CHAPTER 10 | CLUB
"Hello my baby girl. Buat apa tu?" Tanya si pemanggil di hujung talian.
"Tak buat apa-apa. My prince pulak buat apa? Kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat kan." Balas Alex dengan prihatin.
"Xander rindu my baby girl, sebab tu tak tidur lagi." Kata si pemanggil.
"Xandra pun rindu my prince. Lepas call ni, my prince kena tidur tau. Macam mana nak cepat sembuh kalau rehat tak cukup?"
"Ye ye. Lepas end call ni Xander terus tidur," janji si pemanggil.
"Good boy."
"Baby girl bila nak datang melawat Xander? Dah lama baby girl tak datang melawat Xander. Tak rindu dekat Xander ke?" Tanya si pemanggil dengan nada sedih dan sedikit merajuk.
"Mesti lah rindu. But, lately ni Xandra busy sikit. Sorry. Xandra janji,minggu depan Xandra datang." pujuk Alex. Sungguh dirinya merasa bersalah kerana sudah lama tidak melawat jejaka kesayangannya.
"Janji tau? Kalau baby girl mungkir janji, Xander merajuk dengan baby girl," ugut si pemanggil.
"Xandra janji. Pinky promise." Janji Alex.
"Ok, pinky promise. Nanti kirim salam dengan mummy tau. Bye my baby girl. Love you," ucap si pemanggil lagi.
"Oraite my prince. Love you too. Bye." Alex mematikan panggilan. Terlunas sedikit rindunya terhadap sang jejaka kesayangan. Minggu depan, no matter what, dia kena pergi jugak lawat jejaka kesayangannya. Kalau tak, parah dia kalau si dia merajuk. Susah nak pujuk. Kalah budak kecil.
Alex meletakkan phone nya di atas meja tepi katil. Baru sahaja dia membaringkan tubuhnya, tiba-tiba phone nya berdenting tanda ada chat masuk. Lantas, phone miliknya digapai kembali.
Terpapar nama Hayden di dada phone.
2 message from Hayden Handsome
Jangan tanya mana datanganya handsome tu, tu Hayden sendiri save dekat phone Alex. Alex pulak sejenis manusia pemalas, so dia biarkan saja.
From Hayden Handsome
-Oiii
-Busy tak?
To Hayden Handsome
-Tak
-Asal
From Hayden Handsome
-Jom lepak
-Bosan lah
To Hayden Handsome
-Ok. Tapi kau kena ambik aku.
-Aku malas nak drive
From Hayden Handsome
-👌🏼
-30 minit lagi aku sampai
To Hayden Handsome
-K
❄️❄️❄️
"Baby nak kemana tu?" Tanya Puan Dianne apabila melihat kelibat Alex menuruni tangga.
"Nak keluar kejap. Jumpa kawan." Langkah dibawa menuju ke arah Puan Dianne.
"Okey. Hati-hati. Jangan balik lewat sangat." Pesan Puan Dianne lalu mencium pipi anaknya.
"Baik mummy. Mummy pulak jangan tidur lewat. Nanti cepat tua." Usik Alex. Pipi Puan Dianne dicium sekilas sebelum melarikan diri. Kalau tunggu dekat situ, mahu kena piat telinga dengan mummy.
"Bertuah punya anak." Puan Dianne bercekak pinggang melihat kelibat Alex yang sudah melarikan diri.
"Muka aku nampak tua ke?" Puan Dianne memegang mukanya sendiri dengan kedua belah tangan.
❄️❄️❄️
"Nak lepak mana?" Tanya Alex sambil memasang tali pinggang keledar.
"Hmm, club jom."
"Okey."
Hayden meletakkan keretanya di tempat parking yang disediakan. Bajunya dikemaskan sebelum melangkah ke pintu masuk Royal Club.
Royal Club merupakan club malam exclusive untuk golongan ternama. Setiap pengunjung memerlukan kad keahlian untuk memasuki club tersebut. Dan Royal Club mempunyai 4 jenis kad keahlian. Bronze, Silver, Gold and Black. Dan keempat-empat kad ini mempunyai benefit yang berbeza dan jumlahnya terhad. Bronze, 50 keping.Silver,30. Gold 10 dan Black 3.
