CHAPTER 12 | VACATION

"Welcome to Paradise Resort."ucap pekerja perempuan yang berada di meja penyambut tetamu. "Encik Hayden ke?" Tanya pekerja perempuan tersebut.

"Yup." Jawab Hayden sepatah.

"Tunggu sekejap ya Encik Hayden." Pekerja perempuan itu membelek list nama sebelum mengambil segugus kunci dari laci yang terdapat di situ.

"Ni kunci bilik Encik Hayden. Bilik Encik Hayden terletak di south wing. Nanti pekerja kami akan tunjukkan jalan." Ujar perempuan itu lagi sambil menyerahkan kunci tersebut kepada Hayden.

"Wait, wait. Kau book satu bilik je ke?" Tanya Alex pelik setelah melihat pekerja tersebut hanya memberi segugus kunci kepada Hayden. Matanya memandang Hayden.

"Aku rasa aku book 2 bilik" Kata Hayden penuh yakin.

"Excuse me Miss. I think I book 2 room."

"Sekejap ya Encik Hayden. Saya periksa semula." Pekerja perempuan tersebut segera menyemak semula list nama tetamu.

"Maaf Encik Hayden. Mengikut maklumat, kami hanya mendapat tempahan satu bilik atas nama Encik."

"Arghh, ni mesti Black salah buat tempahan ni." Degus Hayden.

"Kalau macam tu, saya nak book satu bilik lagi." Kata Hayden.

"Maaf Encik. Semua bilik full booked." Ucap pekerja perempuan tersebut dengan nada serba salah.

Muka Alex sudah berubah riak mendengarnya.

"Memang dah tak ada bilik kosong ke?" Tanya Alex. Inginkan kepastian. "Harap harap adalah bilik kosong. Bilik kecik pun tak apa. Asalkan tak sebilik dengan Hayden." Doa Alex dalam hati.

"Maaf Encik. Memang dah tak ada bilik kosong." Jawab pekerja itu lagi.

"Alah. Kau kongsi je lah bilik dengan aku. Katil bilik aku tu cukup besar untuk memuatkan dua orang." Hayden memeluk bahu Alex dengan tangan kirinya apabila melihat wajah kelat Alex.

Alex menjeling Hayden tajam sebelum mengeluh. Pasrah.

Hayden terus merebahkan badannya ke atas katil sesampai sahaja mereka di bilik. Kedua belah tangannya didepa. Beg pakaiannya dibiarkan begitu sahaja di lantai.

Alex hanya menggelengkan kepala melihat telatah Hayden. Pintu bilik ditutup perlahan. Kakinya melangkah menuju ke almari baju. Selesai meletakkan beg pakaiannya di situ, Alex menuju ke sliding door. Pintu kaca tersebut dibuka. Bayu laut menerpa masuk. Sepoi-sepoi meniup rambut Alex. Kemudian langkahnya diteruskan meneroka seluruh pelosok bilik tersebut.

"Not bad" komen Alex berdiri sambil bercekak pinggang.

"Lepas ni, kita nak pergi or buat apa dulu?" Tanya Alex memandang Hayden yang masih terbongkang di atas katil bagai dugong terdampar.

"Petang ni, kita jalan-jalan keliling pulau je. Esok baru snorkeling apa semua tu." Jawab Hayden. Badannya diiringkan ke sisi. Biar senang sikit nak tengok muka si pujaan hati.

"OK lah kalau macam tu, aku nak mandi dulu. Melekit." Alex mengibas-ngibas baju yang dipakainya. Kemudian, dia mengambil segala kelengkapan mandi serta pakaiannya sebelum di bawa ke bilik mandi.

Sebaik sahaja kelibat Alex hilang di balik pintu bilik mandi, Hayden segera mencapai sebiji bantal lalu menekup bantal tersebut ke muka. Jeritan teruja dilepaskan di sebalik bantal. Badannya digolekkan ke kiri dan kanan. Serupa remaja yang crush dia accept dia punya confess.

