CHAPTER 2 | DRAMA

Alex menuju ke port yang selalu didudukinya,row paling belakang dan paling tepi. Matanya mengerli ke arah pintu kelas kemudian jam ditangan dibelek. Mana pulak mamat ni?

Headphone yang tergantung di leher di pakai seperti biasa. Layan One Piece dulu sementara menunggu ketibaan Hayden.

Sedang Alex khusyuk menonton One Piece, kedengaran seseorang menyapanya dari tepi.

"Hai"

Alex, menoleh ke apa gerangan yang menyapanya. Terpampang wajah Hayden yang sedang tersenyum memandangnya. Spoil betul orang tengah nak tengok One Piece.

Alex hanya mengangguk kepala membalas sapaan Hayden. Matanya kembali tertacap ke arah anime One Piece yang ditontonnya tadi. Namun, kepalanya ditolehkan semula ke arah Hayden setelah teringat akan sesuatu.

Sehelai kertas pink yang dilipat kemas membentuk origami love Alex serahkan kepada Hayden.

"Nah."

Hayden memandang Alex kebingungan.

Mamat ni kunyit ke? Getus Hayden dalam hati.

"Ni, ada orang suruh aku bagi dekat kau" terang Alex apabila melihat muka kebingungan Hayden.

"Ohh" jeda Hayden sebelum menggapai kertas pink yang dihulurkan oleh Alex.

"Ingatkan kau punya surat cinta nak bagi dekat aku tadi" seloroh Hayden sambil ketawa kecil. Namun tawanya perlahan-lahan mati apabila melihat muka kosong Alex. No respond.

"By the way, macam mana kau tahu orang yang dia nak bagi tu aku?" Tanya Hayden curious. Dah lah dia tak tahu nama mamat muka kosong ni apa.

"Siapa je tak kenal kau dekat Royal ni?" Balas Alex sinis. Banyak tanya pulak si Hayden ni. Dah lah dia nak sambung tengok One Piece.

"Ohh, hahaha." Hayden tersenyum malu sambil menggosok belakang kepalanya.

"By the way,nama kau apa? Pelik pulak rasanya sembang tak tahu nama ni" Sambung Hayden.

"Alex" jawab Alex sepatah. Matanya kembali terarah ke screen phonenya. Hayden yang kelihatan ingin bertanyakan lagi soalan itu Alex abaikan. Janji kerja dia sudah settle. Boleh tuntut deal dengan Sara nanti.

❄️❄️❄️

"So Alex, you dah passkan ke kertas tu?" Tanya Sara sejurus sahaja dia sampai di depan Alex.

"Dah" jawab Alex malas.

"Yeah, thanks babe" balas Sara teruja lalu memeluk tubuh Alex.

"Alex, I ada something nak bagita- " belum sempat Sara menghabiskan ayatnya, kedengaran deringan dari phone milik Alex tanda ada panggilan masuk.

Alex mengangkat panggilan tanpa melihat terlebih dahulu siapa pemanggil.

"Hello? Ni Alex kan?" Sapa suara di talian.

"Yes. Why?" Tanya Alex dengan muka berkerut. Siapa pulak ni?

"I, Catrine. I ada something nak bagitahu you. Boleh tak kita jumpa dekat belakang bangunan Art department around pukul 4? I tunggu you dekat situ. Bye" Belum sempat Alex, menjawab, pemanggil itu telah mematikan panggilan terlebih dahulu.

Alex memandang phone di tangannya dengan bengang. Memandai je perempuan ni.

"Siapa call?" Tanya Sara curious apabila melihat muka kelat Alex.

"Perempuan mana tah nama Catrine. Dia ajak jumpa pukul 4 dekat belakang bangunan Art department. I belum cakap apa-apa lagi dia end call." Jawab Alex bengang.

"Catrine? Oh Catrine budak Art department yang famous tu. I dengar dia couple dengan Hayden." Ujar Sara panjang lebar.

"Kalau you tahu Hayden ada girlfriend, asal you still suruh I passkan number phone you dekat dia?" Alex memandang Sara dengan muka serious.

"Saja. Nak tambah kawan." Jawab Sara bersahaja.

"Yelah tu. Macam I tak kenal perangai ulat bulu you tu" kutuk Alex sedas.

Sara buat tidak dengar sahaja kutukan Alex. Memang mulut Alex ni kadang-kadang tak ada insurance jugak.

"Tapi, kenapa dia nak jumpa you pulak?" Tanya Sara lagi. Setahu dia Alex bukan jenis yang senang bergaul dengan orang. Musykil pulak dia.

