♡ 9 ♡

"Hyung, nak tanya...hyung ni sugar daddy Misun ke?"

"Uhuk! Uhuk! uhuk!" Bangchan tersedak nasi. Nasib tidak terkeluar dari mulut. Kalau benda itu terjadi, habis lah muka Misun nanti.

"Yah, Sunghoon!" Misun menepuk kuat belakang badan Sunghoon membuatkan dia mengaduh kesakitan. Salahkah dia bertanya?

Minho mengisi air ke dalam mug yang kosong dan diberikan kepada Bangchan, menyuruh kawannya itu minum. Bangchan mengambil air tersebut dan meneguk sehingga habis.

"Kau cakap apa tadi?" Bangchan memandang Sunghoon dengan wajah yang tidak disangka. Dia menyuruh kawan Misun yang tidak bertauliah itu ulang ayat tadi.

"Hyung sugar daddy Misun ke?" Sunghoon ulangi ayatnya. Dia tahu ayat itu agak berlebihan tetapi dia ingin tahu, sejak dari hari itu lagi dia tertanya-tanya

"Sunghoon! Kau dah kenapa tanya soalan macam tu? Kami cuma kawan la!" Misun meninggikan suara. Wajah gadis itu sudah kemerahan.

"Kenapa kau tidur rumah dia? Kenapa muka kau merah? Betul kan?" Bertalu-talu soalan yang dituju oleh Sunghoon.

"Kau ni, agak-agak la!" Misun memukul Sunghoon buat kali kedua. Berkerut wajah Sunghoon menahan rasa pedih di belakang badannya.

"Apa yang kau fikir tu salah..aku dengan Misun memang tak ada apa-apa..dia cuma tumpang saja" Bangchan bersuara memberitahu kebenarannya Fikir dia kotor sangat kah nak jadikan budak sekolah sebagai babygirl dia. Dia pun tahu la mana satu baik dan buruk.

"Oh," kini Sunghoon sudan faham. Tiada lagi kesalahfahaman diantara mereka.

"Kau ni, agak-agak la...mana kau belajar benda fitnah macam ni?" Minho mencelah.

"Bukan fitnah bang, tanya je" Sunghoon membalas. Misun di sebelah menggeleng kepala. Tanpa Sunghoon sedari, dia telah memalukan Misun di hadapan dua lelaki kacak. Sampai hati Sunghoon. Sudah la benak!

"Terima kasih, hyung" Sunghoon menunduk hormat ke arah Bangchan. Lelaki yang lebih tua daripadanya itu hanya mengangguk.

"Balik terus..jangan merayap! Nanti kalau apa-apa jadi aku pula yang kena" Misun memesan kepada rakannya. Seakan tidak tahu saja perangai Sunghoon bagaimana.

"Iya, iya..baiklah mak" Sunghoon mengiyakan saja pesanan rakannya. Misun menjeling.

"Oppa, terima kasih masak makanan sedap..nanti ada masa, boleh masakkan untuk Misun seorang saja kan" Ujar Misun. Niat ingin bergurau dengan Minho, tetapi lain pula jadinya.

"Urm, tak ada masalah..nanti datang la rumah oppa pula..kita-" belum sempat menghabiskan ayat, Bangchan sudah menghalau dua lelaki yang masih tercegat di hadapan pintu rumahnya.

"Sudah! Sudah! Pergi balik. Nak sambung borak tu lain kali saja" celah Bangchan.

Sunghoon dan Minho akur. Mereka berdua bergerak pulang meninggalkan apartment Bangchan.

"Kau duduk la..biar aku mengemas dekat dapur" arah Bangchan. Dia meninggalkan Misun sendirian di depan Pintu.

Misun hanya memerhati gerak geri lelaki itu sebelum dia dikejutkan dengan bunyi loceng rumah. Tanpa melihat siapa manusia tersebut, dia terus memulas tombol pintu.

Kelihatan seorang wanita separuh abad sedang berdiri di hadapan pintu. Kedua mereka terkaku seketika kerana terkejut.

"Awak siapa?" Wanita tua itu bertanya kepada Misun. Agak terkejut apabila munculnya seorang  gadis muda di dalam rumah seorang lelaki bujang.

"S-saya?" Tiba-tiba sahaja Misun tergagap.