Setelah puas menjerit, Hayden membuka tekupan bantal. Senyum lebar menghiasi bibir. Tak sia-sia dia suruh Black tempah semua bilik yang kosong, boleh dia sebilik dengan Alex. Gatal punya Hayden.

Dengan senyuman yang masih tersisa di bibir, Hayden mencapai phone miliknya yang berada di dalam kocek seluar. Nama Black ditekan. Satu pesanan ringkas di hantar.

To Black
Good job. Nanti aku naikkan bonus kau.

Tanpa menunggu balasan daripada Black, Hayden menutup telefonnya. Badannya dibawa menuju ke beranda. Kalau diikutkan, nak saja dia rempuh masuk bilik mandi. Namun, ditahannya kehendak hati. Dia akan memanfaatkan masa 3 hari 2 malam ini untuk meluangkan masa berdua dengan Alex. Oh, alangkah indahnya dunia.

"Hayden, kau nak mandi dulu or terus gerak?" Tanya Alex mematikan lamunan Hayden.

Hayden terkaku sebaik sahaja pandangannya dihalakan ke arah Alex. Alex kelihatan begitu mempersona dengan rambutnya yang masih basah menitik.

"Hayden?" Panggil Alex lagi setelah tidak mendapat sebarang respon daripada Hayden.

"Ye? A..aku rasa, aku nak mandi dulu." Terus Hayden berjalan laju memasuki bilik mandi.

"Dah kenapa dengan mamat ni? Kena sampuk ke?" Omel Alex sendiri dengan dahi berkerut-kerut. Hairan dengan tingkah laku pelik Hayden.

Manakala situasi Hayden pula,

Hayden menyandarkan badannya ke pintu bilik mandi. Mukanya ditekup menggunakan kedua belah tapak tangan."Oh my God, he look so sexy." Jerit Hayden dalam hati. Teruja betul si Hayden ni. Aishhh..

"Tenang Hayden, tenang. Nanti kau akan tengok lebih lagi dari ni." Bisik Hayden kepada dirinya sendiri. Hayden menarik nafas panjang untuk menstabilkan semula degupan jantungnya yang bagai lepas marathon.

Setelah dirinya kembali tenang, Hayden melangkah ke pancuran air. Air pancuran dibuka. Perlahan-lahan air membasahi badan sasa Hayden yang tidak dilitupi seurat benang. Tiba-tiba tangannya yang meramas rambut terhenti."Alamak, lupa bawak tuala." Hayden menepuk dahinya sendiri.

Matanya meliar melihat rak terdapat di dalam bilik mandi tersebut, cuba mencari tuala. Namun, malangnya tiada. Nak pakai baju tadi, baju sudah basah lencun. Nak tak nak, kena minta tolong Alex juga lah jawabnya.

"Alex!! " laung Hayden.

"Alex!! " laung Hayden lagi setelah tidak mendapat respon daripada Alex.

"Nak apa?" Tanya Alex di sebalik pintu.

"Tolong ambilkan towel untuk aku."

"Jap."

Beberapa ketika kemudian, kedengaran pintu bilik air diketuk.

'Knock knock'

Hayden membuka pintu bilik mandi. Badannya disembunyikan di sebalik pintu. Hanya kelihatan muka dan sedkit badannya.

"Nah" hulur Alex.

"Hayden menggapai huluran tersebut dengan senyuman.

"Thanks" ucap Hayden sebelum menutup semula pintu bilik mandi.

Alex menghembus nafas kelegaan sebaik sahaja pintu bilik air ditutup. Agak terpegun jugak dia melihat dada bidang Hayden yang sipi-sipi kelihatan di sebalik pintu. Nasib baik Alex sempat melarikan pandangan matanya ke arah lain sebelum Hayden perasan.







*** Sorry guys for the late update. Happy reading!! Don't forget to press the star button, and spam your comments. Thank you! ***

*** I'm trying to make Hayden look cool, but nahhh.. It's doesn't look like that. I give up. Hahahaha***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top