CHAPTER 18 | CONFESSION

Alex memeluk 'bantal peluknya' erat. Entah mengapa bantal peluknya kali ini rasa lain. Rasa lagi best.Rasa macam bentuk manusia pun ada. Bentuk manusia?!

Alex tersentak lalu membuka matanya luas. Terpampang dada bidang di depan matanya. Dada siapa pulak ni? Perlahan-lahan pandangannya dialihkan ke atas. Matanya makin membulat wajah yang begitu dikenali menyapa pandangannya.

"Hayden?! Asal Hayden boleh ada dalam bilik aku ni?" Getusnya dalam hati. Cepat-cepat dia melepaskan pelukan di badan Hayden. Patutlah syok sangat tidur malam tadi, terpeluk anak teruna orang rupanya.

"Ohh God. Lupa, aku pergi camping." Sambung Alex lagi dalam hati setelah dia memerhati keadaan sekeliling. Dahi ditepuk perlahan.

Tangan Hayden yang turut melilit badannya cuba dilepaskan dengan berhati-hati. Takut Hayden yang masih lena itu terjaga. Namun, usahanya sia-sia. Pelukan Hayden terlalu kemas.

"Mamat ni belajar membelit dari sotong ke? Susah betul nak rungkaikan dia punya tangan." Omel Alex dalam hati.

Alex segera memejamkan matanya kembali, berpura-pura tidur apabila terasa pergerakan daripada Hayden.

Hayden membukanya matanya perlahan. Pelukan di badan Alex dieratkan. Wajah Alex yang masih lena di dalam pelukannya itu ditatap sayang. Alangkah indahnya, kalau hari-hari macam ni. Celik sahaja mata, wajah kesayangan menyapa pandangan terlebih dahulu.

"Mamat ni tak sedar lagi ke?" Bisik Alex dalam hati setelah dia merasakan Hayden mengeratkan lagi pelukan. Nak sekodeng, takut Hayden perasan pula dia sudah bangun.

Tangan Hayden mengelus pipi Alex lembut. Comel betul wajah lena Alex. Rasa nak cium-cium saja wajah Alex. Kemudian, bibirnya didekatkan ke telinga Alex. Haruman rambut Alex menusuk hidung Hayden. Fuhh, wangi siot.

Alex cuba menahan geli di telinga akibat deru nafas Hayden. "Apa pulak mamat ni nak buat? Kalau dia buat benda pelik, aku terajang dia" Getus Alex dalam hati.

"Alex,I'm not gay. But I think I like you." Bisik Hayden lembut di telinga Alex.

"No. I definitely love you." Sambung Hayden lagi. Kemudian dahi Alex dikucup sekilas.

Alex terkaku mendengar luahan dan perbuatan Hayden. Namun, matanya masih terpejam rapat, berpura-pura tidur.

Wajah Alex ditatapnya semula buat seketika sebelum dia melepaskan pelukan. Kalau boleh, Hayden ingin moment ini kekal buat selamanya. Namun, Hayden tahu benda itu tidak akan terjadi. Dia tidak sanggup memusnahkan hubungan persahabatan mereka disebabkan perasaan cintanya terhadap Alex. Dia tidak ingin Alex menjauhkan diri daripadanya apabila Alex tahu akan perasaanya itu. Badannya dibawa keluar dari khemah.

Alex membuka matanya kembali setelah bunyi derap langkah Hayden sudah tidak kedengaran. Tangannya naik memegang dahinya yang dikucup Hayden sebentar tadi. Masih terasa kehangatan bibir Hayden di dahinya.

Otaknya ligat mencerna apa yang diperkatakan Hayden sebentar tadi. Sungguh dia tidak menyangka yang selama ini Hayden ada menyimpan perasaan terhadapnya. Betul lah tekaan Sara sebelum ini. Adakah dia terlalu buta sampai tidak menyedari hal tersebut? Macam mana dia hendak berdepan dengan Hayden selepas ini?

***

"Alex!" Panggil Hayden sambil melambai ke arah Alex yang duduk di bawah pohon yang tidak jauh dari sungai tempatnya bermandi-manda itu.

"Apa?" Tanya Alex sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Jom lah mandi sekali." Ajak Hayden yang sudah berendam di dalam sungai bersama rakannya yang lain.

"Tak nak. Malas." Jawab Alex.

"Alah kau ni. Bila lagi nak merasa mandi sungai macam ni." Bebel Carl yang berada di sebelah Hayden. Air sungai dipercik-percik ke arah Alex.

"Woii! Basah baju aku!" Alex menjeling Carl tajam. Baju dan seluarnya sudah sedikit basah dek percikan air dari Carl.

"Hehehe" Carl hanya menyengih melihat jelingan maut Alex. Tangannya sudah berhenti dari merenjiskan air ke arah Alex. Seram kot tengok jelingan Alex.

"Aku blah dulu, nak tukar baju." Ujar Alex berlalu dari situ.

Melihat Alex yang berlalu pergi, Hayden segera naik dan mencapai tuala miliknya yang disangkut di dahan pokok yang berdekatan.

"Aku blah dulu!" Pamit Hayden. Tanpa menunggu balasan daripada kawan-kawannya langkah diayun mengikuti jejak langkah Alex yang sudah tidak kelihatan bayang.