"Misun, siapa?" Bangchan bertanya seraya berjalan ke arah pintu mendekati Misun.

Misun menoleh ke belakang untuk melihat Bangchan seketika kemudian memandang ke hadapan semula.

Apabila tiba sahaja Bangchan di hadapan pintu, riak wajahnya berubah.

"Nak apa?" Bangchan bertanya malas.

"Kalau iya pun, bagi la ibu masuk" wanita tua itu berkata. Lembut sahaja suaranya.

Bangchan mengetap rahangnya. Belum sempat mahu menghalau, Misun orang pertama yang membuka laluan..memberi kebenaran untuk wanita itu masuk ke dalam rumah

Bangchan memandang tajam pada Misun tanpa gadis itu sedari. Ini kali kedua Misun membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumahnya. Siapa tuan rumah sekarang ni? Dia benar-benar keliru.

Sebaik sahaja wanita itu duduk di sofa ruang tamu, Bangchan mengambil barang Misun dan menolak gadis itu keluar dari rumah. Hal itu, membuatkan Misun menjadi bingung. Apa jadi?

"Kau pergi balik rumah kau dulu..esok datang sini balik" arah Bangchan.

"Tapi-"

"Dengar cakap aku, Misun!" sekali lagi Bangchan mengarah, dengan tegas. Beg diberi kepada Misun.

Misun akur, dia hanya mampu menurut. Bangchan menutup pintu rapat. Misun mencebik dan melangkah kaki beredar dari situ.

Bangchan kembali ke ruang tamu dimana wanita itu berada. Dia memgambil tempat duduk yang agak jauh daripada wanita itu.

"Siapa gadis tu?" Wanita tua itu bertanya. Nampaknya dia tersilap langkah bertanya soalan. Kelihatan wajah anak tirinya itu berubah tegang.

"Buat apa datang sini?" Bangchan tidak menjawab soalan yang tidak penting baginya. Pandangannya tajam, tidak ubah seperti serigala yang mahu menerkam mangsa.

"Ini..ibu ada singgah belikan kek B40 untuk kamu" wanita tua itu menolak bungkusan plastik ke arah Bangchan

"Saya tertanya-tanya, bagaimana reaksi ibu bila tengok kawan baik dia sendiri bersama dengan suami dia? Dia kecewa ke? Atau dia gembira?" Bangchan bertanya. Puas hati apabila melihat wajah wanita tua dihadapannya itu kendur. Terasa mungkin?

"Bangchan"

"Oh, macam mana rasanya rampas lelaki kawan baik sendiri?" Bangchan bertanya lagi.

"Bangchan, ibu tak bermaksud nak merampas hak ibu kamu" wanita itu membela dirinya.

"Huh," Bangchan tersenyum sinis.

"Keluar" Bangchan menghalau. Walaupun suara tidak meninggi, aura dan juga riak wajah sudah cukup memainkan peranan. Itu adalah kelebihan yang dia ada.

"Dengar penjelasan ibu dulu...Bangchan" wanita itu berdiri cuba mendekati Bangchan namun, lelaki itu pantas menarik tangan wanita itu sehingga ke pintu keluar.

"Keluar..jangan sesekali datang ke sini lagi..and one more thing..You're not my mom." Bangchan berkata seraya membuka pintu. Lama wanita itu merenung anak lelakinya sebelum dia mengalah dan keluar sahaja dari rumah itu.

'BAM!'

Pintu dihempas kuat sehingga membuatkan wanita tua itu terperanjat. Kaki lemah melangkah pergi dari situ bersama hati yang meruntum kecewa kerana tidak dapat menjelaskan perkara yang sebenar Air mata yang menitis dihapus dengan pantas.

Disebalik pintu, Bangchan menyandarkan dirinya ke pintu. Lama dia merenung selipar rumah yang tidak teratur. Tidak lama itu dia tersedar sesuatu, terus dia meluru ke meja ruang tamu tadi. Kek B40 tadi diambil lalu dibuang ke dalam tong sampah di dapur. Puas hati dia.

Sesaat itu, air mata mengalir turun ke dua belah pipinya. Semakin lama semakin deras ia mengalir tanpa amaran berhenti. Dia terduduk mencangkung di sebalik meja mozek sambil tangan sebelah memegang bucu meja manakala lagi sebelah menutup matanya.