Pemilik Bronze hanya mampu mengakses tingkat 1, iaitu lantai tari dan bar dan hanya boleh membawa seorang tetamu pada satu-satu masa. Pemilik Silver pula, boleh mengakses tingkat 1 dan 2. Di tingkat 2 terdapat low class private room yang kecil. Hanya boleh memuatkan 4 orang dalam satu masa. Pemilik kad Silver juga hanya boleh membawa 3 tetamu sahaja. Gold, boleh mengakses tingkat 1 dan 2. Middle class private room dan bilik tidur. And for the Black card, boleh mengakses sehingga tingkat 3. Mempunyai bilik tidur dan high class private room yang telah di khaskan untuk mereka. Di pintu bilik tersebut, akan tertera nama samaran mereka. Dan mereka boleh mengakses semua maklumat yang diperoleh oleh Royal Club.
Hayden menunjukkan sekeping kad berwarna hitam kepada pengawal yang berdiri di pintu masuk.
Sebaik sahaja pengawal tersebut melihat kad di tangan Hayden, riak wajahnya berubah.
"Welcome Mister." Kata pengawal tersebut sambil tunduk hormat.
Hayden hanya mengangguk kepalanya sebelum member isyarat kepada Alex agar mengikutnya masuk.
Mereka berdua melangkah beriringan menuju ke tingkat 3. Sesampai sahaja di tingkat 3, Hayden membelok ke arah kanan. Bilik yang terletak di hujung sekali dituju. Tertera nama 'Viper' di pintu bilik tersebut.
Hayden mengibas kad miliknya di mesin pengimbas yang berada di tepi pintu bilik tersebut.
"Tet"
"Welcome to my port" ujar Hayden teruja sambil menguak luas pintu bilik tersebut.
"Wow, not bad." Komen Alex sambil melihat suasana private room milik Hayden.
Terdapat sofa, snooker table, tv dan mini stage dalam bilik tersebut. Di atas mini stage pulak, terdapat 2 dance pole.
"Kau nak buat pole dance ke?" Seloroh Hayden apabila melihat mata Alex yang tertacap lama di situ.
"Pala hotak kau." Alex menjeling Hayden. Kakinya dibawa menuju ke sofa. Dia melabuhkan punggung di sebelah Hayden.
"Kau nak minum apa?"
"Tequila" balas Alex sepatah.
Hayden menekan intercom yang berada di atas meja kecil di sebelahnya. Setelah membuat pesanan, padangannya dialihkan kembali ke arah Alex.
"Do you want some entertainment?"
"Up to you."
Hayden menekan kembali intercom disebelahnya.
Tidak lama selepas itu, masuk 4 orang wanita yang berpakaian seksi sambil membawa minuman mereka.
"Hello Mister." Sapa wanita tersebut dengan senyum menggoda.Mereka mengambil tempat duduk di sisi Alex dan Hayden.
"What's is your name?" Tanya Hayden dengan senyum playboynya.
"I'm Olivia." Balas perempuan yang duduk di sebelah kirinya.
"I'm Bella." Sambung perempuan di sebelah kanannya. Tangannya memeluk lengan Hayden. Lebih kepada dia himpit buah dada dia dekat lengan Hayden.
"You has a sweet name." Puji Hayden.
Kembang semangkuk Olivia dan Bella apabila mendengar pujian Hayden. Dalam hati sudah berangan yang mereka akan tidur dengan Hayden malam ini. Ikan besar kot. Siapa je tak nak.
Manakala situasi Alex pula berbeza.
"No touching" kata Alex dengan riak muka kosong apabila sedar tangan mereka merayap di lengannya. Riak wajah wanita yang duduk menghimpit Alex berubah kecewa. Namun, segera mereka menayangkan senyuman menggoda semula.
Mia, yang berada di sebelah kiri Alex menyilangkan kakinya. Dress pendek ketat yang dipakainya semakin ternaik ke atas, menampakkan peha gebu miliknya. "Mustahil kucing nak tolak ikan yang sudah berada di depan mata." Bisik Mia dalam hati.
"Here your drink Mister." Lauren yang berada di sebelah kanan Alex, menghulurkan segelas Tequila kepada Alex. Matanya merenung wajah Alex yang handsome.