"Entah." Jawab Alex. Malas nak pikir.

"Nanti I teman you jumpa dia. Mana tahu dia nak ngorat you Alex, boleh I maki dia. Berani dia nak ngorat 'boyfriend' I ni" bebel Sara semangat.

For your information, dorang ni tak couple tau. Just best friend je. But, ramai orang anggap dorang ni couple sebab asyik berkepit sama-sama je. Alex pun tak kesah sebab dia boleh reject gadis-gadis yang confess dekat dia dengan senang.

❄️❄️❄️

"Sampai pun you Alex." Tegur satu suara dengan nada teruja.

Alex berjalan mendekati pemilik suara tersebut dengan riak kosong.

"Ha, nak apa?" Tanya Alex terus tanpa berselindung.

"Sebenarnya I nak... " kata Catrine berjeda. Matanya sesekali mengerli ke arah belakang Alex.

Alex memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Tengah cuba bersabar menunggu apa yang Cantrine ingin katakan.

Tiba-tiba wajah Catrine berubah marah dan memaki Alex.

"How many time I told you, I cintakan Hayden sorang. Stop lah kacau I Alex. I tak nak Hayden salah paham terhadap I" marah Catrine berserta rayuan.

Alex diam memerhati lagak Catrine dengan muka berkerut. Perempuan ni dah kenapa? Kena sampuk ke? Ke breakfast ketum pagi tadi?

Kemudian kedengaran satu suara dari belakang Alex.

"Apa semua ni?" Tanya suara itu dengan nada agak bengang.

Catrine terus berlari ke arah suara itu dan memeluknya.

"Sayang, Alex paksa I terima dia. Semua gambar yang you dapat, dia yang hantar. Dia nak I dengan you break." Adu Catrine bersama jujuran air mata palsu. Opss..

Alex memandang kosong drama yang tersaji di depan mata.

"Bro, kau tahu kan Catrine couple dengan aku. Kenapa kau still kacau dia lagi?" tegur Hayden dengan nada marah.

"Hah? Bila masa pulak aku kacau dia? Kenal pun tak. Fitnahtul dajjal betul." Tanya Alex pelik. Kenal pun tak, celah mana dia nak kacau pulak.

"You tak payah nak berpura-pura lah Alex" tengking Catrine yang masih bersisa tangis. Mukanya yang tadi disembam ke dada Hayden ditoleh memandang Alex.

"Kitorang dengar lah apa yang kau dengan Catrine bualkan tadi" sampuk satu suara lagi, Eric.

"Kau sengaja kan, nak lagakan aku dengan Hayden? Sebab tu kau hantar gambar tu" maki Eric lagi.

Eric menghayunkan penumbuknya ke arah Alex namun sempat dielak oleh Alex. Kemudian Alex memulas tangan Eric ke belakang.

"Aduh, lepas lah sial" Eric meronta cuba untuk melepaskan tangannya.

"Kau gerak lagi, aku sentap tangan kau bagi patah" ugut Alex.

Mata-mata yang memerhatikan perlakuan Alex itu terdiam.

"Lepaskan kawan aku lah sial" marah Hayden.

"Lepas kan? Korang yang serang aku dulu, nak harap aku lepaskan?" Kata Alex sinis sambil menarik tangan Eric lebih kuat.

"Auchh"

"First of all, aku tak kenal pun perempuan yang kau peluk tu, yang cakap aku paksa dia break dengan kau tu. Dia yang call aku tadi ajak jumpa sebab dia cakap dekat aku dia ada something nak bagitahu aku. Entah celah mana dia dapat number phone aku and gambar apa yang korang cakap kan ni?"Terang Alex panjang lebar.

"Sayang, dia tipu!!" Kata Catrine dengan riak panik. Badan Hayden dipeluk kejap.

"Korang percaya or tak, terpulang. Aku tak kesah. Yang penting awek aku lagi lawa dari girlfriend kau. Buat apa aku nak rembat yang lagi hodoh. Buang masa dan duit aku saja." kutuk Alex sedas.

Alex berlalu dari situ meninggalkan manusia-manusia yang masih terkedu. Sebelum itu, sempat Alex bisikkan sesuatu kepada Hayden.

"Oi Alex. Catrine cakap nak apa dekat you?" Tanya Sara kepoh.

Tadi Sara tak jadi ikut sebab ada kelas ganti mengejut. Kalau tak, mesti lagi best drama tadi. Lagi-lagi si Sara ni kuat drama and mulut pun boleh tahan laser.

"Entah" balas Alex sepatah. Malas hendak menerangkan insiden sebenar. Bazir air liur je.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top