Sudah separuh jalan Misun berjalan, kini kakinya berhenti. Tangan menyeluk ke dalam beg untuk mengambil telefon. Malangnya, dia tidak menjumpai.

"Eh? Mana kau duduk ni?" Misun bergerak ke tepi dan sambung mencari dimana telefon dia berada. Puas dia mencari,diseluk sana...diseluk sini..namun tetap juga tiada.

"Tch, tak akan tertinggal pula..aduh!" Mahu tidak mahu, dia terpaksa berpatah balik untuk mengambil telefonnya. Jika dia dihalau oleh Bangchan buat kali ke dua pun dia terima seadanya.

Kata laluan ditekan dan pintu terbuka. Dia melangkah masuk ke dalam rumah lelaki itu. Rumah yang sunyi buat dia terasa pelik. Dimana Bangchan?

"Bangchan? Awak ada ke?" Misun memanggil tetapi tiada balasan.

Telefon bimbit yang berada di atas sofa diambil. Sebelum bergerak pulang, dia mahu mengecas tenaga terlebih dahulu. Misun berjalan ke dapur untuk mengambil gelas dan secara tiba-tiba dia menjerit kerana ternampak lembaga berbaju hitam sedang menyorok di sebalik meja kaunter sambil memeluk lutut

"ARGH!"

Bangchan memandangnya tanpa apa-apa reaksi. Kosong sahaja.

"Yah!! Apa awak buat dekat sini? Terkejut saya!" Marah Misun apabila sedar bahawa makhluk yang dikatakan lembaga itu adalah Bangchan.

"Awak okay, ke?" Misun bertanya apabila Bangchan hanya senyap. Dia mendekati lelaki itu dan baru dia perasan yang mata lelaki itu bengkak dan merah.

"Kenapa?" Misun bertanya lagi. Tangannya melekat ke pipi kiri lelaki itu manakala mata merenung ke arah mata yang masih merah akibat menangis.

Tidak tahu bagaimana mahu memujuk, dia mengambil keputusan untuk memeluk kepala Bangchan dan dilentokkan ke bahunya. Sudah ditanya tidak mahu menjawab maka itulah penyelesaiannya.

"I don't know what you're going through with... but it's okay. Everything is gonna be okay," Misun berkata. Lagi sekali mata Bangchan berkaca dan akhirnya dia menangis di bahu gadis itu.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah bersama wajah yang muram, tetapi apabila dia nampak kelibat sang suami..terus wajah berubah sedikit ceria

"Itu pun awak..dari mana? Puas saya cari keliling rumah tapi awak menghilang pula" Tuan Bhang mendekati isterinya.

"Kenapa tak call saya dulu? Apa guna ada telefon?" Puan Shin bertanya.

"Telefon saya tengah cas..malas la saya" Tuan Bhang memberi alasan.

"Oh ya, awak dari mana?" Tuan Bhang kembali bertanya soalan yang sama. Masih tidak terjawab soalan itu.

"Saya dari rumah Bangchan" Puan Shin menjawab.

"Bangchan?" Tuan Bhang seakan inginkan kepastian. Isterinya mengangguk sembari tersenyum nipis tanda ia benar.

"Macam mana? Dia okay ke?" Tuan Bhang bertanya lagi.

"Iye, semuanya baik..saya siap bagi dia kek b40 lagi..tapi! Awak jangan risau..dia terima kek tu" dia memaksa untuk tersenyum gembira di hadapan suaminya.

"Syukur la..mungkin tak lama lagi dia akan terima juga awak dengan Lucas" lega Tuan Bhang mendengarnya. Dia betul-betul berharap yang Bangchan akan terima mereka dengan hati yang terbuka. Tiada lagi dendam. Itu yang diharapkan.

Suasana di meja makan pada waktu pagi itu sungguh janggal. Bangchan menyuap cereal ke dalam mulut sambil tangannya cuba untuk menyembunyikan mata dari bertentang dengan Misun.

Gadis itu lebih memilih untuk memerhati lelaki dihadapannya daripada menikmati cereal yang semakin mengembang akibat terlalu lama dibiarkan.

'pap!'

Bangchan menghentak tangan ke meja, membuatkan Misun terkejut. Matanya berkelip beberapa kali.