"Thanks" ucap Alex sepatah.
Mendengar ucapan terima kasih daripada Alex, Lauren memberanikan diri memegang lutut Alex.
Alex tidak menyedari hal tersebut kerana dia sedang meneguk Tequila yang dihulurkan oleh Lauren tadi.
Tangan Lauren semakin ke atas. Dia mengusap-usap paha Alex.
"I said no touching" warning Alex dengan nada tertahan apabila perasan akan kelakuan Lauren.
Terus Lauren menarik tangannya kembali.
Alex minum segelas demi segelas Tequila yang dituang oleh Lauren. Kepalanya sudah berasa berat. Pandangannya sudah berbalam-balam.
"Urghhh" degus Alex perlahan.
Dalam diam Lauren mengukir senyuman sinis melihat keadaan Alex yang sudah mabuk itu.
"Mister, excuse me. I will take Mister Alex, to the bedroom." Ujar Luaren kepada Hayden.
Hayden memandang kearah Alex yang dipapah oleh Lauren. Entah mengapa, hatinya tidak suka melihat tangan Lauren yang memeluk erat pinggang Alex.
"It's okey. Kau tinggal saja dia dekat situ." Arah Hayden sambil menunjukkan sofa yang diduduki Alex sebentar tadi.
"But--" Lauren cuba membantah. Habis lah rancangan dia hendak tidur dengan Alex malam ni.
"No but. All of you get out." Arah Hayden. Jengkel melihat kedegilan Lauren. Matanya sudah terasa di cucuk pisau melihat tangan Lauren yang masih di pinggang Alex.
Hayden mendekati Alex selepas keempat perempuan tadi keluar. Wajah Alex yang tidak sedarkan diri dipandang seketika sebelum mengangkat badan tersebut gaya princess style menuju ke pintu yang menghubungkan private room dengan biliknya.
Hayden membaringkan Alex ke atas katil bersaiz King yang berada di bilik tersebut.
"Uishh, ringan betul kau ni." Omel
Hayden seorang diri. Dia membetulkan selimut di badan Alex.
Tiba-tiba lengannya ditarik oleh Alex. Hayden terjatuh di atas Alex. Nasib baik kedua belah tangannya sempat menahan tubuhnya agar tidak menghempap Alex.
"Fuhhh"keluhan kelegaan dilepaskan. Matanya menatap wajah Alex yang masih lena di bawahnya. Kedudukan wajah mereka dekat antara satu sama lain sehingga Hayden dapat merasa hangat nafas Alex.
Hayden cuba menarik lengannya dari pegangan Alex. Namun, tidak berjaya. Setelah beberapa minit mencuba, Hayden mengalah. Badannya direbahkan di sebelah Alex.
Batu sahaja Hayden ingin melelapkan mata, tiba-tiba Alex yang berada di sebelahnya bergerak memeluk pinggangnya. Sebelah kakinya pula menindih kaki Hayden. Terus kejung badan Hayden. Detak jantungnya semakin laju. Seakan-akan baru lepas marathon.
"Dugaan apa ini ya Tuhan?"
"Hmmmm" gumam Alex sambil mengeratkan lagi rangkulannya.
Kali ini, Hayden tidak cuba untuk melepaskan rangkulan Alex. Dia memusingkan badannya agar menghadap Alex. Aroma vanilla dari rambut Alex memasuki rongga pernafasan. Wangi sekali. Hayden menundukkan kepala dan memejamkan mata, ingin menikmati aroma wangian rambut Alex. Kepala Alex terletak sama tinggi dengan dagunya memudahkan kerja Hayden.
Hayden membuka matanya semula setelah puas menghidu aroma yang melalaikannya. Kemudian, matanya beralih ke arah wajah Alex. Wajah lena Alex dielus menggunakan jari. Lembut dan licin sekali kulit wajahnya. Entah mengapa, setiap kali dia memandang wajah Alex, detak jantung tidak sekata. Dan setiap saat, dia ingin berada bersama Alex. Sungguh Hayden tidak faham akan dirinya sendiri.
Hayden tertidur dalam melayan perasaan sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top