"Hayden tu, dah macam bayang-bayang Alex aku tengok. Mana Alex pergi,mesti dia ikut." Komen Stefan.

"Haah lah. Macam belangkas pun ada jugak dua ekor tu. Rapat betul. Dulu bukan main gaduh pasal si Catrine." Sambung William.

"Bongok lah si Carl ni. Dah lah baju aku ni nipis. Waena cerah pulak tu. Nasib baik basah bahagian bawah je. Kalau tak, sia-sia kantoi." Bisik Alex sendiri sambil menuju ke khemahnya.

Pintu khemah dizip rapat. Takut dilihat orang lalu-lalang walaupun khemahnya terletak di kawasan yang paling hujung. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Sedang Alex membuka baju di badannya, kedengaran bunyi tapak kaki mendekati khemahnya.

"Alex, kau ke dekat dalam? Aku masuk eh?" tanya sosok yang berada di luar khemahnya.

Fuck! Hayden! Carut Alex dalam hati.

Kemudian, kedengaran bunyi zip pintu khemah ditarik.

Segera baju yang sudah separuh terbuka itu Alex campak ke lantai. Baju bersih segera dicapai dan disarungkan ke badan. Nasib baik Alex sudah menukar seluarnya terlebih dahulu.

"Masuklah" sahut Alex sambil membetulkan bajunya yang sudah disarung ke tubuh.

Beberapa saat kemudian, kelibat Hayden memasuki ruang khemah.

"Bye, aku nak pergi tolong Sara." Ucap Alex sebelum menonong keluar dari khemah. Riak wajahnya sedaya upaya dikawal walaupun jantungnya masih berdegup kencang.

"Tung-" belum sempat Hayden menahan, kelibat Alex sudah tidak kelihatan.

"Cis, melepas aku nak skodeng crush tukar baju," keluh Hayden penuh kesal. Tuala di bahu dicampak penuh geram ke lantai. Frust.

***

"Alex, I nak tanya sikit." Kata Sara kepada Alex yang mengelamun itu.

"Tanya apa?" Alex menoleh memandang Sara.

"Asal semenjak kita balik dari camping haritu, you asyik mengelamun je? You ada masalah ke?" Tanya Sara perihatin.

"Hayden.. " ujar Alex sepatah.

"Kenapa dengan Hayden?"

"Hayden suka I." balas Alex dengan muka serious.

"Kan betul apa yang I cakap haritu. You tak percaya." Kata Sara sambil menepuk meja. "Macam mana you tahu?" Sambung Sara lagi.

"Dia confess dekat I."

"What? Serious lah? Bila? Asal I tak tahu?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Sara.

"Masa camping haritu lah. I malas nak bagitahu you." Jawab Alex.

"You jawab apa dekat dia?" Tanya Sara penuh teruja. Happy sebab assumption dia selama ini betul.

"I tak jawab apa-apa sebab I pura-pura tidur masa tu." Jawab Alex.

"Jap.. Jap.. You pura-pura tidur? Cuba you cerita detail sikit. I confius lah." Sara tayang riak pening.

"Ingatkan tak malam yang kita main truth or Dare tu? Kan dia cakap dia ada crush dekat someone yang nama dia bermula dengan huruf A. Balik dari tu, masa dalam khemah, dia tanya I, I nak tahu tak siapa yang dia maksudkan tu. I cakap lah nak. Then, dia bagitahu tu I. I ingat dia main-main, so I buat bodoh je lah. Then, keesokkan paginya, masa tu I tersedar sebab rasa macam ada someone tengan tenung I. So, I pejam kan jelah mata. Tak bukak. Nak tunggu dia buat apa. Masa tu lah dia confess. Lepas confess tu, dia terus blah keluar dari khemah." Cerita Alex panjang lebar. Namun ada sedikit part, dia pusing sebab tak nak kena nganjing dengan Sara.

"So, you nak buat apa sekarang?" Tanya Sara lagi setelah mendiamkan diri seketika.

"Buat bodoh saja lah."

'Pap'

Sara menampar bahu Alex. Geram mendengar jawapan Alex.

"Mana boleh buat bodoh je. You kena lah buat sesuatu." Kata Sara sambil memandang Alex yang hanya buat muka derk itu.

"You nak I buat apa?" Tanya Alex malas.

"You ken-"

"Hi guys. Sorry lambat. Aku ada group discussion kejap tadi." Sapa Hayden yang baru sampai. Dia duduk di tempat biasanya, sebelah Alex.

"It's ok." Jawab Sara. Alex seperti biasa, hanya mendiamkan diri.

"Alex, kau pergi tak match bola aku esok?" Tanya Hayden. Alex disebelah dipandang penuh mengharap.

"Tanya Alex saja ke?" Sampuk Sara dengan nada mengusik sebelum sempat Alex menjawab.

"Kau aku dah tahu. Confirm pergi punya. Kau kan suka cuci mata tengok lelaki handsome." Selar Hayden. Dia sudah masak dengan perangai 'cuci mata' Sara.

"Hehehe."

"Tengok lah kalau aku tak busy masa tu." Jawab Alex.

"Tak ada, tak ada. Kau kena pergi jugak." Paksa Hayden. Mana boleh kalau buah hati dia tidak ada. Tidak bersemangat dia hendak bermain nanti.

"Baik tak payah tanya tadi." Kata Alex dengan muka menyampah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top