"Makan, Misun! Kau buat aku rasa janggal" Bangchan memandang Misun.

"Oh, awak rasa janggal?" Misun bertanya.

Bangchan menepuk dahi dan mengeluh. Misun mengangkat alis seraya menyengetkan kepalanya. Apa kena dengan Bangchan ni?

"Diam! Makan!" Bangchan menuju jari telunjuk ke Misun.

"Hah?"

"Haish! Cukup Misun! Cukup!" Bangchan meninggikan suaranya.

"Apa yang cukup?? Eh, tak faham la!" Misun juga meninggikan suaranya.

"Dari tadi lagi kau pandang aku! Kau fikir aku boleh tahan ke hah? K-kau buat aku......ehem..r-rasa janggal" suara Bangchan semakin menurun. Telinga jelas kelihatan merah.

"Pft, sekejap....Bangchan saya ni malu ke? Sebab saya pandang awak? Atau....sebab semalam? Saya jumpa awak menangis macam orang kemurungan..hm?" Misun berkata. Dia seakan mengejek Bangchan.

"Aku? AKU MALU? BAHAHAHAHA! Mampus la kau!" Bangchan bangun dari duduk dan beredar ke dapur. Mangkuk dan mug dicampak sahaja ke dalam sinki.

Bunyi kuat mangkuk dan mug berlaga antara satu sama lain di dalam sinki. Hal itu membuatkan Misun terkejut.

"Marah ke?" Misun bertanya.

"Tak" Bangchan menjawab sepatah.

"Habis itu, Malu?" Misun bertanya lagi.

Bangchan memberi pandangan maut ke Misun. Maka dengan itu, Misun sudah mendapat jawapannya bahawa lelaki itu malu. Mungkin malu dengan kejadian semalam? Jika mahu dikata dia malu sebab gadis itu merenungnya terlalu lama tidak mungkin kerana sebelum ini dia pernah buat hal yang sama tetapi Bangchan langsung tidak hiraukannya.

"Dah nak pergi?" Misun melihat Bangchan mengambil beg kerja di atas sofa dan menuju ke rak kasut yang berdekatan dengan pintu utama

"Habis? Kau fikir aku ada masa lagi ke nak jaga kau?" Bangchan berkata sambil mengeluarkan kasut dari rak kasut.

Misun mendekati Bangchan dan memegang tangan lelaki itu. Bangchan memandang Misun atas bawah. Apa yang dia mahukan lagi?

Misun menggerakkan tangan kanannya ke dada kemudian membuat isyarat seperti dia sedang mengeluarkan sesuatu dari isi dalam dan terus dimasukkan ke dalam dada lelaki itu dengan menepuk dada lelaki itu.

Bangchan agak terkejut dengan perilaku gadis itu. Tiba-tiba sahaja menepuk dada orang sesuka hati.

"Saya letak kegembiraan saya sikit pada diri awak supaya awak tak rasa kesedihan tu" Misun menerangkan apa yang dia buat tadi pada Bangchan. Itu niatnya. Misun tersengih.

Bangchan kaku seketika..

"Ehem, erm dah la...ketepi" Bangchan menarik tangannya daripada Misun dan keluar secepat mungkin.

Pintu tertutup rapat di depan mata. Sengihan dari tadi tidak mengendur. Suka dia apabila melihat Bangchan yang hilang kata. Kaki melangkah ke dapur dengan riang.

Di sebalik dinding yang memisahkan mereka, Bangchan bersandar pada dinding betul-betul di sebelah pintu rumahnya. Dia memegang dadanya. Lama kelamaan, sebuah senyuman terukir di bibirnya. Kata-kata dan wajah Misun masih segar di ingatannya.

"Huh, bodoh" Bangchan berkata kemudian ketawa kecil.

Kelakuan itu tidak lama sebelum dia berdehem dan membetulkan tadi lehernya. "Sedar Bangchan! Stay cool" dia berkata pada diri sendiri.

Kaki melangkah meninggalkan kawasan tersebut. Sambil berjalan itu, Bangchan tersengih tanpa sengaja. Dia cuba untuk kelihatan bersahaja tetapi tidak boleh. Dia kalah dengan mindanya sendiri.

I'm sorry for the the late update, guys :)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top