minggu ni and minggu depan. Tapi disebabkan komen-komen and feedback positif dari korang, aku bersemangat untuk update. Tahnk you tau sebab sudi baca story aku. And aku tak sangka video pasal dua ketul ni fyp.. Terkejut aku.
Happy reading korang and thank you for all your support🫶🏻🫶🏻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top